Saturday, December 24, 2016

MADEY TAK SETUJU PEMBANGKANG UMUM CALON PM SEKARANG.

rpkAda yang akan kecewa sekiranya calon Perdana Menteri pembangkang diumumkan sekarang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga tidak menolak Pakatan Harapan (PH) dan partinya akan bertelagah jika calon bagi jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara diumumkan lebih awal.

“Sekiranya kita menamakan calon PM sekarang, akan ada pihak yang akan kecewa dan kami akan saling bertelagah. Buat masa sekarang, kita tidak boleh menamakan calon PM.

“Seseorang (calon PM) itu dipilih berdasarkan sokongan semua pihak (pembangkang), dan bukannya dari satu parti sahaja,” katanya yang ditemui selepas forum yang membincangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), di pejabat Malaysiakini, malam tadi.

Dr Mahathir sebelum ini mengejutkan rakan politik baru PPBM apabila mengumumkan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi perdana menteri kelak.

Pengumuman Dr Mahathir itu mengundang reaksi pelbagai sehingga beliau terpaksa akur calon bagi kerusi panas itu akan dibincang secara konsensus.

Minggu lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata PH akan meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri wanita pertama sekiranya gagasan berkenaan menang pada PRU14.

Bagaimanapun, Azizah menurut Kit Siang hanya akan ‘duduk’ di kerusi itu untuk tempoh tertentu sahaja sebelum ianya diambil alih suaminya, yang juga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Cadangan Kit Siang disokong Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mencadangkan ‘Langkah Kajang 2’ dilaksanakan bagi membuk alaluan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri.

Rafizi kemudiannya mengesa pimpinan pembangkang agar berhenti membicarakan isu siapa calon perdana menteri sebaliknya mendahulukan kepentingan rakyat.

Amanah pula merasakan pembangkang perlu menamakan calon perdana menteri sekarang bagi mengelakkan gagasan itu bergaduh di kemudian hari.

-Aidc.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik