Friday, December 23, 2016

PULAU PINANG BUKTI KEGAGALAN PEMERINTAHAN DAP.


Dalam satu program forum awam di seberang jaya semalam, Penolong Setiausaha Wanita DAP, Young Syefura Othman menyatakan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan semua bangsa dan agama di Malaysia. DAP juga dikatakan lebih baik dari UMNO didalam memastikan rakyat Malaysia tidak dibelenggu kemiskinan.

Persoalannya, benarkah DAP itu memperjuangkan semua bangsa dan juga semua agama seperti yang disebutkan oleh wakil DAP tersebut? Benarkah semua bangsa terjaga dan terpelihara jika DAP diberikan kuasa pemerintahan?

Sebelum DAP diberikan kuasa untuk memerintah negara, rakyat harus melihat nasib pelbagai bangsa dan agama di P.Pinang sebagai contoh. Rakyat seluruh negara harus membandingkan corak pentadbiran DAP di P.Pinang dan juga cara pentadbiran kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional.

Jika benarlah DAP melaung-laungkan bahawa mereka berjuang untuk semua bangsa di dalam negara ini, mengapakah di P.Pinang yang sudah 8 tahun ditadbir oleh DAP itu masih lagi wujud jurang perbezaan kaum yang sangat ketara?

Di negeri kecil ini, DAP telah menyebabkan banyak kampung-kampung warisan melayu tergadai dengan alasan pembangunan. Peniaga-peniaga kecil melayu yang berusaha untuk mencari sesuap nasi bagi memenuhi keperluan keluarga juga dinafikan hak mereka.

Dan ketika tibanya musim perayaan, hanya Tahun Baru Cina sahaja disambut dengan meriah seolah-olah hanya orang cina saja yang mendiami P.Pinang, walhal ketia Aidilfitri dan Deepavali, persiapan DAP negeri ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja.

Selain itu, ramai rakyat marhaen yang terdiri dari pelbagai golongan kini semakin tertekan dengan kerakusan DAP negeri menjalankan pembangunan. Golongan nelayan diabaikan dan nasib penduduk pesisir pantai semakin tidak menentu akibat dari kerja-kerja penambakan laut serta pembangunan rumah mewah.

Inikah yang DAP gelar sebagai memperjuangkan semua bangsa dan agama? Jika inilah yang pemimpin-pemimpin DAP katakan adil serta memperjuangkan semua bangsa dan agama, lebih baik mereka semua bersekolah semula kerana ia memang sangat bertentangan.

Melalui kerajaan BN, semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dilayan samarata dan diraikan sepenuhnya tanpa ada yang dipinggirkan. Bantuan kepada rakyat juga diberikan secara telus tanpa mengira sebarang fahaman politik termasuklah kepada rakyat yang menyokong pembangkang.

Pembangunan juga dibuat secara menyeluruh tanpa meminggirkan rakyat dari golongan miskin serta sederhana. Semua rakyat pelbagai lapisan kaum menikmati kemudahan infrastruktur serta kemudahan prasarana yang dibangunkan oleh kerajaan Persekutuan.

Berbanding Kerajaan DAP di P.Pinang yang hanya mengutamakan rumah mewah dan juga projek berskala besar bagi menarik pelancong luar kononnya, terbukti BN lebih baik didalam semua aspek!
-maikel.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik