Friday, December 23, 2016

SETELAH JUAL KAMPONG MELAYU KINI DAP GADAI KOMTAR.


Semenjak pentadbiran kerajaan negeri P.Pinang bertukar tangan dari Barisan Nasional kepada DAP, bukan sahaja tanah-tanah negeri serta kampung-kampung warisan digadaikan kepada pemaju untuk mencari keuntungan lebih, tetapi sekarang bangunan KOMTAR pun mereka gadaikan juga.

Bukan sebulan dua bangunan yang satu-satunya menjadi kebanggaan rakyat negeri itu 'dipajak' kepada yarikat luar, tetapi ia digadaikan selama 60 tahun tanpa sebarang rasa penyesalan.

Sudah tentunya hasil pajakan tersebut akan masuk kedalam kantung kerajaan DAP negeri sahaja tanpa sesen pun tumpah kepada rakyat negeri ini. Malah, jika ada rakyat yang mahu melawat ke KOMTAR selepas ini, mereka dikenakan bayaran pula.

Didalam kekalutan rakyat P.Pinang menjalani kelangsungan hidup akibat dari ekonomi negeri yang kian merosot, kerajaan DAP negeri pula sibuk mencari keuntungan yang langsung tak membawa apa-apa faedah kepada rakyat.

Disaat rakyat menghadapi beban kewangan akibat dari penurunan kadar matawang serta harga barang yang semakin meningkat, wajarkah Kerajaan DAP sibuk mencari keuntungan dengan mengenakan harga tiket yang mahal hanya untuk rakyat melawat KOMTAR.

Bahkan, rakyat negeri ini sendiri seolah-olah dinafikan untuk menikmati hasil pembangunan negeri apabila mereka dikenakan tiket yang mahal jika mahu beriadah bersama keluarga dikawasan-kawasan menarik di negeri ini.

Cuba bayangkan, berapa ramaikah keluarga yang berpendapatan rendah serta sederhana di P.Pinang khususnya, membayar harga tiket yang mencecah RM 125 bagi orang dewasa serta RM 100 bagi kanak-kanak untuk melawat tama tema diatas KOMTAR?

Bayangkan pula, untuk keluarga kecil yang mempunyai seramai 4 orang anak, mereka 'dipaksa' untuk menghabiskan sekurang-kurangnya RM 700 hanya dengan melawat KOMTAR yang selama berpuluh tahun percuma.

Sebagai makluman, projek pengubahsuaian atau rejuvenasi KOMTAR di Pulau Pinang telah diswastakan oleh kerajaan DAP negeri melalui Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng kepada syarikat yang bernama Only World Group (OWG).

Syarikat OWG itu telah diberikan 'konsesi' selama 60 tahun sebagai balasan melaksanakan projek rejuvenasi KOMTAR mengikut budi bicara OWG sendiri yang diberi kelulusan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

OWG juga adalah syarikat yang sama bertanggungjawab menguruskan taman tema air di laut 'Wet World Wild' di Batu Ferringhi sebelum ini yang kini sudah berhenti operasi. Maka kemampuan syarikat berkenaan mengurukan taman tema di KOMTAR adalah diragui keberkesanannya.

Projek rejuvenasi yang bakal dilakukan di KOMTAR dilaporkan termasuk penambahan 2 tingkat baru diatas bangunan berkenaan. Semua kos pembaikan dan rejuvenasi ditanggung oleh syarikat pemaju berkenaan.
-maikel.


 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik