Monday, May 23, 2016

ORANG KATA CINA KUAT MENIPU.

Orang kata Cina kuat menipu

Tak ramai orang bukan Islam dan Melayu yang saya kenal sepanjang saya membesar hinggalah ke hari ini. Membesar dalam jagaan pasangan yang berasal dari tempat orang-orang kampong di Besut, Terengganu dan Kelantan, kalau ada apa-apa pun cuma sebab nak beli kasut di Tanah Merah.

Walaupun kerap berpindah dan pernah paling lama tinggal di Rawang, Selangor selama empat tahun, saya masih, dengan amat sukar, cuba mengingat nama seorang rakan kaum India sebelah meja yang enggan membantu saya belajar bahasa Inggeris sedang saya terseksa mempelajarinya.

Ya, saya amat sukar nak menyebut nama-nama orang bukan Islam dan Melayu yang saya pernah kenal, kecuali mungkinlah beberapa orang ketika saya sudah besar seperti Encik Lamat Nyalau, penolong ayah saya ketika di Miri, Prof. Madya Dr. George P. Joseph, pensyarah di universiti saya, Cik Rani, pensyarah Anatomi baharu kami di sini dan Dr. Chong, pensyarah psikiatri di universiti kami juga.

Memang sudah jadi makanan harianlah bila nak pergi kedai, selalu dipesan “Tak payah pergilah workshop Cina tu, kuat menipu. Dia kata kena tukar tayar dah bocor padahal elok je lagi!” dan “Cina tu nak kumpul duit kayakan orang dia je. Kita ni tak lama merempatlah jawabnya,”.

Namun secara fitrahnya, semakin banyak kita belajar seiring umur, semakin banyak makna yang ingin kita cari; adakah Cina memang dilahirkan ingin berhijrah dan merampas hak orang? Memang mereka suka menipu dan memonopolikah?

Akhirnya, jalan pada menemui persoalan itu ditemui juga apabila seorang kenalan di Facebook, Hafodz Baharom memperkenalkan saya kepada kumpulan Aura Merdeka, Ikatan Sejagat (AMIS) yang mengumpulkan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang hidup yang diasaskan oleh saudara Tariq Ismail bagi menggalakkan dialog sihat bagi menghilangkan prejudis dan mencari jalan tengah.

Walaupun tidak lama di sana memandangkan saya telah membuang akaun Facebook saya sementara ini, sepanjang berdialog di sana, cukup banyak pencerahan saya temui.

Mungkin ramai Melayu tidak percaya, namun hakikatnya di kota ini, orang Cina dan India juga selalu juga ditipu jika tidak bijak berurusan di pusat-pusat servis kenderaan yang juga dimilikibukan Islam dan Melayu.

Hakikatnya, segregasi kaum masih lagi ketara antara kita. Hari ini kita masih lagi melihat banyak masalah dalam urusan yang melibatkan lebih daripada satu kaum sebagai isu kaum berbanding melihat isu itu sendiri secara objektif.

Adakah patut setelah hampir 60 tahun merdeka kita masih gagal membezakan “Cina menipu” dengan ketamakan golongan peniaga?

Kawan sekolah rendah yang enggan menolong saya belajar bahasa Inggeris ketika di sekolah redah dahulu, adakah kerana dia daripada kalangan kaum India yang “enggan menolong Melayu” atau dia cuma seorang murid pandai yang sombong?

Sebab inilah penilaian ramai antara kita amat memalukan apabila disiarkan berita pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Memanglah pergaduhan itu sesuatu yang serius tetapi sebagai warga Malaysia yang sepatutnya sudah matang pembentukan bangsanya, lebih-lebih lagi warga kota pula, bagaimana boleh kita terima penilaian isu ini dengan kaca mata kaum?

Mengapa perlu diketengahkan “Cina memang suka menipu gajet di Low Yat” dan “Melayu miskin sebab itu suka mencuri”? Lawak sungguh kita tak boleh melayan mereka seperti orang-orang dewasa dan menhina daya intelektual diri sendiri dengan mengaitkan kaum dengan jenayah.

Pada skala besar, mungkinlah boleh dikaitkan sedikit sebanyak dengan kaum; contohnya statistik penagihan dadah. Itu pun sebenarnya dipengaruhi besar faktor sosioekonnomi. Tetapi untuk menilai kes per kes, biarlah siasatan dan penroses pengadilan mengikut jalan undang-undang yang sah mengambil tempat.

Atas sebab sesuatu yang malang terjadi dalam hubungan antara kaum ketika mula-mula merdeka tidak mewajarkan kita meneruskan cerita malang dahulu dan berputus asa membuka lembaran baru hubungan etnik ini.

Banyak lagi hal yang lebih besar untuk dibincangkan besar-besaran berbanding satu kes untuk diuar-uarkan sebagai “masalah hubungan”. Ironinya, kecendurangan membesar-besarkan hal sebeginilah sebenrnya bukti masalah hubungan kaum itu sendiri.

Jika kita benar-benar serius ingin memulihkan ketengangan kaum ini, banyakkanlah menyertai dialog dan aktiviti yang dianjurkan oleh banyak pihak seperti ziarah rumah ibadat oleh Kavyan dan program-program lain anjuran Gerakan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku, sebagai contoh. Untuk kesan jangka masa panjang, adalah amat baik untuk kita menyokong usaha positif phak seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dalam meningkatkan jurang sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera agar dapat memberi buah positif hubungan antara kaum.

Menjelang akhir Ramadan dan menuju sambutan Hari Raya Fitrah ini, seharusnya kita kurangkan menyemai kebencian dan semarakkan muhibbah, selari dengan fitrah manusia yang saling saying-menyayangi.

- FMT.

HARAMKAN IKLAN RAMADHAN.

buffet-ramadhan

Oleh SM Mohamed Idris

“Bufet Ramadan… Majlis Berbuka Puasa di hotel ini dikenali antara yang paling menarik… Telah menarik pelanggan yang bertambah untuk penghiburan korporat dan jamuan selera keluarga… Menunya meliputi lebih daripada 100 hidangan sehari… Sambil berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal Asli… Surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung Muslim… RM95 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak…”

Iklan ini disiarkan dalam akhbar harian tempatan pada hari terakhir bulan Rejab tahun ini, satu bulan sebelum Ramadan. Lebih banyak iklan seperti ini akan muncul apabila kita semakin hampir dengan Ramadan yang akan mempromosikan pakaian, kasut, permaidani, langsir dan barangan serta perkhidmatan lain.

Iftar, berbuka puasa, secara tradisinya di rumah bersama dengan ahli keluarga atau di masjid dalam suasana penuh dengan keberkatan telah bertukar kepada “pesta makanan dengan 100 jenis hidangan” dan “penghiburan korporat”. Nabi Muhammad S.A.W. berbuka puasa dengan hanya tiga biji kurma.

Ramadan adalah bulan suci dalam Kalendar Islam apabila Al-Quran diturunkan kepada Nabi S.A.W. Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa berpuasa itu difardukan ke atas umatnya adalah untuk mencapai ketakwaan dan sabda Nabi S.A.W. bahawa “Allah berfirman, setiap perlakuan anak Adam adalah untuk mereka kecuali berpuasa, ia adalah semata-mata untuk Kami, Akulah yang akan memberikan ganjaran kepadanya. Puasa itu adalah perisai.”

Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk beribadat bagi umat Islam memandangkan ia adalah bulan di mana syaitan dirantai, Allah memberikan peluang kepada umat Islam apabila umat Islam secara berjemaah mengabdikan diri mereka untuk menambah dan mengukuhkan lagi Takwa mereka.

Ia adalah bulan yang mulia dan ia telah dicemari dengan promosi berbuka puasa di hotel ala pesta makan dan perbelanjaan yang membazir. Komersialisasi Ramadan ini merupakan satu perkara yang menyinggung perasaan umat Islam sama seperti mana orang Islam yang makan di tempat terbuka pada bulan puasa.

Berpuasa bukan hanya mengelakkan daripada makan semata-mata tetapi memastikan semua deria kita di bawah kawalan supaya tidak melakukan perkara yang berdosa seperti bersikap lahap, berbohong, menikam dari belakang, membazirkan masa, dan menindas orang lain. Umat Islam dikehendaki meluangkan masa untuk mendirikan solat, mengingati Allah, menolong mereka yang miskin dan memerlukan, dan mengamalkan kebajikan. Puasa kita tidak bermakna melainkan kita berusaha untuk menjadi lebih bertakwa. Jika tidak ia seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.: “Ramai yang berpuasa malangnya mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.”

Islam menganjurkan pengikutnya agar menjauhkan sikap pelahap, membazir dan boros. Nabi S.A.W. bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi suatu kantung yang lebih buruk dibanding perutnya; bagi anak Adam sedikit makanan cukup untuk menguatkannya. Jika anda hendak mengisinya, maka cukuplah sepertiga dari perutnya untuk makanan, sepertiga lainnya untuk minuman dan sepertiga lainnya untuk nafasnya.” Amat bertentangan sekali dengan ajaran ini, sesetengah daripada kita makan dan minum dengan lahap sehingga menjadi malas dan mengabaikan solat Terawih malah solat wajib. Bersikap lahap juga memberikan kesan sampingan kesihatan yang amat serius seperti diabetes, penyakit koronari, dan tekanan darah tinggi bagi mereka yang menurut hawa nafsu.

Pelbagai jenis makanan yang berlebihan yang disediakan dengan begitu banyak untuk berbuka puasa dan bersahur turut membawa kepada pembaziran. Banyak makanan dibuang oleh pihak hotel dan keluarga ke dalam tong sampah. Pada tahun lepas Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa setiap Ramadan 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah. Jumlah makanan ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang. Secara purata 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan. [The Star Online, 19 June 2015].

Membuang makanan adalah satu dosa kerana ia menafikan makanan untuk mereka yang lebih memerlukan dan untuk generasi masa depan. Ia juga melupuskan sumber dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar melalui pencemaran laut dan sungai dan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Salah satu tujuan utama berpuasa ialah untuk turut merasakan erti kesengsaraan oleh kelaparan yang dialami oleh golongan miskin dan terpinggir supaya kita akan turut bersimpati dengan nasib mereka. Berjuta orang di Syria, Yaman, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan berdepan dengan kebuluran, tetapi malangnya kita membuang sejumlah besar makanan di dalam bulan yang mulia ini.

Al Quran mengecam mereka yang membazir dan bersikap boros sebagai saudara syaitan. [Surah Al-Isra Ayat 26, 27] Seterusnya, Allah berfirman di dalam Al-Quran: “…dan makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” [Surah Al-Araf Ayat 31]

Stesen televisyen juga turut menyiarkan drama, komedi dan hiburan yang mensasarkan mereka yang berpuasa. Ramai keluarga yang menghabiskan masa di hadapan televisyen berbanding di masjid untuk lebih rapat dengan Allah dengan bersolat dan aktiviti ibadah yang lain. Di beberapa negara Arab, khemah Ramadan disediakan bagi menyediakan jamuan mewah dan hiburan malam sehingga waktu sahur. Satu portal atas talian melaporkan pada 2014:

“Kebanyakan rantau [Asia Barat] bertukar menjadi aktif pada waktu malam pada bulan suci, jadi ia adalah peluang terbaik untuk menarik penonton, yang lesu berpuasa pada siang hari, dengan drama TV dan siri terbaharu. Pada waktu inilah seisi keluarga akan duduk bersama di hadapan TV selepas berbuka puasa… dan menikmatinya. Mereka akan menonton episod demi episod drama dan program yang berbeza, malah ia mungkin berlarutan sehingga waktu bersahur.”

Mengkomersialkan Ramadan telah mencabut roh bulan yang mulia itu menjadi peluang bagi mempromosikan konsumerisme dan penyebarnya seperti bintang sukan, model dan artis dengan pakaian menjolok mata dan ikon pop. Ia telah menghilangkan kesucian agama dan amalan ini menyamai komersialisasi Krismas yang telah menjadi musim membeli-belah. Keadaan ekonomi Amerika Syarikat bergantung kepada aktiviti membeli-belah pada musim Krismas.

Ia tidak terbatas kepada Malaysia sahaja tetapi kini menjadi satu fenomena global dengan serangan kapitalis dan budaya pengguna hedonistik. Dari New York ke Jakarta, iklan Ramadan memujuk pengguna supaya menikmati makanan dengan lahap dan berbelanja secara boros, amalan yang amat dilarang di dalam Islam.

Mengkomersialkan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah satu proses sekularisasi secara halus idea, citarasa dan budaya kita. Ia seumpama anai-anai yang secara senyap memakan tiang iman kita tanpa sedar akan kerosakannya. Ia menggalakkan materialisme dan penggunaan berlebihan yang membazir, membebankan kita dengan hutang. Kita menjadi begitu taksub dengan mengumpulkan begitu banyak wang dan menjadi kaya untuk membeli barangan, perkhidmatan dan hiburan yang tidak perlu sehingga kita mengabaikan tugas dan hubungan kita dengan Allah. Kita lupa bahawa kita hanyalah seorang musafir yang dalam perjalanan ke akhirat.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengatasi sekularisasi yang semakin menjalar ini? Produk dan perkhidmatan iklan yang menggunakan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha mestilah diharamkan. Para ulama mestilah mengutuk perkara yang amat dibenci ini dan hendaklah mengeluarkan fatwa yang melarang eksploitasi Ramadan dan melindungi umat Islam. Pertubuhan masyarakat sivil Islam juga mestilah melancarkan kempen menentang pencabulan kemuliaan dan kesucian Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha.

InsyaAllah, Ramadan tahun ini diraikan tanpa amalan yang membawa dosa ini, dan patuh kepada seruan Allah untuk mencapai Takwa.

SM Mohamed Idris adalah Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pulau Pinang.

- FMT.

Monday, May 16, 2016

PEGAWAI PANGKAT TINGGI MUNGKIN TERLIBAT SINDIKET PENYELUDUPAN MANSIA.


Ahmad-Zahid-HamidiKementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan bahawa pegawai berpangkat tinggi agensi kementerian itu turut terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata siasatan terhadap aktiviti sindiket itu akan diteruskan sehingga kumpulan tersebut dilumpuhkan sepenuhnya dan semua pesalah diheret ke mahkamah.

“Saya telah memberi arahan kepada polis selepas memperoleh aduan awam dan laporan media mengenai beberapa individu dalaman berpangkat rendah menjalankan aktiviti pemalsuan.

“Aktiviti pengintipan telah dijalankan lebih dua bulan dan mendapati beberapa pegawai berkenaan telah melakukan kesalahan dan merosakkan imej jabatan dan kementerian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Akrab Kebangsaan Kali Ke-7 di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sindiket itu yang dikesan sewenang-wenangnya menjadikan KLIA dan klia2 sebagai pusat transit warga Sri Lanka sebelum berlepas ke negara ketiga.

Media melaporkan dua pegawai imigresen antara 19 individu yang ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia menggunakan pasport Malaysia palsu melalui KLIA di sini semalam.

“Sesiapa yang melakukan penyelewengan ini telah merosakkan imej organisasi. Pendirian kita tidak pernah berkompromi dan pesalah-pesalah bukan hanya dikenakan tindakan displin dalaman, tetapi juga akan diheret ke mahkamah.

“Mereka telah merosakkan imej kementerian dan agensi serta sanggup gadai maruah negara untuk mendapatkan wang ringgit,” katanya.

— BERNAMA

Sunday, May 15, 2016

JIKA HASRATNYA TIDAK TERCAPAI, IS SANGGUP MENGHANCURKAN APA SAJA TERMASUK BANGSA MELAYU.

Pelbagai cubaan yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang dalam usaha untuk menumbangkan  Perdana Menteri Malaysia Dato’ Ser Najib Razak  yang mana dikatakan telah melakukan penyelewengan   sebagaimana yang tealh digembar gemburkan.

Agenda untuk menumbangkan Perdana Menteri  kian menemui jalan buntu sehingga lah  Mahathir mengambil tindakan yang drastic iaitu keluar dari UMNO dan kini telah bersama sama pentas pembangkang dalam tujuan yang sama.

Tindakan  Mahathir itu telah mendapat restu dari pihak pembangkang dimana  dikatakan disini lah klimik perjuangan DAP untuk memecah belahkan Melayu  dengan isu persepsi yang sudah pun melalui siasatan yang terperinci.

Dalam   usaha terkini  Mahathir dan juga  DAP, satu Deklarasi Rakyat  telah dibuat – sehingga kini kita tidak tahu rakyat yang mana  bersetuju dengan tindakan Mahathir bersekongkol dengan DAP dalam menumbangkan  pemerintahan bangsa Melayu.

Pelbagai usaha, kenyataan, ceramah, banner dan apa juga  yang difikirkan  untuk dapat menumbangkan Najib , p[ihak pembangkang  termasuk Mahathir  terus melakukannya. Dalam usaha terbaru  Mahathir terus menghasut rakyat  untuk tidak mengundi BN pada PRK Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar.

Dalam kenyataan terbaharu Mahatir dengan bersungguh sungguh  beliau terus  mengesa penyokong ketiga tiga parti  iaitu DAP, PAN dan PKR bekerja keras  dalam usaha menumbangkan BN pada PRK yang akan  dijalankan tidak lama lagi.

Mahathir kini bertindak sebagai “Ketua Pembangkang” sambilan yang baharu dan sekarang sedang melancarkan strategi untuk menumbangkan BN. Jika isu  1MDB rasanya perkara ini bukan isu lagi. Mahathir dalam usaha yang dilakukannya  dikatakan mempunyai agenda yang tersendiri dan tersembunyi.

Jika demikian, dalam kenyataan sebelum ini dimana Mahathir dikatakan untuk meyelamatkan Melayu hanya lah retorik semata mata, dan beraksi sebagai “ketua pembangkang” adalah menunjukkan bahawa beliau tidak pernah untuk memikirkan apakah yang akan berlaku  jika  DAP menjadi pemerintah kepada Melayu.

Kesimpulannya, Syafie dan Muyiddin kini yang dikatakan untuk membela Melayu bersama  Mahathir kini telah tersasar dari agenda  asal mereka. Muhyidin dan Syfie kini telah terperangkap dengan  kelicikan Mahathir memanipulasikan  keadaan.

Jika Muhyiddin dan Syafie menggunakan akal perjuangan mereka dimasa ini  dengan keadaan  sekarang dimana Mahathir sebagai “Ketua Pembangkang “ Sambilan  seharusnya Syafie dan Muhyiddin memikirkan semula arah  atau perkara yang mereka perjuangkan.

Tindakan bersama DAP bukan sesuatu yang betul dilakukan, biarkan lah Mahathir dengan agenda  untuk menaikkan Mukris sebagai Timbalan Perdana Menteri agar segala kesulitan beberapa perkara dapat dilepaskan.

Matahir tidak akan undur, dan dia tidak akan  memohon maaf diatas apa yang dia lakukan. Manusia paling bongkak dan ego  yang pernah kita kenali itulah Mahathir. Jadi apa juga tindakannya yang pasti tiada siapa pun dapat menghalangnya kecuali ajal nya sampai .

Itu lah sahaja untuk memberhentikan Mahathir. Kerosakan yang dia lakukan terhadap rakyat Malaysia sudah cukup banyak dengan konsesi yang kini  diambang kemusnahan  untuk tidak di teruskan. Kroni-kroni nya yang kaya dan rakyat  terus tidak dibela dizaman pemerintahannya 22 tahun.

Jika Mahathir mengambil tindakan sebagai juru cakap DAP atau Pakatan,  Secara jelas dia adalah musuh politik orang Melayu, dan bukan lagi saorang yang boleh dihormati lagi. DAP parti sosialis yang mengamalkan dasar komunisme  kini sedang bersuka ria dengan kehadiran  Mahathir.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak Mahathir dan DAP sebagai musuh politik yang bakal memusnqahkan Melayu dan kepentingan Melayu di Malaysia. Sekarang dia tidak mempedulikan semua itu.

Apa yang penting baginya ialah kepentingan dia dan Mukriz.

- RMF7.

BILA MELAYU SUDAH MENJADI BALACI DAP.....

Dalam berbagai artikel  mengenai DAP yang saya tulis kan, berbagai agenda tersembunyi dihuraikan, berbagai strategi nyata dan tidak nyata dibentangkan. Semuanya itu bukan sekadar artikel penglipur lara yang mana untuk menghiburkan hati banyak pihak.

Pendedahan demi penbdedahan dilakukan didalam bentuk penulisan adalah bertujuan untuk meyedarkan bangsa Melayu yang  kini sedang di”gula-gula” kan  oleh DAP dengan berbagai impian dan harapan.

Kita amat berharap, ada diantara kita yang telah meyokong DAP agar berpatah kembali kejalan jalan perjuangan bangsa yang menentukan hala tuju sesuatu bangsa dimasa akan datang. Bukan untuk membawa bangsa Melayu kearah jalan jalan penghinaan  melalui bangsa asing.

Mungkin hari ini, dengan pelbagai tohmahan yang dilakukan oleh DAP dan sekutunya termasuk pro Mahathir terhadap kepimpinan Dato seri Najib hanya menjurus kepada  satu sudut cara pemerintahan dan juga yang menjurus kepada kepentingan mantan politik.

Kita boleh melihat , persepsi yang cuba ditanamkan tidak ubah untuk memberukkan sokongan terhadap  Najib Razak dan pada kebanyakan kenyataannya menjurus kepada arah tersebut. Namun kita jarang sekali melihat ada kenyataan  yang mengajak kita mengukuhkan bangsa Melayu.

Kenyataan kenyataan yang hanya berkisar kepada 1MDB, RM2,6 billion dan juga mengumpulkan tanda tangan sebagai langkah untuk menjatuhkan Najib Razak. Semua itu dilakukan  dengan berpaksikan agenda untuk menaikkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Disatu sudut lain pula DAP terus menggunakan kesempatan ini , menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan sikap rasis terhadap bangsa Melayu disampaing menggunakan Melayu untuk memecah belahkan Melayu.

Ketaksuban sebilangan orang Melayu terhadap DAP sehingga ada yang sanggup melanggari hukum adat dan budaya Melayu dan mementingkan DAP dari segalanya. Ada diantaranya seakan sanggup mati bersama DAP, sedangkan pada masa yang sama DAP melancarkan kezaliman terhadap orang Melayu tanpa belas kasihan.

Seakan sudah tiada perasaan kasih dan saying sesama Islam dan sebangsa apabila  menyokong DAP. Bangsa dan darah Melayu  didalam tubuhnya seakan sudah “dicinakan” sehingga kan kerana DAP Melayu melayu ini akan  menjadi benteng pertahanannya.

Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu DAP akan meminta pemimpin mereka membacakan talkin untuk ibu bapa, anak2 dan saudara2 mereka yang meninggal dunia . Mana tidak nya  sekarang pun kita sudah melihat bagaimana sudah ada yang sanggup menjemput orang Cina DAP mengunting rambut anak atau cucu mereka.

Mungkin bagi mereka tindakan menjemput p[emimpin DAP ini akan mendapat  lebih afdal dan membawa berkat berbanding dengan imam2 atau tuan2 guru yang mengguntingnya. Keberkatan tangan yang tidak disamak dan disucikan dengan air tanah itu mungkin lebih baik dari tangan tangan yang disucikan dengan air sembahyang.

Sebagaimana kita tahu, DAP akan melalukan apa sahaja untuk menunjukkan keperihatinan mereka kepada bangsa “sasaran” untuk dijadikan “peluru”  demi mencapai agenda politik mereka. Mereka (DAP) sanggup melabur dan membunag masa  demia memastikan keryakinan “sasaran” mereka  masuk kedalam perangkap yang disediakan.

Apabila sudah mencapai satu tahap keyakinan dan mula melihat bagaimana orang melayu mengatakan bahawa  DAP lebih baik daripada orang Melayu UMNO dan PAS. Dan  menafikan  bahawa DAP tak makan rasuah, membantu mereka, ambil berat masalah mereka, menghormati agama Islam.

DAP akan melihat kenyataan kontra , apabila oarang melayu sendiri akan mengatakan bahawa  pemimpin dan orang UMNO adalah syaitan, zalim, menindas, rasis dan tidak membantu orang Melayu dan rakyat Malaysia. UMNO makan rasuah dan curi duit rakyat.

Pada ketika ini DAP dengan penuh yakin bahawa orang Melayu DAP menumpahkan seluruh taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin dan parti DAP. Dimasa ini apa juga dilakukan oleh DAP terhadap bangsa  Melayu yang lain akan dipertahankan sehingga sanggup berpatah arang.

Justeru itu , tidak hairan lah  ada orang Melayu yang sanggup nak saman neneknya hanya kerana cuba menghalangnya dari bertanding sebagai calon pilihanraya. Kesetiaan begini secara tidak langsungnya akan  memecahkan Melayu dan hubungan sesame Melayu.

Maka tercapailah agenda DAP untuk memastikan Melayu bukan lagi didalam satu kelompok yang terkuat. Agenda dalaman telah dilakukan  melalui  kapasiti Melayu itu sendiri. Masih lagi tidak mahu sedar, seburuk mana pun pemerintahan Melayu sekarang, kita masih mempunyai sebuah negara bernama Malaysia.

Apa2 pun boleh berlaku apa bila ketaksuban dan kebencian mengalahkan kebenaran dan keimanan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.

- RMF7.

Saturday, May 14, 2016

PEGAWAI PANGKAT TINGGI TERLIBAT MENYELUDUP MANUSIA?

Ahmad-Zahid-Hamidi

Putrajaya – Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan bahawa pegawai berpangkat tinggi agensi kementerian itu turut terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata siasatan terhadap aktiviti sindiket itu akan diteruskan sehingga kumpulan tersebut dilumpuhkan sepenuhnya dan semua pesalah diheret ke mahkamah.

“Saya telah memberi arahan kepada polis selepas memperoleh aduan awam dan laporan media mengenai beberapa individu dalaman berpangkat rendah menjalankan aktiviti pemalsuan.

“Aktiviti pengintipan telah dijalankan lebih dua bulan dan mendapati beberapa pegawai berkenaan telah melakukan kesalahan dan merosakkan imej jabatan dan kementerian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Akrab Kebangsaan Kali Ke-7 di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sindiket itu yang dikesan sewenang-wenangnya menjadikan KLIA dan klia2 sebagai pusat transit warga Sri Lanka sebelum berlepas ke negara ketiga.

Media melaporkan dua pegawai imigresen antara 19 individu yang ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia menggunakan pasport Malaysia palsu melalui KLIA di sini semalam.

“Sesiapa yang melakukan penyelewengan ini telah merosakkan imej organisasi. Pendirian kita tidak pernah berkompromi dan pesalah-pesalah bukan hanya dikenakan tindakan displin dalaman, tetapi juga akan diheret ke mahkamah.

“Mereka telah merosakkan imej kementerian dan agensi serta sanggup gadai maruah negara untuk mendapatkan wang ringgit,” katanya.

Thursday, May 12, 2016

ROH NASIONALISME UMMO TIDAH PERNAH PUDAR.


SELEPAS 70 tahun memayungi perjuangan orang Melayu, agama Islam dan tanah air sehingga memungkinkan negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957, UMNO kini berdepan realiti politik yang menuntut kepada persoalan relevansinya.

Mengupas persoalan penting itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa perjuangan UMNO kekal relevan dalam konteks ekosistem politik semasa tetapi parti berkenaan perlu bersifat inklusif.

Tidak terkecuali beliau turut menyentuh mengenai tindaktanduk bekas pemimpin UMNO yang kini bersikap seperti gunting dalam lipatan dengan menganggap kumpulan berkenaan sebagai bercakap tidak serupa bikin.

Apakah semangat dan roh nasionalisme orang Melayu sewaktu bangkit menentang Malayan Union suatu ketika dahulu masih lagi ada dalam jiwa orang UMNO kini?

HISHAMMUDDIN: Semangat dan roh nasionalisme kita serta ca­ra bagaimana kita meneruskan perjuang­an yang kita warisi ini tidak pernah pudar, cuma ca­ra bagaimana kita nak hadapi cabaran baharu itu mestilah disesuaikan mengikut landskap hari ini. Cabaran itu menuntut kita mengenal pasti apa yang parti UMNO dan kepemimpinannya perlu harungi supaya roh kesatuan dalam parti keramat UMNO ini dapat terus dipertahankan kerana bukan mudah untuk memastikan sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara bertahan sehingga ke hari ini.
Banyak parti di luar sana tidak dapat bertahan, tetapi Alhamdulillah UMNO sudah 70 tahun membuktikan apa jua tohmahan yang dilontarkan terhadap kita, sekurang-kurangnya kebijaksanaan dan cara kita memastikan sema­ngat yang ada ketika UMNO baharu dilahirkan dahulu ketika menentang Malayan Union, untuk menentang penjajah masih lagi membara, masih lagi relevan. Namun dalam konteks hari ini, bagaimana kita hendak membela nasib bangsa, ta­nah air dan agama kita mesti dite­ruskan dalam bentuk naratif baharu.
Dalam landskap global yang baharu, kalau kita bercakap pasal Islam, persepsi atau cara dunia melihat kepada Islam hari ini, menuntut UMNO melihat apa sebenarnya perjuangan kita untuk memastikan kesucian dan kemuliaan Islam itu dapat dipertahankan. Dunia melihat kita pada hari ini sebagai militan, melihat umat Islam segelintirnya ganas kerana dicemari oleh mereka yang merampas majoriti umat Islam, maruah kita banyak berkisar bagaimana kita dapat meneliti, mengharungi dan menyelami geopolitik di rantau ini.
Negara kita masih lagi dalam keadaan begitu strategik dan parti UMNO ini masih lagi relevan dalam konteks untuk membela dan memastikan tanah air kita tetap dapat kita pertahankan kedaulatannya dan orang Melayu tidak perlu apo­logetik. Menjadi teras dan tanggungjawab kita untuk membela orang Mela­yu yang mesti disesuaikan mengikut keadaan hari ini, di mana anak-anak kita sudah cerdik pandai, generasi yang telah diberikan pendidikan berkat perjuangan UMNO dan harapan mereka itu begitu menggunung. UMNO mesti memastikan harapan itu dapat diterjemahkan kepada kehendak mereka supaya rakyat terus menyokong kita.
Pada masa sama, kita mesti memaklumkan kepada orang ra­mai bahawa perjuangan kita dalam mem­bela orang Melayu, agama Islam dan tanah air tidak menjejaskan kaum dan agama-agama lain. Ini satu lagi perkara yang perlu kita hargai bukan sahaja kepada ahli UMNO tetapi masyarakat berbilang kaum di luar sana.
Ada pihak melihat, Malaysia sudah tidak perlu kepada parti berasaskan kaum dan bagaimana dengan pandangan sedemikian, kepemimpinan UMNO mahu memastikan parti ini terus relevan?

Dato’ Onn Jaafar dulu semasa menubuhkan UMNO berpandang­an jauh ke hadapan apabila beliau minta kaum-kaum lain menyertai UMNO. Hari ini cucunya yang berada pada kedudukan Naib Presi­den melihat sedikit sebanyak visi dan pendapat Dato’ Onn telah pun menjadi kenyataan dalam konteks Barisan Nasional (BN). Mungkin pada masa Dato’ Onn mengemukakan pandangan, orang Melayu belum bersedia tetapi kebijaksanaan, kepemimpinan dan visi beliau ketika itu sudah melihat bahawa sebagai negara yang majmuk, kita mesti inklusif dalam perjuangan.
Namun, kalau nak bawa balik ke zaman Dato’ Onn, itu mustahil, tetapi apa yang kita ada sekarang ialah BN, jadi kita perlu bekerja dalam kerangka BN. Alhamdulillah, sampai hari ini sudah 70 tahun, apa juga perkara yang kita perlu lalui sama ada dalam konteks perkaum­an, keagamaan atau perjuangan membela nasib orang Melayu, tidak sampai negara kita huru-hara atau kucar-kacir. Ini jauh berbeza de­ngan negara-negara Arab, yang walaupun Islam tetapi apabila diuji mereka gagal.
Saya rasa ini mesti ditekankan kepada orang ramai khususnya kepada ahli-ahli kita bahawa apa yang telah kita lakukan selama ini, dalam satu tahun kebelakangan ini, banyak negara yang masyarakatnya tidak majmuk, tak berbilang pun tidak dapat mempertahankan kedudukan negara mereka, tetapi kita sekurang-kurangnya sudah 70 tahun. Hari ini, kita dapat meraikan kewujudan UMNO yang menjadi naungan khususnya buat orang Melayu, Islam dan tanah air tetapi pada masa yang sama, kaum-kaum lain juga tidak boleh menafikan sumbangan UMNO kepada mereka.
Apa formula yang paling pen­ting untuk UMNO ini kekal relevan selepas melewati umur 70 tahun?

Inklusif. Bermakna kita tidak boleh hidup di bawah tempurung kita sendiri. Dalam dunia tanpa sempadan ini, kita kena pastikan bahawa apa juga yang kita lakukan mesti inklusif. Bermakna bahawa kumpulan-kumpulan tertentu sama ada orang muda, profesional, ahli akademik, guru-guru mahupun anggota keselamatan, mereka mesti diberi tempat dan ruang dalam perjuangan parti kita.
Jadi kalau nak pilih satu perkataan yang boleh merumuskan mengenai 70 tahun perjuangan kita ini ialah inklusiviti. Kalau kita seronok bersorak tetapi kampung tergadai untuk apa? Bersorak sesama kita sahaja tetapi orang luar tidak mendekati parti, syok sendiri sesama kita dalam UMNO sehingga akhirnya parti yang menjadi mang­sa, kerana rakyat diluar sana yang akan menentukan kelangsungan parti. Bukan kelangsungan diri kita sendiri, tetapi (ditentukan) di luar sana yang bukan ahli UMNO, bukan Melayu dan Islam tetapi mereka ada hak dalam masa depan negara.
Kelangsungan UMNO dewasa ini bukan sahaja dipengaruhi rakyat di luar sana tetapi daripada ancaman bekas pemimpin UMNO. Apa yang Datuk Seri boleh perkatakan me­ngenai cabaran ini?

Saya kecewa, kerana kita semua merupakan anak didik kepada bekas-bekas pemimpin sebelum ini. Ketika kita diserang (dahulu), masa itu kita diminta untuk beri sokong­an padu, kita diminta untuk mele­takkan parti sebagai keutamaan, kita diminta jangan emosi dan perlu rasional tetapi apabila ada bekas pemimpin yang sanggup ke­luar parti dan sanggup bersekongkol dengan pembangkang, yang pada masa mereka memimpin telah mendidik kita agar jangan sekali-kali duduk semeja dengan mereka ini, ia mengecewakan. Sekarang mereka melakukan perkara yang mereka minta kita jangan lakukan pada waktu dahulu.
Ini amat mengecewakan saya dan lari daripada prinsip perjuang­an kita. Selama ini kita dididik untuk meletakkan parti sebagai keutamaan daripada segala-galanya. Kadang-kadang, cakap tidak serupa bikin dan inilah yang menyedihkan. Kalau mereka merupakan ikon yang kita anggap seharusnya untuk dijadikan panduan tetapi pemimpin sama sekarang ini mela­kukan sebaliknya daripada yang diajar kepada kita sebelum ini.
Ada pandangan mengatakan UMNO kini terbahagi kepada Team A dan Team B. Bagaimana kepe­mimpinan hendak meyakinkan ahli dan orang Melayu di luar sana bahawa UMNO ini cuma satu dan tidak berpuak mengikut pasukan?

Saya tengok kalau nak dikatakan Team A dan Team B, sebelum ini lebih ketara sehingga UMNO diha­ramkan. Pemimpin ini datang dan pergi termasuk pengasasnya Dato’ Onn kerana mewujudkan partinya sendiri. Timbalan Presiden pun pernah dipecat. Timbalan Perdana Menteri juga pernah diketepikan jawatannya tetapi kelangsungan UMNO sebagai satu parti, sebagai sebuah institusi diteruskan. Itu melebihi daripada kumpulan-kumpulan tertentu, sama ada mereka menyatakan Team A atau Team B.
Bagi saya semua itu tidak pen­ting kerana apa yang lebih pen­ting ialah Team UMNO. Kalau Team UMNO ini meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan, saya rasa itu tidak akan memecah atau menjejaskan kedudukan UMNO. Mungkin apa yang berlaku hanya boleh menjejaskan kedudukan individu ber­kenaan dan itu mereka kena pikullah risikonya sama ada masih di dalam atau di luar parti.
Gesaan kepada perpaduan antara UMNO dan Pas semakin kuat tetapi apakah hasrat tersebut mampu direalisasikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14?

Perpaduan ummah adalah sesuatu yang penting dan apa sahaja usaha yang boleh membantu kita ke arah memastikan kesatuan dan perpaduan itu saya sokong. Mungkin terlalu awal untuk meramalkan apa yang berlaku kepada Pas dan UMNO menjelang pilihan raya nanti tetapi usaha untuk menyatupadukan umat Islam perlu merentasi parti politik dan ini merupakan sesuatu yang kita tengok di luar sana, dituntut (oleh rakyat) sebenarnya untuk bersatu.
Saya secara peribadi melihat sendiri kepemimpinan di Asia Barat sebagai contoh apa yang berlaku di Syria, Iraq, Libya, Yemen dan Tunisia. Akhirnya rakyat menjadi pelarian, anak-anak mereka sudah tidak bersekolah sejak bertahun, pembunuhan dan peperangan berlarutan sehingga akhirnya mereka bangkit dan mula bersatu. Cuma, saya nak ingatkan kepada semua, takkanlah kita nak tunggu keadaan sampai begitu, baru kita nak bersatu?
Pertimbangan politik itu pertimbangan lain. Saya melihat dalam konteks perpaduan ummah. sebenarnya dunia menuntut kita bersatu dalam konteks Islam dan sekiranya UMNO dan Pas atau parti politik lain boleh dijadikan contoh Alhamdulillah. Pertimbangan politik itu satu aspek sahaja, tengoklah macam mana perkembangannya.

PEMERDAGANGAN MANUSIA : DURI DALAM DAGING.

Penyeludupan manusia semakin berleluasa di Malaysia. Apa yang malang dalang yang membuat kerja onar ini adalah orang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjaganya.

Semalam dua pegawai imigresen ditahan selepas didapati mereka terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia mengunakan pasport Malaysia palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Menurut Ketua  Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua pegawai tersebut adalah antara enam individu warga negara Malaysia yang terlibat dalam komplot ini bersama 10 individu dari Sri Langka dan 3 warga India.

Pecahan mereka yang ditahan terdiri daripada :
-6 orang ejen,
-3 runner ,
-2 fasilitator,
-5 pendatang dari Sri Langka.

Memang bukan calang-calang orang dalam sindiket penyeludupan manusia ini.  Mereka disyaki teribat dalam aktiviti penyeludupan warga Sri Langka menggunakan pasport palsu negara ini untuk tujuan perjalanan ke Geneva, Switzerland.

Tahniah #PDRM kerana berjaya membongkar sindiket penyeludupan manusia ini. Kepada mereka yang menjadi duri dalam daging kepada perkhidmatan imigresen, hukuman yang berat wajar dikenakan agar menjadi pengajaran kepada yang lain - 10.5.2016.

Sunday, May 8, 2016

PANDANGAN KJ MENGENAI PENAJAAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI2.


Pihak penaja disaran tidak meletakkan syarat di luar kemampuan persatuan bola sepak negeri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sebaliknya penaja perlu meletakkan syarat yang mampu dilaksanakan oleh persatuan bola sepak negeri yang akhirnya akan memberi pulangan seimbang kepada kedua-dua pihak.

“Nasihat saya kepada persatuan bola sepak negeri semak terma perjanjian terlebih dahulu agar tidak berat sebelah dan memberikan pulangan adil kepada kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Kedah di sini, semalam.

Khairy berkata pihak penaja juga tidak boleh mengaitkan kerajaan negeri berhubung isu penajaan kerana persatuan bola sepak negeri dan kerajaan negeri merupakan entiti berbeza.


Katanya pihak penaja juga tidak perlu meletakkan syarat tambahan selepas perjanjian telah ditandatangani kerana persatuan bola sepak perlu melaksanakan syarat yang telah ditetapkan mengikut perjanjian.

Khairy berkata setiap penajaan adalah amat baik kepada persatuan bola sepak negeri dalam meningkatkan mutu pasukan bola sepak tetapi ia tidak perlu menggadaikan sesuatu demi untuk mendapatkan penajaan.

Beliau berkata penaja juga tidak seharusnya mencampuri urusan persatuan bola sepak negeri dengan memegang jawatan tertentu yang boleh menjejaskan pengurusan sesuatu pasukan.

“Saya tak pernah dengar sebelum ini ada penaja campur tangan dalam hal pengurusan pasukan bola sepak negeri walaupun di kelab bola sepak luar negara,” katanya.

Katanya beliau akan membawa perkara ini pada mesyuarat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi membolehkan semua persatuan dan kelab bola sepak berhati-hati dengan syarat penaja agar tidak timbul pelbagai isu pada masa depan.

Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak penajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Khairy berkata tindakan KFA adalah tepat selepas persatuan itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada penaja.

Pada 4 Mei lepas, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar mengumumkan persatuan itu menolak penajaan syarikat berkenaan yang bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun kerana tidak bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan penaja itu. — Bernama.
 

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik