Saturday, December 31, 2016

YANG KELUAR DAN YANG MASUK SEPANJANG 2016.

Tahun 2016 menjadi latar kepada pelbagai peristiwa. Di peringkat antarabangsa, sejumlah selebriti meninggal dunia, termasuk pemuzik David Bowie, penyanyi Prince dan George Michael, dan peninju Muhammad Ali.

Di Amerika Syarikat, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden mengejutkan dunia, manakala di Filipina, Presiden Rodrigo Duterte terus mendapat perhatian lantaran dasar dalam dan luar negara yang dianggap kontroversi.

Di Malaysia pula, tidak kurang peristiwa penting di sepanjang 2016. Sama ada politik mahupun arena lain, semuanya berkisar pada apa yang keluar dan apa yang masuk.

YANG KELUAR Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Ali, umum keluar Umno pada 19 Februari. Ini kali ketiga beliau berada di luar parti yang pernah dipimpinnya selepas dipecat pada 1969 dan keluar pada 2008.

YANG KELUAR Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno pada 24 Jun. Pada 4 Julai, Datuk Seri Shafie Apdal pula mengumumkan keluar Umno selepas keahliannya digantung.

YANG MASUK Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan pada 8 September, dikepalai Dr Mahathir dan Muhyiddin. Shafie pula menubuhkan Parti Warisan Sabahpada 17 Oktober.

YANG KELUAR Naib Presiden PKR Darell Leiking keluar parti pada 22 September, diikuti Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan Setiausaha DAP Sabah Junz Wong pada 2 Oktober.

YANG MASUK Lajim menubuhkan parti sendiri, Parti Harapan Rakyat Sabah pada 25 Oktober. Darell dan Junz pula menyertai Warisan.

YANG MASUK Pada 9 Januari, Pakatan Harapan ditubuhkan dan terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah. Gabungan itu turut memeterai perjanjian kerjasama dengan PPBM pada 13 Disember.

YANG KELUAR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melepaskan jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Januari, selepas mengemudi badan itu selama 7 tahun.

YANG MASUK Datuk Seri Hashim Abdullah dilantik menjadi pengerusi SPR 2 hari kemudian (24 Januari).

YANG KELUAR Mukhriz melepaskan jawatan menteri besar Kedah pada 3 Februari.

YANG MASUK Keesokannya (4 Februari), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

YANG MASUK Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 mula berkuatkuasa 1 Ogos, meskipun Majlis Raja-Raja meminta ia diperhalusi semula.

YANG KELUAR MASUK?

Sejumlah aktivis ditahan polis sepanjang 2016.

Bermula dengan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani atau “Aduka Taruna” yang direman selama 3 hari pada 8 Januari, ekoran tulisannya di Facebook.

Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithninditahan 24 jam di bawah Akta Hasutan pada 4 April, berhubung artikel yang disiarkan di beberapa portal yang diolah daripada tulisan asal di FMT.

Kartunis Zunar, nama sebenar Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, ditahan polis sebanyak 2 kali. Pada 26 November, beliau direman sehari selepas mengadakan pameran di Pulau Pinang, dan pada 17 Disember disoal siasat selama 6 jam selepas ditahan ketika menghadiri satu majlis amal di Kuala Lumpur.

Aktivis muda Sabah, Jufazli Shi Ahmad, ditahan reman di Kuala Lumpur pada 9 November sebelum dihantar pulang ke Sabah 2 hari kemudian.

Sehari sebelum himpunan Bersih 5 yang diadakan pada 19 November, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Ketua gerakan Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos pula ditahan 4 hari.

Keesokannya (19 November), beberapa ahli politik dan aktivis direman 2 hari semasa Bersih 5 dan himpunan Merah berlangsung, antaranya aktivis Hishamuddin Rais, Adun Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Exco Pemuda Umno Datuk Armand Abu Hanifah.

Pada 30 November, seramai 47 Orang Asli direman 2 hingga 3 hari selepas membuat sekatan anti-pembalakan di Pos Petei, Gua Musang, Kelantan.

Pada 23 Disember, aktivis alam sekitar Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan Norhayati Shahrom direman 3 hari kerana dituduh menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ekoran komen mengenai penebangan hutan di Facebook.

Tentera Israel menahan aktivis Dr Fauziah Mohd Hassanselama 5 hari bermula 5 Oktober, ketika beliau menyertai misi kemanusiaan “Women’s Boat to Gaza”.

YANG KELUAR Dr Mahathir bukan lagi penasihat Petronas (ditamatkan pada 11 Mac), pengerusi Proton serta canselor Universiti Teknologi Petronas (pada 31 Mac).

YANG KELUAR Ratu skuasy Datuk Nicole David tewas kejohanan dunia buat pertama kali sejak 9 tahun, apabila tersingkir di tangan Nour El Sherbini dari Mesir pada suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Piala Dunia Naza PSA, 29 April.

YANG KELUAR Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menamatkan khidmat 16 tahun pada 30 April.

YANG MASUK Datuk Muhammad Ibrahim memulakan tugas sebagai gabenor baru BNM sehari kemudian (1 Mei).

YANG KELUAR Pada 6 Mei, Datuk Husam Musa dipecat daripada PAS kerana mengkritik kepimpinan parti.

YANG MASUK Selepas 4 bulan, Husam pada 30 Ogos umum sertai Amanah.

YANG KELUAR Lesen operasi penerbangan patuh syariah Rayani Air ditarik balik pada 13 Jun akibat masalah kewangan.

YANG KELUAR Sebaik sebelum rombakan jemaah menteri pada 27 Jun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlahmeletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua, dan disusuli dengan semua jawatan dalam Umno.

YANG KELUAR Pada 14 Julai, 4 pemain Johor Darul Ta’zim(JDT), Kunanlan Subramaniam, Mohd Amirul Hadi Zainal, Mohammad Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak bersara daripada skuad kebangsaan.

YANG KELUAR Pada 29 Julai, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan 2 timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Seri Mustafar Alimenamatkan khidmat mereka, di sebalik kehangatan siasatan berkait 1MDB.

YANG MASUK 2 hari kemudian (1 Ogos), Datuk Dzulkifli Ahmad daripada Jabatan Peguam Negara dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM.

YANG KELUAR PKR memecat Badrul Hisham Shaharinatau “Chegubard” kerana melanggar disiplin parti, pada 2 Ogos.

YANG MASUK Bekas pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasindilantik Mursyidul Am PAS pada 9 Oktober, selepas kematian Datuk Haron Din kira-kira 3 minggu sebelumnya.

YANG KELUAR Datuk Kamil Othman menamatkan kontraksebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 10 November, walaupun sekumpulan pelakon dan pengarah berkempen ia dilanjutkan. Beliau digantikan Datuk Fauzi Ayob.

YANG MASUK LRT Kelana Jaya-Putra Heights mula beroperasi pada 30 Jun, diikuti dengan MRT Sungai Buloh-Kajang (Fasa 1) pada 1 Disember dengan 12 stesen.

-FMT.

Friday, December 30, 2016

MEDIA SOCIAL BUKAN KIBLAT KITA.

gambar yang diambil pada 7 November 2013 menunjukkan logo Twitter

SIAPA tidak kenal Twitter? Siapa yang tidak tahu Instagram? Siapa yang tidak pernah menggunakan WhatsApp? Siapa yang terlalu jumud sehinggakan tidak kenal Facebook?


Pasti tidak ada insan yang tidak kenal itu semua. Bahkan jangan terkejut jika penulis katakan bahawa ada di antara kita yang mempunyai lebih daripada satu akaun bagi setiap aplikasi itu. Begitulah hebatnya penangan dan peranan media sosial di dalam kehidupan seharian kita. 


Bagi generasi lama, mungkin merasakan bagai mimpi disogokkan teknologi untuk bersosial sedemikian rupa. Maklum sahaja lah, selama ini mana ada teknologi seperti ini sehinggakan gambar, mesej, dan apa juga boleh dikongsi ke serata dunia dalam tempoh berselang hanya kerdipan mata. Ini mencetuskan satu fenomena baharu sehinggakan ada yang menjadi begitu taksub. Penulis pernah melihat anak kecil tak boleh menjamah makanan yang sudah lama sampai di meja sebuah restoran hanya kerana ibunya belum habis mengambil foto makanan tadi untuk dimuat naik ke laman Facebook.


Bagi generasi Y dan Z pula, lain ceritanya. Mereka lahir, hidup dan membesar bersama telefon bimbit dan segala macam gajet yang ada di pasaran. Samsung dan Oppo teman sejati. Tika berpergian telefon bimbit harus ada di genggaman. Seandainya terlupa dan tertinggal di rumah sana, berpatah balik untuk mengambilnya semula tak jadi masalah meskipun sudah berada puluhan kilometer jaraknya.


Maklumlah celik sahaja biji mata, emak ayah sudah hadiahkan Ipad, Notepad, telefon bimbit dan segala bagai. Daripada bangku sekolah rendah sampailah ke alam sekolah menengah, kemudiannya masuk pula ke kolej, gajet ini tidak mampu dipisahkan dengan kehidupan mereka.


Keakraban ini secara tidak langsung menyebabkan minda generasi baharu ini seakan sudah dipahat bahawa apa yang tertera dan tertulis di gajet sana adalah sumber informasi utama mereka.


Media sosial meskipun banyak kebaikannya namun apabila terlampau obses, perkara sebaliknya memang boleh berlaku. Peradaban bangsa boleh runtuh kerananya. Sejarah negara pun sampai tidak dipercayai gara-gara celoteh entri media sosial punya angkara. Kita sesama kita juga boleh berlaga angin dan berseteru kerananya. Malah media tradisional yang ditulis oleh pengamal yang lebih berintegriti pun sudah hampir tidak dipercayai lagi. Sedikit demi sedikit tampak generasi muda semakin berjaya digoda bahawa media sosial adalah sumber maklumat mereka yang paling boleh dipercayai. Jika ini berterusan berlaku untuk beberapa tahun lagi, penulis percaya akan rosaklah segala catatan peristiwa yang ada, sejarah, arkib dan budaya negara diubah oleh virus ketaksuban berita daripada media sosial.


Banyak sudah iktibar luar yang kita lihat berlaku di negara lain. Yang dilabelkan calon underdog boleh menang kerana media sosial. Ketamadunan juga boleh tumbang dek penangan media sosial.


Negara-negara Asia Barat tak henti-henti bersengketa. Negara Islam yang lainnya seperti Syria dan Yemen tidak pernah pudar daripada gelora. Semua keadaan ini diburukkan lagi gara-gara taksub isi dan berita daripada media sosial.


Patutlah China menyekat kandungan dan menghalang operasi media sosial luar di negaranya demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat jelata dan kemakmuran di negara mereka.


Sebagai kesimpulannya, isi yang tersebar dan terpapar di media sosial banyak yang direka daripada yang betulnya, banyak yang diolah semula daripada yang benar. Hadis palsu , malah al-Quran juga yang telah dipinda ayatnya kedapatan tersebar merata di media sosial. Fitnah juga seakan berleluasa dan semakin bermaharajalela. 


Ini terbukti apabila seringkali apa juga yang tersiar dan tersebar kemudiannya dinafikan pula bermati-matian oleh yang empunya diri. Apakah maknanya ini? Bukankah ini bermakna bahawa berita yang disebarkan itu tidak betul? Inikah sumber maklumat yang ingin kita jadikan bahan rujukan sebenar? Inikah sumber bahan yang kita nanti-nantikan sebagai punca bagi mendapat maklumat sahih dan mutakhir?


Tampaknya, ia bukanlah satu lowongan atau jalan pencarian bahan yang seratus peratus tepat. Sejajarlah juga dengan namanya sebagai media sosial dan tidak pernah dirujuk pun sebagai media rasmi. Hanya kita yang terkadang kala terlebih taksubnya sehingga mengibaratkan sumber berita sosial itu sebagai berita yang official.


Kita perlu belajar untuk menyemak sumber dan berlatih untuk menjadi penapis. Bukan semberono menerima dan berkongsi semula maklumat yang terpapar di papan muka Facebook. Janganlah bergembira dan bersukaria ria berkongsi fitnah dan mencipta dosa sepanjang usia.


Kita juga perlu berfikiran tuntas dan mempunyai daya anjakan paradigma. Tidak selamanya kita boleh berpendapat bahawa detergen basuhan yang berbuih banyak itu menjamin kebersihan kain baju yang dibasuh. Kerana ada pendapat lain yang mengatakan sebaliknya.


Dalam melestarikan corak pemikiran madani; kewajaran dan pembuktian menjadi sandaran utama. Bukan goyangan emosi dan golekan perasaan mendahului segalanya.


Justeru, janganlah dijadikan media sosial ini sebagai kiblat. Tak sedarkah akan bahayanya yang sedia menanti seandainya kita terus-terusan lalai dan alpa. Yang rugi bukannya mereka tetapi diri sendiri, keluarga ,bangsa dan negara . Oleh itu, tepuk dada ubah minda, perkemaskanlah cara. Mudah-mudahan semua akan selamat dan sentiasa dirahmati oleh Allah yang Maha Esa.

- Syed Mazlan.

IBRAHIM ALI VS. EZAM.


Dalam politik, paling bahaya ialah politikus yang jenis gemar melompat parti. Dari satu parti ke parti yang lain dia melompat asalkan dapat keuntungan. Puak-puak pembangkang dulu gelar politikus jenis ni sebagai katak. Katak yang paling popular ialah Ibrahim Ali, mula-mula lompat ke parti pembangkang dari UMNO, lepas tu dia khianat PAS dan beralih sokongan pada UMNO pulak, lepas tu dia khianat UMNO dan bagi sokongan pada parti lain pula. Fenomena 'katak' ni dilihat makin menjadi-jadi kebelakangan ni, kalau lompat sekali kita faham lah ... ni kalau yang jenis lompat berkali-kali dah jadi apa cerita pulak?


Macam Ibrahim Ali dulu, masa dia lompat balik bagi sokongan pada UMNO macam-macam kemudahan dia dan balachi-balachi dapat dengan gunakan platform PERKASA, yang penaungnya Mahathir. Dah dapat macam-macam kemudahan dan barangkali tak kenyang dan tak dapat apa yang dihajati maka jadilah cerita seperti yang kita nampak hari ni. Nampaknya hari ni kita boleh nampak satu lagi Ibrahim Ali in the making . Sapa tak kenal Ezam Kotak ? Nama Ezam naik zaman reformasi Anwar, dia jadi orang kuat Anwar balun Mahathir kaw-kaw, itu sebab cerita 6 kotak boleh timbul, kononnya 6 kotak yang bakal menyebabkan Mahathir dan kroni-kroni bakal disumbat dalam penjara.

Ezam yang asalnya orang UMNO kemudian jadi PKR masa zaman reformasi Anwar akhirnya berubah semula menjadi UMNO, bukan setakat itu saja .. malah dilantik jadi orang penting di Kementerian Kewangan. Ramai penyokong UMNO yang sebenarnya mengkritik tindakan menerima semula Ezam tapi lama-kelamaan terima dalam keterpaksaan. Hari ni apa yang dijangka jadi kenyataan, Ezam berpaling tadah lagi ... cerita 6 kotak pun timbul lagi , tapi mungkin Ezam lupa kisah 6 kotak yang dijaja selama ini tujuannya untuk menjatuhkan Mahathir, ironinya hari ini ... Ezam berada dalam parti yang ditunjangi Mahathir.

Memetik status FB Faisal Rohban,

"Ezam punya tahap benci kpd Tun M saya tahu wahai kawan2ku sekalian. Saya tahu tahap bencinya setakat mana ? Hatta selepas dia masuk Umno sekalipun bencinya kpd Tun M tidak surut. Dendam dia, marah dia kerana dia ditahan ISA dan dipenjara akibat mendedahkan dokumen bagaimana Dr M melakukan salah guna kuasa melindungi rasuah Rafidah Aziz. 
Sebab itu saya terkejut bila dia blh sokong Dr M sekarang. Dlm kepala saya dua sebab saja; 

1. Dia dapat dedak gred AAA 
2. Dia nak balas dendam kpd Tun M dan akan sabotaj dari dalam. 
Kalau dia bukan nak balas dendam kpd Dr M, dia tidak akan berckp lagi hal kotak2 itu. Sebab kotak2 itu sepertimana dia beritahu kita semua dulu adalah bukti2 rasuah dan salah guna kuasa Tun M. Selepas dia masuk PPBM, pada bulan November dlm wawancara dgn Sinar Harian dia masih mempertahankan kotak2 itu dan mengakui ianya masih wujud. Utk apa dia berckp begitu sedangkan dia telah bersama Dr M ? Maknanya ada rancangan dia utk mensabotaj Dr M melalui cara2 tertentu. Dlm pertarungan, jika kita tidak dpt menjatuhkan musuh dgn berperang berdepan, kita kena menyusup masuk dlm pasukan musuh pula. Kita sokong dia,kita lambung dia, kita puji dia, kita ampu dia dan akhir sekali kita keratttt dia...." 

Jadi kepada ahli-ahli PPBM, anda semua kena hati-hati sikit dengan Ezam ni ....dia dah pernah buat sebelum ini jadi tak mustahil dia boleh buat lagi . Harap lepas ni UMNO jangan terima jenis makhluk-makhluk yang gemar melompat-lompat ni.
Bedaman.
 

Wednesday, December 28, 2016

LANGKAH 2016 MADEY TAK CUKUP BISA.

mahathir-bersatu1

PADA usia 91 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad masih aktif turun naik pentas politik untuk memperjuangkan apa yang difikirkannya betul.

“Betul” daripada kaca mata veteran politik itu mungkin berbeza daripada sudut pandangan orang lain.

Malah tafsiran “betul” juga boleh berubah-rubah mengikut situasi, kepentingan dan konteks tertentu.

Tahun 2016 yang bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi turut merekodkan beberapa pendirian bekas perdana menteri itu yang berubah berdasarkan perkembangan politik semasa.

Bermula 29 Februari tahun ini, Dr Mahathir memulakan langkah menyerang kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar Umno selepas mengumumkan pendirian untuk sekali lagi meninggalkan parti yang pernah dipimpinnya itu.

Sejak itu beliau dilihat konsisten memperjuangkan pendiriannya kerana beranggapan Umno ketika dibawah pimpinan Najib telah terpesong daripada asas perjuangannya.

Menyedari realiti bahawa usahanya hanya sia-sia jika bergerak secara bersendirian, Dr Mahathir memulakan inisiatif untuk memberi tekanan kepada Najib menerusi Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada 4 Mac.

Deklarasi Rakyat juga menjadi platform pertama Dr Mahathir bergandingan secara formal dengan pimpinan pembangkang termasuk musuh tradisinya, Lim Kit Siang.

Bagi Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, beliau melihat langkah politik Dr Mahathir sepanjang tahun ini masih belum cukup untuk meruntuhkan tembok penguasaan Umno.

“Siri tindakan Dr Mahathir belum cukup untuk meruntuhkan Umno secara keseluruhannya. Mungkin hanya boleh merosakkan, tapi bukan untuk meruntuhkan.

“Malah tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno juga tidak memberi kesan kepada parti itu buat masa ini,” katanya kepada mStar Online.

Mengulas mengenai sikap Dr Mahathir yang sanggup berbaik-baik dengan DAP, Wan Saiful berkata, perkara berkenaan bukan sesuatu yang mengejutkan terutama dalam politik.

“Budaya politik orang Malaysia mungkin akan anggap tindakan Dr Mahathir berbaik-baik dengan Kit Siang sebagai sesuatu yang pelik dan bakal mencetuskan fenomena luar biasa.

“Tapi hakikatnya ia hanya langkah politik yang biasa dan tidak berbisa,” katanya.

Menurut Wan Saiful lagi, Barisan Nasional (BN) dan Umno boleh mengakhiri siri cabaran politik yang dihadapi mereka sepanjang tahun ini dengan nafas lega.

Katanya, parti pemerintah itu bernasib baik kerana pada tahap ini pembangkang masih belum menyelesaikan beberapa isu utama sebelum boleh meruntuhkan sokongan rakyat kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pembangkang belum cukup kukuh, kesefahaman antara mereka masih diragui. Sehingga kini parti pemerintah masih belum hilang sokongan rakyat dan akan terus berkuasa sehingga selepas PRU nanti jika pembangkang masih di takuk yang sama,” katanya.

Berikut kronologi peristiwa penting sepanjang 2016 membabitkan Dr Mahathir:

29 Februari

  • Mengumumkan penarikan diri dari parti Umno berkuatkuasa serta-merta
  • Pada masa ini beliau memberi jaminan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.

4 Mac

  • Kerajaan menghentikan bantuan kewangan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana berkuat kuasa serta-merta.
  • Sekali lagi berkempen bersama Kit Siang di Sungai Besar.

24 Jun

  • Bersama Kit Siang ketika kempen PRK Kuala Kangsar.

17 Jun

  • Bersama Kit Siang ketika kempen PRK Sungai Besar.

12 Jun

  • Majlis Bersama Pemimpin Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia. Dr Mahathir berkongsi pentas dengan Lim Guan Eng.

11 Jun

  • Menyertai demonstrasi jalanan anti GST.

9 Mei

  •  Pertama kali berkongsi pentas dengan Kit Siang pada Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam.

2 April

  • Ia turut mendapat sokongan Kit Siang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Dr Ling Liong Sik.

27 Mac

  • Mengetuai inisiatif Deklarasi Rakyat menyokong penyingkiran Najib.
  • Keputusan itu dibuat susulan tindakan Pengerusi Kehormat Yayasan Kepimpian Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan kemudahan yayasan tersebut sebagai platform untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

21 Julai

  • Mengadakan sidang media bagi memaklumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti politik baharu bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
  • Kit Siang turut hadir ke Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai sokongan.

5 September

  • Hadir perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Kedua-dua mereka bersalaman selepas 18 tahun.

9 September

  • Hadir ke pejabat RoS bagi mendaftarkan parti baharu.

28 Oktober

  • Mengumumkan untuk menyertai perhimpunan Bersih5 di Kuala Lumpur.

8 November

  • Sekali lagi mengadakan pertemuan dengan  Kit Siang pada sesi taklimat di Parlimen. 

16 November

  • Muncul dalam klip video sambil memakai kemeja-T Bersih5 bagi menyeru penyertaan orang ramai.

19 November

  • Sejurus tiba dari luar negara, Dr Mahathir terus hadir ke perhimpunan Bersih5 di hadapan KLCC. 

4 Disember

  • Hadir sebagai tetamu kehormat di konvensyen DAP di IDCC Shah Alam.

- biswardihasbi.
 

Tuesday, December 27, 2016

BR1M TIDAK PERLU.

Mahathir berkata pemberian BR1M sama seperti pemberian rasuah dan ianya bertujuan untuk meraih sokongan bagi menghadapi pilihan raya ke 14 nanti, ini bererti BR1M jugalah yang mejadi penyebab kepada kemenangan kepada parti pembangkang pada pilihan raya ke 13 yang lalu sebaik sahaja BR1M diperkenalkan pada tahun 2010.

Sebenarnya Mahathir telah menghina berjuta rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai sangat dayus dan miskin moral kerana mengalakkan berlakunya rasuah, malah setiap bantuan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak kira bantuan apa sekali pun waima bantuan bencana juga boleh di ketegorikan sebagai rasuah oleh kerajaan termasuklah bantuan zakat juga dikira rasuah kepada yang hasnaf yang menerima.

Mahathir sudah kehabisan modal untuk menyerang kepimpinan Dato’ Seri Najib sahingga segala kebaikkan najib untuk rakyat dikira rasuah dan berkepentingan untuk meraih undi pilihan raya dan kesemuanya berkaitan dengan pilihan raya, dalam kepala otak Mahathir hanya ada perkara buruk berkenaan dengan Najib, Barisan Nasional dan UMNO.

Pada Mahathir apa sahaja program bantuan kepada rakyat ianya adalah rasuah, menghantar Tok imam dan siak mengerjakan haji juga adalah rasuh malah bantuan buku percuma juga adalah rasuah sedangkan mereka yang menerima ada yang datang dari keluarga ahli parti pembangkang sendiri, perkara yang tidak pernah Mahathir lakukan semasa menjadi Perdana Menteri dahulu selain bantuan kepada kroni dan anak beranak.

Sia-sia Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana tidak pernah memikirkan bantuan kepada rakyat malah tidak ada didalam plan rancangan pentadbirannya untuk membantu rakyat selain berbangga dengan mendirikan bangunan pencakar lagi yang memberi kesenangan kepada kroni-kroni agar menjadi terus kaya dan mengaut keuntungan dari hasil kerajaan.

Sia-sia juga Mahathir hidup begitu lama tetapi tidak mengetahui palan rancangan bantuan seperti BR1M ini pernah dilakukan di beberapa negara dunia suatu ketika duhulu dengan tujuan untuk merangsang ekonomi agar terus berkembang, malah didalam keadaan ekonomi global yang negetif dan tidak menentu ini pemberiam BR1M dapat merangsang semula ekonomi apabila rakyat dapat berbelanja.

Lihat sahaja Singapura yang memperkenalkan Skim Bantuan Awam (Public Assistence (PA) ) satu bentuk bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, yang akhirnya berjaya memulihkan kembali ekonomi mereka, begitu juga dengan Brazil yang memperkenalkan Bolsa Familia, Mexico yang memperkenalkan Oportunidades kesemuanya adalah bertujuan untuk membantu rakyat mereka dan dalam masa yang sama meransang ekonomi negara mereka.

Mahathir mungkin malu kepada dirinya sendiri kerana selama menjadi Perdana Menteri beliau tidak pernah memikirkan untuk memberi bantuan seperti ini kepada rakyat, tetapi sering memberi bantuan kepada syarikat perniagaan kroni agar tidak jatuh bangkrap.

Sebenarnya Mahathir tahu bahawa dengan pemberian BR1M berdasarkan prinsip ekonomi asas kerajaan berbelanja, konomi negara akan semakin berkembang dan sebaliknya bila kerajaan kurang berbelanja, ekonomi juga akan menguncup dan bila ekonomi berkembang ini akan membuatkan rakyat menjadi sejahtera, perkara ini yang merungsingkan Mahathir yang kini sedang dipergunakan oleh pembangkang.

Mahathir seharusnya menasihatkan juak-juaknya agar tidak menerima BR1M termasuk apek-apek tua dari pembangkang yang paling banyak menerima BR1M, malah perlu juga menasihatkan pengikut totoknya agar memulangkan wang BR1M yang mereka ambil jika sayang kepada beliau sebagai idola.

Mahathir tidak perlu sembunyikan cara Najib mengembalikan wang rakyat bukan seperti dakwaan Anwar terhadap Mahathir yang menyakau duit rakyat, pemberian BR1M tidak pernah mengambil tahu latar belakang dan ideologi politik penerima BR1M, kerana BR1M merupakan wang rakyat, tidak salahlah untuk mengembalikan kepada mereka bukan menyakau hak mereka.

Mahathir perlu malu kerana Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana telah melaksanakan pelbagai program dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban kewangan rakyat daripada kos sara hidup yang tinggi perkara yang tidak pernah Mahathir lakukan dahulu sahingga terpaksa mengeluarkan faktwa bahawa BR1M itu adalah satu bentuk rasuah untuk pilihan raya.

Kepada totok Mahathir harap anda tidaklah mengambil atau mengembalikan semula BR1M kerana ianya adalah rasuah dalam penilaian Mahathir kerana Mahathir mahukan rakyat negara ini terus menjadi mundur dan miskin agar mudah diperkotak-katikkan nanti, rakyat harus dihasut agar tidak terus memberi sokongan kepada perancangan dan transformasi Dato’ Seri Najib yang mahukan negara dan rakyat negara ini terus maju dan sejahtera. 

B1SP.

 

BR1M ADALAH WANG RAKYAT.

Nampaknya hubungan Mahathir dengan Presiden parti Bunga sudah sampai kejalan penghujung apabila mula saling berpaling muka diantara mereka, dengan kata lain tuduhan BR1M adalah rasuah kerajaan kepada rakyat telah menghina dan menafikan kenyataan Muhyiddin suatu ketika dahulu bahawa BR1M adalah wang rakyat dan perlu dikembaikan kepada rakyat.

Tuduhan rasuah Mahathir kepada penerima BR1M benar-benar telah mencalarkan kenyataan Muhyiddin yang mahukan BR1M dilaksanakan bagi membantu rakyat dan menjana pemulihan ekonomi, Muhyiddin pernah mengatakan bahawa bantuan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukanlah rasuah untuk rakyat tetapi wang rakyat yang dikembalikan kepada mereka yang memerlukan bantuan ekonomi.

Malah Muhyiddin juga berkata bahawa bantuan tersebut diberikan kepada semua yang layak menerima bantuan wang tersebut tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik masing-masing.

Tuduhan Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah benar benar telah mencalarkan lagi hubungan mereka berdua, apatah lagi Mahathir dilihat lebih mesra dengan Lim Kit Siang pemimpin DAP dari Muhyiddin yang menjadi boneka didalam parti Bunga yang baru ditubuhkan.

Dakwaan Mahathir bahawa negara Malaysia akan sama tarafnya dengan negara mundur didunia adalah merupakan satu provokasi kepada rakyat Malaysia, kerana dalam tidak sedar BR1M telah banyak membantu bukan sahaja gulungan pengangur tetapi mereka yang sudah bekerja tetapi menerima gaji yang tidak mencukupi untuk menjalankan kehidupan seharian.

Muhyiddin pada suatu ketika dahulu amat-amat menyokong akan pemberian BR1M kerana ini adalah salah satu cara bagaimana kerajaan dapat mengembalikan dan berkongsi hasil negara bersama rakyat jelata, yang mana perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Mahathir sahingga dirinya digelar sebagai mahazalim kerana tidak pernah memikirkan nasib rakyat kebanyakkan.

Tetapi adalah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang di kepalai oleh parti DAP semua kabaikkan untuk rakyat yang disediakan oleh kerajaan harus dihasud agar segalanya kelihatan keji, BR1M adalah rasuah merupakan propaganda pembangkang yang mengunakan Mahathir bagi menghasud rakyat menjelang pilihan raya ke 14 nanti dan ianya adalah salah satu isu utama selain menyatakan bahawa kesemua bantuan kerajaan termasuk bantuan kepada petani dan peniaga adalah haram.

Bagi pengikut parti PAS sudah pasti mereka akan terus menerima BR1M dan bantuan lain dari kerajaan tanpa menghiraukan hasutan Mahathir kerana mereka tidak pernah bersetuju dengan Mahathir yang pernah mereka labelkan sebagai maha firaun.

Sementara penyokong PKR pula sudah pasti mereka akan menerima BR1M kerana pemimpin mereka Anwar pernah menyatakan bahawa ‘wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat’ dan dengan BR1M terbuktilah bahawa kerajaan telah melaksanakan pemulangan wang kepada rakyat bukan kepada roni seperti mana yang berlaku terdahulu.

Parti Bunga Raya pula sudah pasti akan terkulat-kulat melihat rakan-rakan mereka dari parti pembangkang yang lain menerima BR1M kerana jika menerima bererti mereka juga adalah penerima rasuah dan telah lari dari prinsip perjuangan mereka kononnya mahu menghapuskan rasuah.

Kerana ketamakkan dan haluba maka Mahathir sanggup mempolitikkan dan menafikan hak rakyat untuk menerima BR1M, bertepatan benarlah jika dahulu mereka menuduh Mahathir sebagai mahazalim, kerana terbukti hari ini Mahathir benar-benar zalim dengan menafikan hak rakyat termasuk ahli parti Bunga Raya untuk hidup selesa.

Semakin jauh nampaknya Muhyiddin dengan Mahathir.

-B1SK. 

MADEY DINASIHATKAN HENTI BUAT KERJA SIA2.


Mahathir diminta berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai wang rasuah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu dinasihat menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.

Sambil menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai orang kecewa dan putus asa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan Dr Mahathir supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.

Katanya, dakwaan BR1M sebagai wang rasuah adalah satu penghinaan kepada kerajaan dan penerima kerana bantuan itu adalah antara program ke arah menjayakan konsep negara berkebajikan, malah tindakan sama dilakukan Dr Mahathir dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat Terengganu.

“Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.

Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada.

“Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik.

“Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat,” katanya kepada BH, hari ini.

Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan itu.

-B1SK.

MADEY CUBA ALEH ISU KEMELUT PARTINYA.


Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sedang meroyan dengan membangkitkan pelbagai isu termasuk mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haram dan rasuah untuk menutup kemelut kepemimpinan dalam partinya.

Menurutnya, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sengaja mengalih isu dalaman partinya setelah setelah kecewa kerana gagal menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Untuk mengalih isu dalaman PPBM beliau mengeluarkan ‘fatwa’ mengenai BR1M dan yang menjadi persoalan sejak bila beliau menjadi ahli majlis fatwa?

“Kerajaan tidak perlu melayan kerenah beliau yang suka meroyan termasuk sengaja membangkitkan cerita sensasi seperti BR1M itu haram dan rasuah semata-mata mengalihkan isu serta untuk mendapat perhatian dan publisiti murahan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik portal Berita Harian Online, hari ini.

Ahad lalu, Dr Mahathir, dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, jika pemimpin BN, tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian BR1M mesti melalui Umno.

Buktinya, katanya, ialah semasa ucapan penggulungan perhimpunan Umno baru-baru ini, presiden parti itu membuat pengumuman pemberian BR1M fasa 3 dan akhir diberikan melalui Umno bahagian.

Menunggu masa terkubur

Mengulas lanjut, veteran Umno itu berkata, bekas perdana menteri sengaja berbuat demikian bertujuan mahu mendapat reaksi daripada pihak kerajaan dan Umno dan apabila kenyataannya mendapat maklum balas, ia adalah satu kemenangan kepadanya.

Katanya, sebelum ini, Dr Mahathir menuduh kerajaan menggadai negara ini kepada China dan berhutang dengan negara itu apabila Najib berjaya mendapat pelaburan bernilai RM143 bilion.

“Sehubungan itu, Veteran Umno berharap kerajaan dan kepemimpinan Umno jangan membuang masa melayan kerenah kebudak-budakan dan ketidakmatangan Dr Mahathir. Teruskan program yang dirancang untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Biarkanlah dia terus meroyan dan merapu bagi memenuhi sisa-sisa kehidupannya. Veteran Umno yakin rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau yang tidak habis-habis menyerang dan memburukkan kerajaan dan kepemimpinan Umno,” katanya.

Mustapha berkata, paling menyakitkan hati Dr Mahathir adalah apabila BERSATU yang baru ditubuhkannya dilanda kemelut kepemimpinan yang menunggu masa terkubur.

Pada 25 Disember lalu, salah seorang pengasas PPBM, Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Anina dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Susulan itu, bekas ahli PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘membersihkan’ namanya kerana turut terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.

-B1SK.

Monday, December 26, 2016

P.PINANG TRANSIT DADAH SEGI TIGA EMAS.


Sindiket yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan bagi dadah yang mereka seludup dari “Segi Tiga Emas” berhampiran sempadan Thailand, Myanmar dan Laos, yang juga dikenali sebagai kilang dadah dunia.

Pemangku Pemerintah Bahagian Pencegahan Narkotik Kawasan 4 Thailand (selatan), Mejar Jeneral Dussadee Choosankij berkata dadah berkenaan akan dieksport ke negara lain setelah tiba di Pulau Pinang.

“Saya rasa Malaysia (Pulau Pinang) menjadi hab (bagi dadah yang dibawa dari Thailand) kerana ia mempunyai pelabuhan dan terdapat sindiket Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket dadah di negara lain.

“Pasaran utama bagi dadah ini (melalui Pulau Pinang) ialah Taiwan dan setelah sampai di Taiwan, bahan itu akan dieksport pula ke negara lain,” katanya kepada Bernama di Bangkok, baru-baru ini.

Dussadee berkata sindiket terbabit diketahui menggunakan Pulau Pinang sebagai satu daripada transit bagi laluan mereka untuk tempoh tertentu.

Peranan Pulau Pinang sebagai transit pilihan bagi sindiket dadah terdedah melalui beberapa kes kegagalan cubaan untuk menyeludup dadah ke Malaysia baru-baru ini.

Dalam semua kes itu, para penyiasat diberitahu bahawa destinasi dadah yang dirampas ialah Pulau Pinang sekiranya mereka berjaya melepasi pihak berkuasa yang mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

Pada Mei tahun ini, 21 “keldai dadah” Malaysia ditangkap pihak berkuasa Thailand dalam dua operasi yang menemukan 226kg methamphetamine serta 8kg heroin tulen yang disorok di dalam beg galas.

Lima belas daripada suspek ditangkap di dalam kereta api yang dalam perjalanan ke Butterworth dari Bangkok, manakala enam lagi ditangkap di dalam sebuah van di selatan Thailand.

Para penyiasat memberitahu Bernama, mereka percaya dadah berkenaan dirancang untuk dieksport ke sebuah negara Eropah dari Pulau Pinang dan di sana, bahan itu dijual pada harga tiga atau empat kali ganda lebih tinggi daripada harga asal untuk membolehkan sindiket terbabit meraih keuntungan besar.

Pada 11 Disember dua rakyat Malaysia ditangkap di Chumphon, selatan Thailand, di mana pihak berkuasa menemukan 52.4kg heroin tulen dan 41kg methamphetamine disorok di dalam kereta yang mereka naiki.

Dussadee berkata dua lelaki berusia separuh abad itu merancang menghantar dadah berkenaan kepada seseorang di Hatyai, yang kemudian akan membawa bahan itu ke Pulau Pinang untuk dieksport ke sebuah negara lain, dengan Taiwan atau Australia mungkin menjadi destinasi terakhirnya.

Heroin tulen seberat 52.4kg yang ditemukan di dalam kereta yang dinaiki dua lelaki berkenaan mengunakan jenama terkenal, Double UOGlobe. Ini menunjukkan ia berasal dari sebuah kilang heroin di tengah-tengah belantara Laos.

Seminggu selepas kes itu, agensi penguatkuasaan dadah Thailand mengumumkan satu lagi kejayaan besar dalam usahanya membanteras sindiket dadah pada 17 Disember berikutan tertangkapnya tujuh orang dan sebanyak 500kg methamphetamine atau “Ice” dirampas daripada mereka.

Lima daripada lelaki berkenaan ditangkap di Chumphon dan dua lagi di Hatyai.

Menurut Dussadee, dadah itu dirancang untuk ditinggalkan di Takbai, sebuah tempat di Narathiwat sebelum diseludup masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok.

“Saya percaya 100 peratus dadah itu adalah untuk diseludup masuk ke Malaysia sebelum dieksport semula ke negara ketiga. Mereka merancang menggunakan Sungai Golok sebagai pintu masuk ke Malaysia kerana menyeludup dengan menggunakan bot melalui sungai itu adalah lebih mudah,” kata Dussadee.

Beliau berkata seorang daripada tujuh lelaki yang ditangkap dalam kes itu mengaku mengangkut 14 kampit dadah sintetik tidak diketahui jenisnya ke Narathiwat pada Oktober tahun ini untuk diambil seseorang dan dibawa masuk ke Malaysia.

Lelaki itu, kata beliau, mengaku menjadi keldai dadah dan menerima upah bagi setiap kampit yang diangkutnya, manakala kampit itu pula ditipu sebagai kampit baja untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Dussadee berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, yang fasih berbahasa Thai dalam urusan harian mereka untuk memerangi penyeludupan dadah melalui sempadan Malaysia-Thailand.

“Komunikasi antara kami juga, cukup baik,” katanya.

-B1SK.

 

Sunday, December 25, 2016

PAS PERLU BERTANDING DIMANA2 SAHAJA PADA PRU14.


Cakap tak serupa bikin, itu lah yang selayaknya istilah yang diberikan kepada mana-mana komponen yang berada didalam Pakatan. Pakatan  yang terkenal dengan mulut manis dan berjanji bulan dan bintang sebelum berjaya menghirup madu.

Kata-kata dan janji manis yang telah mereka ucapkan sejak 1o tahun lalu tidak pernah ditunaikan setelah mendapat kuasa. Perkara ini terbukti dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap pengundi dan juga sesama mereka sendiri.

Kerja menikam rakan dari belakang adalah permainan mereka, mencari peluang untuk memijak  kepala rakan sendiri demi kuasa  pun sanggup dilakukan. Perkara ini jelas terbukti apabila kita melihat bagaimana Amanah ditubuhkan.

Baiah yang dilafazkan tidak berguna langsung bagi mereka, duhulu mereka adalah dikatakan pejuang untuk Islam, setelah manisnya madu dikecapi dengan gula-gula DAP berikan, pemimpin PAS yang dahulunya amat lantang memperkatakan Islam kini bersama  DAP yang nyata sebuah parti anti islam dan Melayu.

Amanah pernah membiarkan DAP memperlekehkan RUU355 yang dibentang oleh PAS, pemimpin mereka menyokong sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh DAP dalam menghina apa yang diusahakan oleh PAS untuk memartabatkan undang-undang syariah Islam.

PAS sepatutnya sedar bahawa Amanah bukan rakan politik yang baik untuk diadakan kompromi dalam apa juga hal dan juga perbincangan. Sikap mementingkan diri oleh kepimpinan amanah yang nyata menentang Islam wajar diawasi dengan betul-betul teliti.

Setiap tindakan Amanah untuk memujuk harus diabaikan. Sesuatu yang ditawarkan oleh  Amanah itu ada sebabnya. Jika PAS ingin melakukan sesuatu keputusan tidak kira dalam apa bentuk sekali pun, pastikan Amanah akan dikecundangkan.

Bercakap mengenai kerusi pilihanraya pula, PAS seharusnya bertegas untuk melawan sesiapa sahaja terutama Amanah dan PKR walaupun ianya melibatkan pertandingan 3 penjuru. Soal kompromi PKR dengan Amanah itu adalah hak Pakatan. Tetapi PAS mesti bertegas akan terus menunjukkan bahawa PAS bukan sebuah parti yang lemah dan boleh dipergunakan.

Kerusi PKR yang dimiliki oleh calon Perdana Menteri  pembangkang harus direbut oleh PAS, tidak kira lah jika Amanah mahu bertanding sama. Konsep satu lawan satu itu hanya untuk memudahkan parti dalam pakatan mendapat sokongan sekutu tanpa berbelah bagi.

Oleh itu, PAS mesti meneruskan niat untuk merebut kerusi milik parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Amanah mahu bertanding sama. Pendirian PAS mesti jelas, pada hakikatnya PKR akan mempertahankannya.

Reaksi kepada isu ini timbul apabila reaksinya kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad bahawa PAS akan bertanding di kerusi PKR sekiranya parti pimpinan Wan Azizah itu gagal ‘mengawal’ rakannya, Amanah daripada mengusik kawasan PAS dalam PRU14 kelak

PAS berkali-kali dalam beberapa kenyatan telah memberikan komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu demi pilihan raya berkenaan, dengan syarat kerusi miliknya tidak diusik. Tetapi Amanah terus mahu bertanding untuk merebut kerusi PAS.

PAS seharusnya meneruskan sikap  tidak mahu bersama pembangkang utama, sejarah telah mengajar PAS segalanya, maka itu hak PAS untuk menentukan sama ada PAS akan terus bersendirian dan melawan sesiapa sahaja. PAS akan terus  mengadakan kerjasama dengan Umno selepas hubungan yang semakin rapat. Ini merupakan salah satu ketakutan pembangkang.

PAS kini membentuk blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera yang disertai oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Sementara itu Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah telah menandatangani perjanjian muafakat politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menjayakan konsep satu lawan satu dalam PRU14 akan datang

  • PRU14.TV


     

    APA BEZA JERSI AUTHENTIC (PLAYER ISSUE) DENGAN REPLICA (FAN ISSUE)?

    beza-jersi-authentic-replica

    Apa beza jersi authentic (player issue) dengan jersi replica (fan issue)?

    Jika anda pernah ke butik sukan, kedua-dua jenis jersi ini dijual secara sah, dan kedua-duanya adalah produk asli (original) dari pengeluar jersi dan harganya pula berbeza. Maka tak hairanlah ramai yang keliru.

    Jadi kami ingin memberi panduan supaya anda dapat mengenal beza jersi replica dengan jersi authentic. Kami juga akan memberikan perbezaan kedua-dua gred jersi tersebut mengikut jenama – Nike, Adidas dan Puma.

    Nota 1: Kedua-dua jenis jersi authentic dan replika akan mempunyai perkataan ‘authentic’ dalam namanya produk dan di tag jersi tersebut. 

    Nota 2: Harus diingat bahawa artikel ini merujuk kepada produk jersi tulen dari Nike, Adidas dan Puma. Bukannya produk jersi tiruan dari Thailand, Indonesia dan China.

    Jersi replica (juga dikenali sebagai fan issue)

    Penampilan: Sekali imbas, jersi replica nampak sama dengan jersi authentic yang dipakai oleh pemain sebenar. Tetapi jersi replica biasanya mempunyai potongan baju yang lebih longgar berbanding jersi authentic.

    Jersi replica boleh didapati dalam banyak saiz (selalunya sehingga saiz XS hingga XXXL) untuk memenuhi permintaan dan keselesaan peminat.

    Kualiti jersi: Kualiti jersi replica berbeza dengan jersi authentic dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti.

    Logo: Logo brand biasanya disulam dalam jersi replica.

    Harga: Lebih mahal berbanding jersi tiruan (gred C, B, A atau AAA) tetapi jauh lebih murah berbanding jersi authentic.

    Jersi authentic (juga dikenali sebagai player issue)

    Penampilan: Jersi authentic adalah jersi sama yang dipakai oleh pemain ketika perlawanan. Potongan bajunya lebih ‘fit’.

    Ia juga mempunyai beberapa perbezaan kecil yang membezakannya dengan jersi replica.

    Kualiti jersi: Kualiti jersi authentic adalah yang paling tinggi. Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari pengeluar dan lebih ringan berbanding jersi replica.

    Logo: Berbanding logo brand jersi replica yang disulam, logo brand dalam jersi authentic biasanya dicetak dengan menggunakan teknik screen print untuk mengurangkan berat jersi.

    Harga: Tidak semua pasukan menjual jersi authentic kepada orang awam. Harganya 60-80% lebih mahal berbanding jersi replica.

    1. Beza jersi replica dan authentic keluaran Nike

    1.1 Logo jersi

    Kedua-dua jersi replica dan authentic keluaran Nike mempunyai logo brand dan badge pasukan yang disulam. Tiada perbezaan dalam aspek ini.

    Kedua-dua jersi replica dan authentic keluaran Nike juga menggunakan teknologi tekstil Dri-FIT dan diperbuat 100% daripada polyester.

    1.2 Perbezaan kualiti fabrik

    Nike replica: Jersi replica menggunakan ketebalan fabrik yang sama di keseluruhan bahagian jersi.

    Nike authentic: Perbezaan pertama jersi replica dan authentic keluaran Nike adalah di bahagian belakangnya. Bahagian belakang jersi authentic lebih nipis, berongga dan halus jahitannya.

    Ini memperbaiki pergerakan udara di antara bahagian badan paling panas di samping membuatkan jersi authentic lebih ringan berbanding jersi replica.

    1.3 Potongan jersi

    Nike authentic: Jersi authentic Nike mempunyai potongan body fit untuk meringankan berat dan rintangan angin jersi semasa pemain beraksi di atas padang. Potongan jersi lebih ketat di bahagian lengan dan abdomen badan.

    Nike replica: Jersi replica Nike pula akan mempunyai potongan jenis loose fit yang lebih longgar.

    1.4 Ruang pengudaraan jersi

    Nike authentic: Ruang perudaraan ini direka khas untuk meningkatkan pengaliran udara ke tubuh pemain dan memastikan pemain kurang berpeluh. Lubang-lubang kecil ini juga membantu meringankan berat jersi.

    Seperti yang dapat anda lihat, ruang perudaraan di bahagian sisi jersi authentic Nike juga lebih besar berbanding di jersi replica.

    Nike replica: Ruang perudaraan di bahagian sisi jersi replica Nike juga lebih kecil berbanding di jersi authentic.

    1.5 Tag jersi

    Cara termudah untuk membezakan antara jersi replica dan authentic Nike adalah dengan melihat kepada tag pada bahagian kanan bawah jersi.

    Nike authentic: Tag jersi authentic berwarna emas.

    Nike replica: Tag jersi replica berwarna perak.

    2. Beza jersi replica dan authentic keluaran Puma

    2.1 Logo jersi

    PUMA authentic: Logo brand jersi authentic Puma dicetak dengan menggunkan teknik screen printuntuk memberikan kesan visual yang lebih tajam, kemas dan ringan.

    PUMA replica: Logo brand jersi replica Puma pula disulam.

    2.2 Potongan jersi

    PUMA authentic: Potongan jersi authentic Puma adalah dari potongan skin-tight fit. Berbeza daripada jersi replica yang diperbuat 100% daripada polyester, jersi authentic Puma turut diadunkan dengan teknologi Lycra. Sifat kelenturan dan fleksibiliti fabrik lycra membolehkan jersi authentic membaluti otot-otot tubuh pemakai.

    PUMA replica: Potongan jersi replica Puma pula adalah dari potongan loose fit yang lebih longgar.

    2.3 Teknologi jersi

    Jika jersi replica Puma hanya mempunyai teknologi fabrik dryCELL yang berfungsi untuk memastikan jersi sentiasa kering dan ringan, jersi authentic Puma mempunyai tambahan teknologi fabrik powerCELL.

    Dengan teknologi dryCELL dan powerCELL, jersi authentic Puma direka untuk sentiasa kering dan memaksimumkan output aktiviti fizikal.

    Selain itu, jersi authentic Puma turut dilengkapi ACTV Tape yang bertujuan untuk mencengkam otot-otot tumpuan, menstimulasi dan meningkatkan penjanaan tenaga.

    Ciri ini dikatakan bakal membuatkan pemain kurang letih dan mampu beraksi untuk tempoh yang lebih lama.

    3. Beza jersi replica dan authentic keluaran Adidas

    3.1 Potongan jersi

    Adidas authentic: Seperti jenama Nike dan Puma, jersi authentic Adidas juga direka supaya lebih ringan dan lebih fit dengan tubuh pemain.

    Reka bentuk ini khusus untuk menjadikan ia lebih ringan, lebih kurang rintangan angin dan gangguan lain yang akan menjejaskan prestasi pemain di atas padang.

    Adidas replica: Manakala, jersi replica Adidas pula lebih loose dan mementingkan keselesaan peminat.

    3.2 Logo jersi

    Adidas authentic: Seperti Puma, logo brand jersi authentic Adidas dicetak dengan menggunkan teknik screen print untuk memberikan kesan visual yang lebih tajam, kemas dan ringan.

    Adidas replica: Manakala di jersi replica Adidas, logo brand disulam.

    3.3 Teknologi jersi

    Adidas authentic: Kedua-dua jersi authentic dan replica Adidas diperbuat daripada 100% polyester. Bagaimanapun, jersi authentic menggunakan teknologi fabrik AdiZero yang lebih ringan, nipis dan kebolehan pengaliran udara.

    Adidas replika: Jersi replica Adidas pula menggunakan teknologi fabrik ClimaCool yang lebih tebal dan berat (100g lebih berat daripada teknologi fabrik AdiZero).

    3.4 Panel pelepasan haba di bahu

    Kedua-dua jersi authentic dan replica Adidas yang dikeluarkan pada tahun 2015 mempunyai panel pelepasan haba di bahagian bahu jersi.

    -semuanyabola.com

     

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik