Sunday, December 25, 2016

PARTI JELMAAN SEMAKIN HURU HARA.


Nampak gayanya, kemelut yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin hari semakin rancak diperkatakan apabila ada di kalangan mereka sendiri mula tampil menyuarakan pandangan dan mempertikaikan pemimpin-pemimpin yang ada dalam kalangan parti itu sendiri.
Keadaan ini memperlihatkan trend semasa parti PPBM yang saban hari berada dalam keadaan tidak menentu dan terumbang ambing sejak ia ditubuhkan September 2016. Jelas sekali di sini berlaku pertikaian dalaman yang berlaku parti adalah gara-gara isu perebutan jawatan dan kuasa. 

Perkara yang menjadi tumpuan dalam parti PPBM kali ini adalah berkaitan dengan Ketua Wanitanya. Kita semua sedar bahawa dia cuba untuk menaikkan namanya dalam parti PPBM dan wanita ini dilihat sibuk-sibuk mecampuri urusan Parti PPBM dan membuat keputusannya sendiri tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan atasan.

Keadaan ini katanya telah menyebabkan beberapa pemimpin PPBM seperti Datuk Hamidah Osman dan Akramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan cara dan tindakan yang diambil oleh Anina dalam berpolitik khususnya dalam PPBM.

Bagi mereka, Ketua Wanita itu adalah seorang yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat orang lain kecuali diri sendiri. Ketegangan yang dicetuskan oleh Anina juga adalah atas sebab tindakannya yang membuat keputusan sendiri untuk melantik Ketua-Ketua Bahagian Sri Kandi PPBM tanpa merujuk kepada pihak atasan.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati Datuk Hamidah Osman dan Akhramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan tindakan dan perbuatan Anina. Bagi mereka, Anina sebenarnya telah mencetuskan suasana huru hara dalam parti.

Terdapat juga desas desus yang menceritakan bahawa terdapat sekumpulan pemimpin dari kalangan parti PPBM yang akan menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Anina kerana tidak sehaluan dengannya dan juga atas faktor sikapnya itu. Perkara ini akan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menjatuhkan Anina.

Secara rumusannya, parti baharu yang baru ditubuhkan ini jelas sedang mengalami konflik kepimpinan yang semakin meruncing pada ketika ini. Belum apa-apa lagi, mereka sudah mula gila kuasa.

Tidak dinafikan juga parti PPBM yang dianggotai oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin yang kecewa dalam politik yang semestinya akan wujud persaingan dan perebutan kuasa dan jawatan dalam parti. Ini kerana selagi mereka tidak mencapai matlamat mereka untuk berada di puncak parti selagi itu lah mereka akan terus bercakaran dan mencari jalan untuk membunuh karier politik musuh mereka dalam parti PPBM itu sendiri. - Sumber: Malayan News
 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik