Sunday, December 25, 2016

PAS PERLU BERTANDING DIMANA2 SAHAJA PADA PRU14.


Cakap tak serupa bikin, itu lah yang selayaknya istilah yang diberikan kepada mana-mana komponen yang berada didalam Pakatan. Pakatan  yang terkenal dengan mulut manis dan berjanji bulan dan bintang sebelum berjaya menghirup madu.

Kata-kata dan janji manis yang telah mereka ucapkan sejak 1o tahun lalu tidak pernah ditunaikan setelah mendapat kuasa. Perkara ini terbukti dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap pengundi dan juga sesama mereka sendiri.

Kerja menikam rakan dari belakang adalah permainan mereka, mencari peluang untuk memijak  kepala rakan sendiri demi kuasa  pun sanggup dilakukan. Perkara ini jelas terbukti apabila kita melihat bagaimana Amanah ditubuhkan.

Baiah yang dilafazkan tidak berguna langsung bagi mereka, duhulu mereka adalah dikatakan pejuang untuk Islam, setelah manisnya madu dikecapi dengan gula-gula DAP berikan, pemimpin PAS yang dahulunya amat lantang memperkatakan Islam kini bersama  DAP yang nyata sebuah parti anti islam dan Melayu.

Amanah pernah membiarkan DAP memperlekehkan RUU355 yang dibentang oleh PAS, pemimpin mereka menyokong sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh DAP dalam menghina apa yang diusahakan oleh PAS untuk memartabatkan undang-undang syariah Islam.

PAS sepatutnya sedar bahawa Amanah bukan rakan politik yang baik untuk diadakan kompromi dalam apa juga hal dan juga perbincangan. Sikap mementingkan diri oleh kepimpinan amanah yang nyata menentang Islam wajar diawasi dengan betul-betul teliti.

Setiap tindakan Amanah untuk memujuk harus diabaikan. Sesuatu yang ditawarkan oleh  Amanah itu ada sebabnya. Jika PAS ingin melakukan sesuatu keputusan tidak kira dalam apa bentuk sekali pun, pastikan Amanah akan dikecundangkan.

Bercakap mengenai kerusi pilihanraya pula, PAS seharusnya bertegas untuk melawan sesiapa sahaja terutama Amanah dan PKR walaupun ianya melibatkan pertandingan 3 penjuru. Soal kompromi PKR dengan Amanah itu adalah hak Pakatan. Tetapi PAS mesti bertegas akan terus menunjukkan bahawa PAS bukan sebuah parti yang lemah dan boleh dipergunakan.

Kerusi PKR yang dimiliki oleh calon Perdana Menteri  pembangkang harus direbut oleh PAS, tidak kira lah jika Amanah mahu bertanding sama. Konsep satu lawan satu itu hanya untuk memudahkan parti dalam pakatan mendapat sokongan sekutu tanpa berbelah bagi.

Oleh itu, PAS mesti meneruskan niat untuk merebut kerusi milik parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Amanah mahu bertanding sama. Pendirian PAS mesti jelas, pada hakikatnya PKR akan mempertahankannya.

Reaksi kepada isu ini timbul apabila reaksinya kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad bahawa PAS akan bertanding di kerusi PKR sekiranya parti pimpinan Wan Azizah itu gagal ‘mengawal’ rakannya, Amanah daripada mengusik kawasan PAS dalam PRU14 kelak

PAS berkali-kali dalam beberapa kenyatan telah memberikan komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu demi pilihan raya berkenaan, dengan syarat kerusi miliknya tidak diusik. Tetapi Amanah terus mahu bertanding untuk merebut kerusi PAS.

PAS seharusnya meneruskan sikap  tidak mahu bersama pembangkang utama, sejarah telah mengajar PAS segalanya, maka itu hak PAS untuk menentukan sama ada PAS akan terus bersendirian dan melawan sesiapa sahaja. PAS akan terus  mengadakan kerjasama dengan Umno selepas hubungan yang semakin rapat. Ini merupakan salah satu ketakutan pembangkang.

PAS kini membentuk blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang disertai oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Sementara itu Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah telah menandatangani perjanjian muafakat politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menjayakan konsep satu lawan satu dalam PRU14 akan datang

  • PRU14.TV


     

    No comments:

    Post a Comment

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik