Tuesday, December 27, 2016

BR1M ADALAH WANG RAKYAT.

Nampaknya hubungan Mahathir dengan Presiden parti Bunga sudah sampai kejalan penghujung apabila mula saling berpaling muka diantara mereka, dengan kata lain tuduhan BR1M adalah rasuah kerajaan kepada rakyat telah menghina dan menafikan kenyataan Muhyiddin suatu ketika dahulu bahawa BR1M adalah wang rakyat dan perlu dikembaikan kepada rakyat.

Tuduhan rasuah Mahathir kepada penerima BR1M benar-benar telah mencalarkan kenyataan Muhyiddin yang mahukan BR1M dilaksanakan bagi membantu rakyat dan menjana pemulihan ekonomi, Muhyiddin pernah mengatakan bahawa bantuan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukanlah rasuah untuk rakyat tetapi wang rakyat yang dikembalikan kepada mereka yang memerlukan bantuan ekonomi.

Malah Muhyiddin juga berkata bahawa bantuan tersebut diberikan kepada semua yang layak menerima bantuan wang tersebut tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik masing-masing.

Tuduhan Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah benar benar telah mencalarkan lagi hubungan mereka berdua, apatah lagi Mahathir dilihat lebih mesra dengan Lim Kit Siang pemimpin DAP dari Muhyiddin yang menjadi boneka didalam parti Bunga yang baru ditubuhkan.

Dakwaan Mahathir bahawa negara Malaysia akan sama tarafnya dengan negara mundur didunia adalah merupakan satu provokasi kepada rakyat Malaysia, kerana dalam tidak sedar BR1M telah banyak membantu bukan sahaja gulungan pengangur tetapi mereka yang sudah bekerja tetapi menerima gaji yang tidak mencukupi untuk menjalankan kehidupan seharian.

Muhyiddin pada suatu ketika dahulu amat-amat menyokong akan pemberian BR1M kerana ini adalah salah satu cara bagaimana kerajaan dapat mengembalikan dan berkongsi hasil negara bersama rakyat jelata, yang mana perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Mahathir sahingga dirinya digelar sebagai mahazalim kerana tidak pernah memikirkan nasib rakyat kebanyakkan.

Tetapi adalah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang di kepalai oleh parti DAP semua kabaikkan untuk rakyat yang disediakan oleh kerajaan harus dihasud agar segalanya kelihatan keji, BR1M adalah rasuah merupakan propaganda pembangkang yang mengunakan Mahathir bagi menghasud rakyat menjelang pilihan raya ke 14 nanti dan ianya adalah salah satu isu utama selain menyatakan bahawa kesemua bantuan kerajaan termasuk bantuan kepada petani dan peniaga adalah haram.

Bagi pengikut parti PAS sudah pasti mereka akan terus menerima BR1M dan bantuan lain dari kerajaan tanpa menghiraukan hasutan Mahathir kerana mereka tidak pernah bersetuju dengan Mahathir yang pernah mereka labelkan sebagai maha firaun.

Sementara penyokong PKR pula sudah pasti mereka akan menerima BR1M kerana pemimpin mereka Anwar pernah menyatakan bahawa ‘wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat’ dan dengan BR1M terbuktilah bahawa kerajaan telah melaksanakan pemulangan wang kepada rakyat bukan kepada roni seperti mana yang berlaku terdahulu.

Parti Bunga Raya pula sudah pasti akan terkulat-kulat melihat rakan-rakan mereka dari parti pembangkang yang lain menerima BR1M kerana jika menerima bererti mereka juga adalah penerima rasuah dan telah lari dari prinsip perjuangan mereka kononnya mahu menghapuskan rasuah.

Kerana ketamakkan dan haluba maka Mahathir sanggup mempolitikkan dan menafikan hak rakyat untuk menerima BR1M, bertepatan benarlah jika dahulu mereka menuduh Mahathir sebagai mahazalim, kerana terbukti hari ini Mahathir benar-benar zalim dengan menafikan hak rakyat termasuk ahli parti Bunga Raya untuk hidup selesa.

Semakin jauh nampaknya Muhyiddin dengan Mahathir.

-B1SK. 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik