Friday, October 27, 2017

MAHATHIR DAN KIT SIANG WATAK MACHIAVELLIAN BERTARUNG SESAMA SENDIRI.

Mahathir dan Kit Siang adalah diantara tokoh politik yang mempunyai banyak persamaannya dalam pemerintahan dan gaya politik yang mereka amalkan . Gaya politik yang agak keras dan seakan lembut  dan bijak menggunakan keadaan semasa untuk kepentingan politik.

Kit Siang yang mula aktif dalam politik Malaysia pada tahun 1966  , sejak mula lagi telah menunjukkan dasar dan taring  yang ada untuk melakukan pengkhianatan kepada  rakan politik sendiri. Kit Siang lakukan adalah kerana untuk memastikan dia berkuasa didalam DAP.

Pengkhianatan Kit Siang dengan rakan politik sendiri bukan cerita baru, malah ianya menjadi amalan apabila ada pihak pihak yang  dilihat ingin mengugat kedudukannya dalam DAP. Cerita corak pemerintahan dictator Kit Siang sudah amat dikenali.

Sejak penubuhan DAP pada tahun1966, ianya adalah sebuah parti baru yang berada ditengah tengah parti lain yang telah wujud ketika itu. Diatara parti yang awal wujud ialah Perikatan, Parti Buruh dan Parti Rakyat.

Diantara kedua parti iaitu parti buruh dan parti rakyat, Kit Siang telah merancang awal untuk menjadi perantaran diantara parti buruh dan parti rakyat. Parti Perikatan adalah gabungan UMNO, MIC dan MCA yang mana tidak akan tunduk kepada mana mana parti yang tidak mempunyai dasar untuk rakyat Agama , Bangsa dan Negara.

Peminggiran Devan Nair berlaku apabila Kit Siang selepas tiga bulan berada di Singapura, dia ditugaskan untuk menjadi orang tengah pertikaian diantara Devan Nair dari NTUC (National Trade Union Congress) dengan Kandasamy dari Amalgamated Union Of Public Employee) Pada tahun 1965.

Kit Siang setelah berjaya meminggirkan Devan Nair, terus memberikan pilihan kepada Parti Buruh dan Parti Rakyat untuk bersama  melonjakkan agenda  yang dibawa oleh Singapura yang diketuai oleh Kwan Yew ke Malaysia dan diberikan nama Malaysian Malaysia.

Malaysian Malaysia adalah pendekatan yang diambil oleh Kit Siang untuk mengubah dasar yang dibawa oleh Parti perikatan yang berteraskan kepentingan rakyat, Agama Bangsa dan Negara yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Kedua parti tersebut adalah Parti yang dikawal oleh PAP di Singapura. Pertikaian tersebut telah menjurus kepada penukaran parti dimana PAP tidak dibenarkan dan diharamkan di Malaysia dan DAP dilahirkan pada tahun 1966 dimana Kit Siang adalah Setiausaha Agongnya.

Sejarah membunuh karier politik ini, telah lama menjadi amalan didalam Parti DAP, Devan Nair yang telah dicantas oleh Kit Siang telah pulang ke Singapura dan akhirnya telah dibunuh karier politiknya oleh Kuan Yew.

Jadi kehadiran mana mana individu yang bersama Kit Siang atau DAP , jika kita lihat dari sejarah Kit Siang dan  DAP itu sendiri adalah tidak mustahil bagi Kit Siang  untuk membunuh karier politik jika ianya dilihat cuna melebihi apa yang yang sepatutnya.

Ki Siang  seperti juga Mahathir dalah diantara orang yang mengamalkan  watak Machiavellian dan khianat mereka yang bertanggungjawab terhadap propaganda dan perang maklumat UMNO / BN bahawa mereka bersedia untuk mengatakan perkara yang berbeza kepada khalayak yang berlainan.

Tidak dapat dinafikan juga dalam bersekutunya Mahathir dan Kit Siang  sebenarnya masing masing mempunyai agenda tersembunyi untuk membenamkan kuasa diantara satu dengan yang lain dan cuba menunjukkan siapakah lebih berkuasa diantara mereka.

Dalam politik Malaysia, Kit Siang dan Mahathir sesama akan membenamkan musuh politik mereka dalam kepelbagian cara. Corak politik mereka berdua ini adalah tidak membenarkan sesiapa dibawah mereka  melebihi  apa yang mereka ada.

Agenda jahat Mahathir begitu juga kit Siang dapat dilihat bagaimana kedua mereka saling meyerang diantara satu dengan yang lain semasa bukan lagi didalam kumpulan yang sama. Tetapi atas nama kepentingan politik mereka berdua sanggup menjilat semula apa yang diperkatakan sebelum ini.

Seperti juga  PAS yang telah banyak membantu kemenangan DAP juga turut menjadi mangsa Kit Siang dalam usaha untuk menjadikan PAS itu lebih liberal dan mengenepikan perjuangan agamanya.

Sebagaimana dilakukan keatas Devan Nair, begitu juga yang telah berlaku kepada PAS. PAS telah difitnah dan dicerca dengan kepelbagaian isu yang tidak masuk akal. Tujuannya ialah untuk PAS dengan sendirinya keluar dari kelompok Pakatan Harapan setelah DAP memenangi banyak kerusi dengan bantuan PAS.

Ketokohan Tun Mahathir selama ini lenyap sekelip mata bila mana kini Beliau  sedang diperbodohkan oleh Kepimpinan DAP terutama Lim Kit Siang.

Rakyat Malaysia tahu yang Mahathir sedar atau tidak itu bukan masalah pada Mahathir. Tetapi dendam kesumat pada Dato Seri Najib itu yang diutamakan tanpa mempedulikan apa yang Kit Siang  sedang memperkudakan beliau demi Undi Melayu untuk DAP.

Umum mengetahui , DAP yang di bantu oleh Kepimpinan PAN , akan membawa ke hulu ke hilir Mahathir dalam siri Ceramah – ceramah mereka namun akhirnya kini nama Lim Kit Siang yang di sebut- sebut bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya.

Persoalannya sekarang  dimana Muhkriz yang  tidak disebut . Nama juga Anwar kian dilupakan dalam arus politik Pakatan Harapan. Disni kita sudah nampak bagaimana kotornya permainan politik Kit Siang. Jika sesame sekutu pun Kit Siang mampu membunuh karaktor politik, apa  masalahnya jika dia berbuat demikian pada ahli DAP sendiri.

Secara ironinya  bukan Tun Mahathir yang mempergunakan Parti – Parti Pembangkang yang lain tapi  sudah nampak sangat Mahathir sendiri yang dipergunakan oleh  Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang.

Apa yang dibuat oleh Tun M dan rakannya yang Melayu beragama Islam adalah sangat bahaya. Pertamanya, diaa boleh lakukannya kalau memang tidak percaya kepada Perdana Menteri, tapi jangan ‘incite’ (hasut) untuk orang-orang yang tak percaya kepada sistem negara kita.

Pada masa yang sama  orang yang macam Lim Kit Siang, DAP, mereka tak percaya kepada sistem pemerintahan negara kita. Mereka tak percaya kedudukan Islam sebagai agama negara, mereka masih anggap negara kita negara sekular, sedangkan perlembagaan kita meletakkan Islam sebagai agama negara.

Dalam keadaan sebegini Mahathir mahu bawa orang-orang yang tak punyai keyakinan kepada sistem negara kita ini untuk terlibat dalam gerakan politik dendamnya kepada Najib dan seterusnya dengan tidak secara langsungnya  akan mengubah sistem dalam negara.

Ini adalah satu persamaan asas antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, di mana empat parti komponen Pakatan Harapan, sama ada DAP, PKR, Amanah atau Pribumi Bersatu mengatakan perkara yang sama di ceramah ceramah dan pada masa yang lain mereka menterjemahkan kepada yang lain.

Adalah mengejutkan bahawa 60 tahun selepas Merdeka dan 54 tahun selepas pembentukan Malaysia, Kerajaan Persekutuan .Ketika ini sekarang, kita mempunyai pembangkang yang  begitu skizofrenia dan munafik, dengan para Ahli Parlimen serta anggota parti mereka benar-benar tidak menyedari atau melupakan prinsip dasar-dasar dalam Perlembagaan Malaysia, Rukunegara dan asas sebuah negara Malaysia.
By: RMF7.

CHAUVANIS SATU BANGSA YANG AMAT BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya?

Sekarang kita sedang melihat bagimana  mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita? Berpakat pakatnya mereka menggunakan Melayu Islam didalam PPBM, PKR dan PAN untuk dijadikan  belaci agar  bersama mereka membenamkan Islam , Melayu dan mengubah dasar pemerintahan Negara ini.

Melumpuhkan Melayu pada kajian yang dilakukan oleh DAP satu ketika dahulu telah mengenalpasti  bagawa bangsa yang mudah ditewaskan adalah bangsa Melayu dengan memberikan imbuhan dan jawatan serta perempuan diatas riba mereka.

Jika ini berlaku , balaci Melayu ini akan sanggup melakukan apa sahaja  untuk mengekalkan keistimewaan yang diberikan oleh DAP walaupun terpaksa menjual agama, bangsa mereka sendiri. Ini sedang berlaku dikalangan pemimpin PAN, PKR dan PPBM sekarang.

Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Sekoyang koyang mereka menjaja cerita yang tidak logic akal kepada satu bangsa Cauvanis yang berfahaman komunis dalam isu berkaitan dengan agama. Sedangkan DAP adalah memperjuangkan sekular yang merngasingkan agama dengan politik.

Bagi mereka DAP lah yang paling Islam , DAP seumpama sesumpah yang boleh menjadi apa sahaja demi kesinambungan politik dan agenda untuk menjadikan Malaysia bukan diperintah oleh  orang Melayu Islam.

Untuk menjayakan agenda tersebut, DAP terlalu berahsia tentang dana politik yang diperoleh mereka sedangkan banyak dana politik mereka datang dari negara-negara eropah, seperti Belanda, Sweden, United Kingdom selain Australia, Amerika Syarikat ( Pendedahan Mohamed Razali  Abdul Rahman)

Jika terbongkar,  DAP yang akan membesar-besarkan isu yang tidak benar dan dibantu oleh portal-portal pro-pembangkang yang kuat memputarbelitkan berita dan juga menabur fitnah.

Mujurlah sudah ramai rakyat yang mulai sedar dengan propaganda jahat yang kerap dimainkan oleh portal-portal pro-pembangkang ini untuk memburuk-burukkan kerajaan BN

Sekarang orang Melayu sedang melihat corak cerita Khalifah mereka ini. melihat dasar kezaliman dan penindasan yang sebelum ini tidak pernah  terbayang  oleh pengundi . Sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang dilakukan oleh Kit Siang dan Guan Eng.

Jika tidak masakan sebuah Negara China tidak membenarkan mereka ini pulang. Difahamkan sikap Cauvanis yang berkumpul didalam DAP ini adalah bangsa yang tidak akan patuh mana mana system perundangan, Bangsa yang perosak, Bangsa yang menjadikan wang itu sebagai tuhan mereka, Bangsa yang pengotor dan  dimana mereka berada sudah pastinya kemusnahan akan berlaku.

Kerajaan China sedar kehadiran mereka  ini satu bangsa cauvanis ini akan menimbulkan kerosakan dan  ketidak stabilan ketenteraman untuk rakyat. Kerosakan dilakukan  bukan sahaja pada manusia malah pada alam sekali pun dilakukan asalkan hasilnya menguntungkan mereka.

Mereka boleh bersama dalam apa juga keadaan, boleh hidup  dibawah kelompok yang kecil tetapi amat bahaya bila mereka mempunyai kuasa atau mengusai kaum yang lain. Dimasa ini hanya undang undang yang menguntungkan mereka sahaja akan diterima pakai.

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal.

Ramai rakyat Malaysia terutama  dari bangsa Melayu mula merasa bimbang dan merasakan agak  sudah terlambat walaupun kita ada mempunyai sedikit masa lagi untuk mengubah keadaan. Rakyat sekarang mahukan satu peruntukan dan tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap penghinaan terhadap Islam Melayu dan Negara.

Sebelum nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam. Sesungguhnya UMNO itu lahir dari sebuah perikatan yang memperjuangkan Islam , Melayu dan Negara.

Rakyat sedar hal ini, Cuma segelintir dari rakyat yang berpaksikan kekayaan dan mengejar kepentingan sahaja akan sanggup menjual segalanya. Mereka sanggup menjadi tali barut DAP yang diketuai oleh Kit Siang.

Dalam hal ini DAP cukup bijak untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran.

Sekarang setelah 9 tahun pemerintahan Guan Eng di Pulau Pinang dan Menguasai pemerintah boneka PKR di Selangor, Rakyat sedang melihat betapa “Khalifah” yang mereka dendangkan satu ketika dahulu bukan mengamalkan pemerintahan “Umar Abdul Aziz” tetapi mengamalkan dasar dictator ala Nazi.

Bermula dari itu sekarang rakyat mula sedar bahawa dasar yang dijalankan oleh DAP yang diterajui oleh Kit Siang dan Guan  Eng lebih menjurus kepada kepentingan sokongan semata mata untuk menang dan bukan  berasaskan demokrasi sebenarnya.

Kedua-dua pemimpin berkenaan tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti. Mereka hanya tahu  bahawa segala arahan mereka adalah itu lah keputusan untuk semua sekutunya

Pemerintahan DAP tidak membenarkan sama sekali  ruang untuk menyuarakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan kepemimpinan atasan dalam DAP. Mereka memerintah dengan mencipta ketakutan, dengan mengugut tindakan perundangan kepada sesiapa yang mempertikaikan mereka.

Namun dengan tindakan ahli yang berjaya membuka mata, meninggalkan parti, kaedah itu (memerintah dengan mencipta ketakutan) dilihat sudah tidak boleh digunakan.

Tiada yang demokratik mengenai kepemimpinan DAP kerana mereka tidak menerima sebarang pendapat yang bercanggah dengan kepemimpinan atasan, malah sistem disiplinnya juga tidak selari dengan peraturan dan undang-undang.

Mari kita kitar semula kisah Yusmadi  pada PRU13 yang lalu,  ‘perang dingin’ di antara Yusmadi dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah berlarutan sejak sekian lama, kerana sering mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh diktator yang bernama Lim Guan Eng.

Setiausaha DAP itu sebelum ini memang diakui sebagai pemerintah kuku besi ala diktator. Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh dictator yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Yusmadi disingkirkan.

Orang lama yang penat bekerja dan berjuang dalam parti hanya gigit jari apabila setiap kali pelantikan semua jawatan diberikan kepada ‘orang-orang’ Lim sahaja, jika dipersoalkan kita ditempelak oleh mereka pula,

Jika orang mereka sendiri sanggup diperlakukan begitu , apa la sangat dengan penyokong Melayu Pakatan Harapan. Penyokong Melayu hanya sebagai sampah yang bila mahu dikutip dan akan disepak  bila tidak diperlukan.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas.

Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, ” Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

By: RMF7.

Tuesday, September 26, 2017

MENGAPA GERUN KETUANAN MELAYU?

UNGKAPAN ‘ketuanan Melayu’ menjadi antara mangsa pemahaman dan terjemahan salah disebabkan tahap pe­nguasaan bahasa Melayu sangat teruk dalam kalangan warga Malaysia sendiri.

Kurangnya pemahaman dan garapan terhadap konsep maksud tersirat, definisi bertindih bagi perkataan sama, ungkapan sinis mahupun terjemahan peribahasa menyebabkan ramai gagal memahami maksud sebenar perkataan dan ayat menggunakan bahasa kebangsaan.

Ketuanan Melayu’ sendiri di­terjemah kepada Malays Supremacy (keagungan Melayu) dalam bahasa Inggeris seterusnya menyebabkan ramai menterjemah kembali ungkapan tersebut sebagai meletakkan orang Melayu sebagai ‘tuan’ sementara bukan Melayu sebagai ‘hamba’.

Dalam perbincangan Apa Isu: Ketuanan Melayu: Hakis Perpa­duan Kaum di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad minggu lalu, pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling menyifatkan faktor pemahaman bahasa ini menjadi antara punca utama ‘ketuanan Melayu’ ditakuti orang bukan Melayu.

Menurut beliau, terjemahan Malay Supremacy itu sangat buruk dan meletakkan orang Melayu umpama watak jahat seperti gerakan White Supremacy (keagungan kulit putih) masyarakat Australia sekitar 1950-an dan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat serta Nordic Supremacy di Eropah.

“Ini berlaku terutamanya dalam kalangan orang Cina Malaysia yang menyamakan konsep ketuanan Melayu dengan sistem hamba abdi dan dalam situasi ini, bukan Melayu disifatkan sebagai golongan hamba.

“Mereka sepatutnya faham itu cuma perumpamaan Melayu sebagai ‘tuan rumah’ ke atas Tanah Melayu (Malayland) seperti mana Thailand untuk orang Thai, China untuk orang Cina dan India untuk orang India. Ada satu sahaja Tanah Melayu di dunia ini,” tegasnya.

Tambahnya, jika rakyat Malaysia faham sejarah, maka mereka sepatutnya tahu rantau ini digelar Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi selatan Thailand, selatan Filipina, Tanah Melayu, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Zainal menjelaskan konsep Ketuanan Melayu itu cuma me­nggambarkan kesinambungan ke­­kuasaan dan pemerintahan sistem raja-raja Melayu di rantau ini sejak zaman kerajaan Srivijaya sejak abad ketujuh Masihi yang dianggap empayar Melayu pertama dalam rekod sejarah.

“Batu bersurat di Palembang menyatakan Srivijaya dibuka se­kitar 680 Masihi dan semua batu bersurat mengenai kerajaan itu ditulis dalam bahasa Melayu wa­laupun menggunakan huruf kuno.

“Rekod-rekod lama dari China dan India sendiri menunjukkan raja-raja Melayu Srivijaya diturunkan sampai zaman pemerintahan mereka di Temasek, beralih ke Melaka, ke Siak dan ke Perak sehingga waris kesultanan sekarang,” ujarnya.

Beliau berpendapat ‘alam Me­layu’ tidak akan berpecah menjadi beberapa negara berlainan jika tiada sejarah penjajahan Eropah tetapi ‘Melayu’ tetap tidak akan hilang di rantau ini.

“Saya sendiri lebih suka gunakan istilah ‘kedaulatan’ daripada ‘ketuanan’ kerana lebih jelas me­lambangkan ketuanan itu ada pada raja-raja Melayu yang tetap berdaulat sehingga sekarang, bukannya seperti kedudukan Firaun yang sangat kuat tetapi sudah tidak wujud.

“Perlu difahami, payung kedaulatan raja-raja Melayu itu yang mempertahankan kita semua, bukan sahaja hak istimewa Melayu dan bumiputera malahan hak-hak orang bukan Melayu yang dahulu diterima masuk dari negara lain untuk membentuk negara dan bangsa Malaysia,” katanya.

Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Datuk Dr. Aziz Ujang juga bersetuju perkataan ‘kedaulatan’ boleh menggantikan ‘ketuanan’ jika sukar diterima orang bukan Melayu kerana konsep itu bukannya cuba merampas hak mana-mana pihak.

“Saya faham ada anak muda sekarang yang bagi mereka seseorang yang lahir di negara ini sudah cukup untuk menerima layanan ‘sama rata’, ini termasuk anak muda Melayu sendiri, bukan Cina dan India sahaja.

“Mereka perlu faham asas dan sejarah penubuhan negara kita. Negara ini ada raja yang kita panggil ‘Tuanku’, bukannya untuk gambarkan Melayu tuan, sementara bukan Melayu itu hamba sebaliknya raja itu lambang pemerintahan, agama dan perpaduan yang perlu dihormati,” jelasnya.

Namun, beliau mempersoalkan tindakan pihak tertentu sama ada warganegara, orang luar di dalam negara mahupun orang di luar negara yang cuba menganjurkan gerakan songsang seperti pesta gay dan festival arak di Malaysia.

“Kenapa negara ini? Kenapa tidak di negara lain yang memang biasa dengan perkara sedemikian? Mereka mahu uji kedaulatan undang-undang kita, ketuanan raja-raja Melayu dan ketahanan orang kita mentadbir.

“Jangan diulang sejarah kita dijajah orang lain selama lebih 446 tahun sedangkan baru 60 tahun merdeka. Jangan terlalu berlembut, dalam kelembutan perlu ada ketegasan bertindak atau kelak negara kita akan kucar kacir,” tegasnya.

By: Nurul Anuar Kari.


IBADAH MEMBENTUK SIFAT UBUDIYAH.

MAKSUD ibadah dalam Islam adalah terlalu luas dan sifatnya mencakupi. Ibadah tidak saja bersifat khusus tetapi juga ibadah umum yang saling melengkapi. Ia tidak saja menghubungkan ahli abid (ibadah) dengan Pencipta-Nya tetapi menghubungkan Allah kepada khalifahnya dalam mengurus kehidupan dan sistem.

Mengurus kehidupan dengan jiwa kehambaan yang tinggi memperlihatkan pertautan hubungan dengan Allah dan hikmahnya memberi manfaat kepada manusia. Jiwa rukuk dan sujud yang terbina dalam solat sewajarnya menjadikan kita manusia yang taat, akur, patuh dan tunduk kepada suruhan-larangan Allah dan menyebabkan kemakrufan terjadi.

Kemakrufan ini sangat penting disuburkan dalam amalan harian kita. Ibadah yang sifatnya rohaniah lazimnya terhubung dengan ibadah yang sifatnya zahiriah. Semakin tinggi kedekatan kita dengan Allah semakin taat kita kepada-Nya dan semakin kuat pedoman dan upaya kawalan yang kita miliki.

Ada empat faktor yang terkait bagi mencapai status ibadah. Pertama, niat kerana setiap amal mesti bermula de­ngan niat. Niat yang jujur dan dilakukan kerana-Nya bakal membawa natijah yang baik. Niat itu tercetus dari hati. Hati yang disuburkan dengan hubungannya dengan Allah ia bakal mencetuskan niat yang baik dan makruf. Orang yang sentiasa mengingati Allah (zikrullah) dalam erti kata yang luas akan sentiasa mengingati Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan.

Kedua, matlamat dalam niat. Niat dari hati yang bersih bakal menghasilkan matlamat dalam sesuatu ibadah yang bersih jua. Niat dari hati yang tidak bersih dan ikhlas boleh menyebabkan amalan berada dalam keadaan me­nyimpang. Jika ini terjadi perbuatan dan amalan tidak dalam reda Allah. Matlamat dalam sesuatu amalan harus selari dengan niat dan tidak bercanggah dengan syariat.

Ketiga adalah proses bagi menyempurnakan niat dan menyampaikan matlamat. Ia amat mencabar dan memerlukan iman yang kuat dan takwa yang tinggi. Apa pun pendekatan yang diambil harus senafas dengan syariat. Syariat dalam maksud yang luas mentertibkan niat dan matlamat supaya kemakrufan terjadi dan amal soleh berlaku.

Faktor proses ini adalah sangat mencabar. Di samping iman dan takwa ia memerlukan kekuatan dan penghayatan ilmu yang benar dan bermanfaat supaya memahami situasi, mencari strategi bijak dan memiliki upaya maslahah yang tinggi serta bersandar kepada nas yang syarie dijadikan pedoman. Asas ini penting kerana antara prinsip dan realiti, cabaran memerlukan kebijaksanaan dan kaedah yang tidak bercanggah supaya maslahah ke arah kebaikan dan kemakrufan sentiasa jadi pertimbangan.

Keempat adalah hasil dari niat, matlamat dan proses. Kalau niatnya baik, matlamatnya menyimpang tidaklah dilihat sebagai suatu ibadah. Hal yang sama juga jika ­niat­nya baik, matlamatnya jelas tetapi prosesnya bercanggah dengan syariat tidak juga menepati maksud suatu ibadah. Empat faktor itu penting supaya ibadah yang sifatnya rohaniah dan amaliah dalam erti kata yang luas berlaku dan memberi kesan baik kepada diri dan kehidupan.

Matlamat akhir dalam melakukan ibadah adalah memperlihatkan sifat ketaatan yang tinggi kepada Allah dan hikmahnya kembali kepada manusia. Beriman dan memiliki rasa takwa kepada Allah menyebabkan kita bercakap benar kerana berbohong adalah suatu dosa, menyebabkan kita rajin bersedekah kerana ia adalah sifat ihsan yang terpuji, menyebabkan kita menjadi amanah kerana orang yang amanah memiliki sifat takwa yang tinggi, menyebabkan kita berlaku adil kerana menzalimi itu dimurkai Allah.

Jadi, sangat penting setiap amalan dan perbuatan terhubung dengan Allah. Bercakap hal yang benar, tidak ­melakukan persepsi kepada hal yang belum pasti boleh menimbulkan fitnah. Buruk sangka secara melulu kerana emosi yang tidak dikawal dan rasa kebencian yang meluap-luap bukan senafas dengan maksud ibadah.

By: PROF. DATUK DR. SIDEK BABA.



Saturday, September 23, 2017

UMMAH BERSATU NEGARA SEJAHTRA.

MASYARAKAT dalam sesebuah negara mengharapkan suasana aman, damai, harmoni, selamat, sejahtera dan maju dalam menjalani semua aspek kehidupan. Namun itu semua termasuk kemajuan ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha gigih ke arah mewujud dan mengekalkan suasana tersebut sehinggalah berterusan hingga ke generasi akan datang.

Kesejahteraan negara tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah ti­dak dapat dijaga dan dimantapkan de­ngan baik. Usaha untuk memupuk kesatuan ummah ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara; antaranya dengan memper­kukuhkan pegangan terhadap ajaran Islam dan menjauhi larangannya, menghayati konsep kepimpinan dalam Islam yang diamanahkan untuk mentadbir, mengurus, menguasai dan memakmurkan bumi Allah SWT mengikut peraturan ditetapkan.

Begitu juga dengan pengamalan nilai-nilai murni melalui jalinan hubungan silaturahim dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kesatuan ummah turut dapat ditegakkan apabila sesebuah masyarakat dapat menghindari perasaan permusuhan, benci-membenci dan menangkis kecelaruan kefahaman dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Ia juga dapat dimantapkan apabila pemimpin dan masyarakat berperanan dalam mengamalkan dan mewujudkan keadilan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Demikianlah dengan wujudnya kesatuan ummah, ia dapat memberikan impak yang sangat besar terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara yang boleh diukur melalui ke­stabilan dalam aspek-aspek berikut; mengimbau sejarah Islam, Piagam Madinah adalah dokumen pertama yang menjadi asas kepada urus tadbir sesebuah negara. Kejayaan Rasulullah SAW ini telah menghasilkan suasana kehidupan rakyat yang mementingkan ikatan ukhuwah dan bersatu padu menjaga keamanan negara.

Dalam konteks sebuah negara berdaulat yang memiliki komuniti majmuk dan berlatarbelakangkan pelbagai kaum, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adalah punca kuasa dan rujukan utama dalam usaha menjamin hak-hak kepelbagaian tersebut.

Kestabilan siasah dalam urus tadbir negara sangat memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kuasa dan tenaga penyatuan berteraskan persefahaman, kerjasama, perundingan dan persetujuan.

Pendekatan yang mantap digunakan sebagai saluran dalam pentadbiran negara telah berjaya menghasilkan suasana perpaduan, saling menghormati dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Natijahnya, ­kesejahteraan hidup terpelihara, semangat patriotisme rakyat meningkat serta imej keselamatan dan keamanan negara dapat diperkasakan.

Piagam Madinah turut menggariskan perundangan agar semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam membina suasana landskap ekonomi yang kukuh. Kota Madinah terdiri daripada pelbagai suku kaum, bangsa dan agama bersatu pada satu paksi perlembagaan yang menjamin hak kebebasan kepada mereka dalam menjalankan urusan seharian dan ekonomi.

Penetapan cukai jizyah kepada golongan kafir zimmi telah menzahirkan konsep perekonomian ketika itu dan telah berjaya menjamin kehidupan sejahtera dan harmoni tanpa sebarang penindasan.

Menjaga dan memajukan sesebuah negara adalah menjadi kewajipan kepada semua umat Islam. Perkara ini dapat difahami melalui konsep kewajipan membayar zakat yang diwajibkan ke atas Muslim bagi menjaga hubungan kemasyarakatan dan per­paduan sesama manusia.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya membawa negara Malaysia mengorak langkah ke hadapan menuju negara maju 2020 dalam usaha menghapus kemiskinan secara mutlak.

Bagi mengekalkan kesatuan ummah di negara ini dalam jangka panjang, kerajaan telah menentukan wadah baharu iaitu Transformasi Nasional 50 atau TN50 sebagai program yang akan membawa generasi muda ke arah pembangunan negara menjelang tahun 2050.

Generasi muda di negara ini perlu dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta berkepakaran tinggi agar mereka dapat menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju di dunia ini.

Kepelbagaian bangsa, sosial, agama dan adat resam merupakan suatu keunikan dan hikmah terbesar kepada manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia mempelajari dan mengenali antara satu sama lain serta mengambil manfaat daripadanya.

Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW dapat dijadikan panduan dan rujukan. Penghijrahan masyarakat Islam ke Madinah adalah golongan minoriti berbanding dengan penganut Kristian dan Yahudi yang mendominasi Madinah ketika itu.

Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusan Islam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk, maka tertegaklah sebuah negara yang kuat, aman dan damai serta bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

Dalam konteks Malaysia, pembangunan untuk semua kaum dan nilai agama adalah dua unsur penting yang mendasari perencanaan kerajaan. Pada masa sama, kita perlu akur bahawa isu kepelbagaian kaum dan agama perlu diurus dengan baik agar maruah negara terpelihara dan tidak disalah tafsir oleh pihak tertentu.

Prinsip yang sangat jelas dan didokong oleh negara ialah Islam agama rasmi negara dan agama lain boleh diamalkan secara aman dan bebas. Perkara yang penting adalah sikap dan sifat keterbukaan setiap anggota masyarakat dalam memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan perkauman.

Kesimpulannya, kesatuan ummah dapat memberikan impak besar ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara. Ia memperkukuhkan ukhuwah yang kuat dalam kalangan masyarakat dan sistem sosial sesebuah negara, sehingga terciptanya satu bangsa yang mempunyai satu hadaf, pegangan dan tindakan bersepadu.

By: DR. WAN NADZIRAH WAN MOHAMAD 


 

Tuesday, September 19, 2017

TELUNJUKNYA LURUS TETAPI KELINGKINGNYA BERKAIT.

bendera_pkr_amanah_dap_ppbm_terkini.jpg

Empat parti politik – DAP, PPBM, PKR dan Amanah – berlagak sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
 
Mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik hanya pementasan sandiwara politik yang menakutkan dan boleh menghunjamkan negara ke lembah kehinaan kerana cuba memutarbelit keluhuran sistem demokrasi demi mencapai matlamat politik. 
 
Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya. 
 
Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah. 
 
Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan. 
 
Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
 
Misalnya, dalam isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu lalu berikutan jemputan presidennya Donald Trump. PH cuba meremehkannya dengan mengatakan pertemuan itu berlangsung tidak sampai enam minit.
 
Ini cuba menggambarkan bahawa Najib sebenarnya tidak dipandang tinggi oleh Trump. Malah gelagat Trump berpeluk tubuh mendengar ucapan Najib ditafsirkan sebagai tindakan angkuh dan memandang rendah si pembicara. 
 
Ada yang cuba menyamakan tindakan bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus ketika menyaksikan Presiden Suharto menandantangani perjanjian pinjaman menyelamatkan ekonomi republik itu pada 1998.
 
Pentafsiran PH itu memang tidak berniat baik. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib perlu merendah diri pada “tuannya” dalam episod berkenaan. Ini dihias pula dengan gambar photoshop di mana Najib mencium tangan Trump tanda akur ketuanan Amerika.
 
Walhal gambar itu disunting daripada gambar Najib tunduk mencium tangan ibundanya, Toh Puan Rahah Noh. Sesungguhnya ini adalah perbuatan yang jahat, kejam dan jelek. Ini mentaliti PH.
 
Bagaimanapun kecenderungan PH tidur sebantal dan melayan mimpi politik yang berbeza ini sering membuat pengundi semakin menjauh daripada perjuangannya. Diakui kempen mereka mendapat sambutan tetapi hanya sebagai sesi penglipur lara politik sahaja.
 
Natijah gejala ketidaksefahaman ini dapat dilihat pada episod persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 apabila Anwar Ibrahim, Ketua Umum PH dan juga PKR mahu rundingan dengan PAS diteruskan. Alasannya mahu mengelak pertandingan tiga penjuru.
 
Sebelum ini PH menentukan strategi teras PRU14 ialah mengelakkan pertandingan tiga penjuru. PH mahu bersaing dengan BN sahaja. Jika ada parti ketiga, ia akan memecah undi di sesuatu kawasan berkenaan. Demikian alasan Anwar mahu PAS dirundingi. 
 
Pemikiran Anwar disanggah bukan sahaja parti kerabat PH tetapi ia membelah perpaduan PKR sendiri. Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap idea Anwar ini adalah satu masalah bagi PH; walaupun beliau percaya ia boleh diatasi.
 
Mahathir tidak mahu menyantuni PAS lantas beliau segera memanfaatkan kedudukannya sebagai Pengerusi untuk memimpin PH membuat ketetapan menolak berunding dengan PAS. 
 
Ini menggirangkan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, William Leong. Sekaligus Anwar sedar bahawa jika tidak ditangani segera, warkahnya yang mengakui menyokong usaha Timbalan Presiden PKR berunding dengan PAS, akan meracik PKR.
 
Maka usaha menyelamatkan keadaan segera dilakukan. Jika beliau menarik balik mesej warkahnya, tentu itu akan merendahkan persepsi pemimpin PKR dan PH terhadapnya. Maka Anwar perlu melontarkan idea baru bagi memperbaiki imejnya.
 
Anwar mengutus satu lagi warkah kepada PKR dan PH yang intipatinya mahu fokus diberikan kepada kempen bagaimana ‘salah tadbir’ ekonomi negara perlu dijadikan agenda utama PH demi menokok kebencian rakyat terhadap kerajaan. 
 
Anwar cuba mengalih pandangan rakyat daripada sisi buruk dan bercelaru PH kepada isu populis yang kononnya mahu membela rakyat yang sedang “dicekik” pengurusan ekonomi Umno-BN yang tempang. 
 
Serentak syor Anwar, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan PKR akan mencontohi DAP dan PAS yang bersedia mengorbankan kerusi tradisi masing-masing bagi memberi peluang PKR bertanding pada PRU 1999.
 
Tingkah Anwar dan Azmin ini dilihat sebagai ikhtiar “memujuk” kerabat PH supaya melupakan usaha mahu membabitkan PAS dalam skim politik PRU14 PH.
 
Namun ketegaran Mahathir sebagai pengerusi PH, memang sedia difahami Anwar. Ini kerana jika PAS dibabitkan dalam strategi induk ‘satu lawan satu’ PH, sudah tentu peluang bagi PPBM mendapat lebih banyak kerusi untuk ditandingi, akan berkurangan. 
 
Mahathir mahu mencatat impak yang besar dalam PRU14. Beliau mahu PPBM muncul parti pembangkang menang paling banyak kerusi. Justeru ia perlu bertanding seberapa banyak kerusi yang mungkin. Kehadiran PAS dalam congakan PH akan merencat cita-cita ini.
 
Lantas Mahathir menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai pengerusi PH untuk menunjuk jalan pintas menumbangkan Umno-BN. Anwar dapat membaca bahawa telunjuk Mahathir mungkin lurus “tetapi kelingkingnya tetap berkait”.
 
Baik Anwar mahupun penyokongnya dalam Jemaah pembangkang haruslah insaf bahawa selagi beliau masih dipasung penjara, beliau tidak mungkin mampu memimpin PH secara mutlak seperti dalam PRU13 pada 2013.
 
Tidak mungkin Anwar berpeluang mengepalai pengaturan dan pelaksanaan strategi PH sepenuhnya. Sementara itu, Mahathir akan terus mempengerusikan PH mengikut selera dan kebijaksanaannya. Anwar hanya Ketua Umum yang tiada kuasa khusus. 
Dari: AntaraPos.

Monday, September 18, 2017

BERSYUKURLAH....

APA yang dilihat generasi sekarang terhadap kestabilan dan keharmonian negara hari ini, hatta keindahan Menara Berkembar Petronas pun, pencapaian itu tidaklah semudah yang dijangka.

Laluan untuk melihat wajah Malaysia - penubuhannya hasil inisiatif Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman - yang menyambut ulang tahun ke-54 hari ini, hakikatnya penuh ranjau berduri. Renungi dan ambillah iktibar:

Mengapa Malaysia dibentuk?

1. Bahang konunis di Singapura

Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan sekerja di Singapura sekitar 1950-an. Pada 1954, komunis menganjurkan satu pemogokan di sebuah syarikat bas. Mogok merebak menjadi rusuhan. 

Komunis turut merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak 1959 menguasai kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. 

Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR.

Awalnya, Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan berlaku. 

Pertelingkahan menyebabkan PETIR kalah dalam dua pilihan raya kecil Hong Lim dan Anson pada 1961. Pengaruh komunis bertambah kuat. 

Akhirnya, Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini daripada PETIR. 

Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. 

Tunku bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Melalui gagasan Malaysia, diharapkan impian komunis menguasai Singapura gagal, seterusnya menyekat kemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak

Pada 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa darurat. 

Satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak dalam kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. 

Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dipengaruhi komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. 

Melalui Gagasan Malaysia, diharapkan kestabilan politik yang diperoleh dapat mengekang ancaman komunis.

3. Mengimbangi penduduk, percepat kemerdekaan

Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. 

Ini disebabkan tiga perempat daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. 

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera. Gagasan Malaysia turut mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Reaksi negeri terlibat:

Singapura - Kuan Yew menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura memperoleh kemerdekaan lebih awal. Namun, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. 

Pada 1 September 1962, Kuan Yew mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. 

Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. 

Para pemimpin mereka membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 menentang gagasan Malaysia. 

Mereka menentang kerana khuatir Sabah dan Sarawak akan dikuasai Tanah Melayu dan kedudukan politik mereka terjejas. 

Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura.

Pada Jun 1961, Tunku berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. 

Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. 

Kemudian, Donald Stephen dan Datu Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku.

Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. 

Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan, baginda bagaimanapun menarik diri pada Julai 1963 kerana tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada Kerajaan Pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. 

Baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan paling rendah dalam senarai nama sultan.

Apabila penubuhan Malaysia diusulkan, Filipina dan Indonesia menentang kuat. 

Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada 1874. 

Pajakan ini telah dibatalkan pada 1958.

Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. 

Bagaimanapun, akhirnya Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966. Indonesia pula pada awalnya mengalu-alukan pembentukan Malaysia. 

Namun, Parti Komunis Indonesia di bawah D.N. Aidit menyifatkannya satu penjajahan baharu yang mengancam Indonesia. 

Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. 

Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia tetap enggan mengakui.

Ketika Malaysia diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu.

Pada 1965, disebabkan beberapa masalah politik dalaman yang melanda antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, Singapura menarik diri dari Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara republik.

Di Indonesia, pada 1965, Menteri Luarnya, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. 

Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantikan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam di Bangkok.

By: Zulkifli Jalil.

Saturday, September 16, 2017

HUBUNGAN DI LUAR KERANGKA SENGKETA.

BARU-BARU ini saya ke Jakarta, Indonesia. Bukan pertama kali, tetapi sudah berkali-kali. Saya tidak pernah janggal berada di buminya kerana selain ia bumi Tuhan, republik itu juga serumpun dengan kita. Walau ada perbezaan di sini dan sana, tetapi hakikatnya kita cuma dipisahkan sempadan geografi dan diplomatik tetapi tidak dari segi rasa dan naluri. Inilah keluarga nusantara.

Kalau mahu disentuh dalam konteks hubungan antara negara, Indonesia adalah antara negara awal yang secara rasminya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak kita mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun yang lalu. Itu kalau dilihat dari sudut ‘kerajaan dengan kerajaan’. Namun hubungan kita dengan mereka sudah jauh lebih lama daripada itu, lebih lama lagi sebelum berlakunya penjajahan Inggeris dan Belanda.

Kita menerima kehadiran keluarga orang Bugis, Minangkabau, Mandailling, Jawa, Bawean dan lain-lain ke sini lama sebelum adanya buku merah bernama pasport. Leluhur kita juga banyak dari sana. Parameswara yang mendirikan Melaka itu dari mana?

Namun seperti mana air dan pantai, begitu juga terjadinya ‘pasang surut’ hubungan dua hala di antara kita dan mereka. Adakalanya dilihat senada, tetapi tidak seirama. Adakalanya dilihat keruh di hulu tetapi jernih di hilirnya. Ini diburukkan lagi dengan pihak-pihak berkepen tingan yang lebih suka melihat perseteruan antara dua bangsa ini bagi mencapai matlamat dan perasaan busuk hati yang bersarang di jiwa mereka sejak sekian lama.

Terbaharu insiden ‘bendera terbalik’ di buku atur cara sempena majlis pembukaan Sukan SEA di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden Jokowi sendiri meminta agar isu itu tidak dibesarkan-besarkan, namun ia tetap mendapat protes di sana terutama dalam kalangan anggota Laskar Merah, hingga diadakan demonstrasi besar-besaran di pejabat kedutaan kita. Seolah-olah kekhilafan itu sengaja dibuat bagi memalukan mereka!

Paling menyedihkan, emosi dan amarah rakyat mereka satu hal, tetapi rakyat kita sendiri juga ada yang menabur fitnah, mengadu domba, memburukkan negara dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak di media mereka hanya kerana berbeza pendapat dan tidak sebulu dengan corak kepimpinannya. Apa ertinya semua ini?

Antaranya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak habis-habis memburukkan Najib di mata media Indonesia. Terbaharu dalam majalah Tempo awal September beberapa hari selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos baru-baru ini. Serangan bertalu-talu dihamburkan ke atas Perdana Menteri walaupun sehingga kini semua yang beliau perkatakan jauh menyimpang daripada hakikat dan realiti sebenar apa yang berlaku.

Insaf atas apa yang terjadi dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk melihat hubungan jernih antara dua negara terus dipelihara daripada anasir-anasir liar ini, saya dan rakan-rakan di sana menubuhkan sebuah inisiatif bukan kerajaan yang dinamakan Nusasentris. Antara objektif penubuhannya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara people to people khususnya dalam kalangan anak muda.

Nusasentris diharapkan dapat mengeratkan hubungan para pemuda dari kedua negara supaya sebarang isu yang tercetus antara kedua-dua buah negara dapat diselesaikan dengan baik dengan tanpa wujudnya sebarang sentimen yang boleh menggugat keharmonian yang telah terjalin sejak sekian lama.

Kita juga akan membuat program-program yang melibatkan mereka untuk mengembangkan bidang kebudayaan, sosial dan pendidikan antara dua negara. Salah satu daripadanya adalah mempopularkan konsep pemikiran kesederhanaan dalam Islam atau wasatiyyah yang diketengahkan oleh Najib sendiri di dalam buku tulisannya Wasatiyyah: Idea dan Realitis.

Alhamdulillah buku itu telah dialih bahasa dalam bahasa Indonesia. Ia diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan sebuah syarikat penerbitan Indonesia, Penerbit Penjuru Ilmu. Pelancaran buku itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sempena Pameran Buku Antarabangsa Indonesia yang berlangsung baru-baru ini.

Selain itu, ketika di Jakarta, saya juga berkesempatan menjawab segala isu, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada negara dalam satu temu bual dengan para wartawan Rakyat Merdeka.

Dalam temubual itu, tanpa berselindung saya memberitahu wartawannya, tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya kalau kedua-dua buah negara serumpun ini saling bercakaran, apatah lagi susur galur saya sendiri orang Jawa dan mentua saya Mandailing (Sumatera)! 

Dalam isu 1MDB, saya memberitahu mereka yang ia jelas usaha terdesak pihak pembangkang untuk menggulingkan Najib. Ia sudah dibahas dan dijawab dengan terperinci malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sendiri mengesahkan tidak ada wang negara yang hilang seperti mana yang didakwa!

Namun pembangkang akan terus menyerang dan saya petik apa yang dilakukan ahli propaganda Nazi Jerman Joseph Goebbels yang berkata: ‘Pembohongan yang diulang-ulang akan (dianggap) menjadi kebenaran’.

Kesimpulannya, kedatangan saya ke Jakarta kali ini benar-benar memberi kepuasan. Apalagi sumbangan itu demi negaranya. Semoga persaudaraan antara kedua-dua buah negara ini akan terus berkekalan selama-lamanya sekali gus memadamkan api sengketa yang datangnya tidak dijangka!

By: Budiman Mohd Zohdi.

Friday, September 15, 2017

DUNGUNYA PEMBANGKANG.

KETIKA Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump menyambut ke­tibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di West Wing Lobby, White House, Washington kelmarin sebelum diperkenalkan oleh Trump kepada pegawai-pegawai kanan beliau, apa agaknya yang bermain di kotak fikiran kita di Malaysia?

Adakah pertemuan rutin biasa dua orang pemimpin? Teruja? Atau ada lagi perasaan lain?

Ketika Perdana Menteri diberikan kawalan khas iringan polis (police escort), pasukan sekuriti elit (secret service) serta kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base untuk bertemu Trump, sekali lagi mahu dita­nya, kali ini pula kepada ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan dikepalai DAP: “Apa yang berlegar di benak fikiran anda semua?”

Kagum? Sakit hati? Malu sendiri? Atau ‘naik angin’?

Kita terkilan dan sedih mengapa masih ada anasir yang gemar mengadu-domba memburuk-burukkan pemimpin yang komited untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbirannya demi memakmurkan negara ini.

Mengapa begitu pelik sekali tindak tanduk sebilangan ketua parti pembangkang yang sanggup memainkan emosi orang Melayu dengan mencanang Perdana Menteri kononnya akan ditangkap apabila berada di luar negara, khususnya Amerika Syarikat?

Tidak wajar sama sekali Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan dengan sekumpulan penyokong­nya di ibu negara sebelum ini mem­fitnah Perdana Menteri.

“Berkemungkinan Najib akan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram.

“Jadi, dia kena duduk sini (da­lam negara), tak boleh keluar. Macam mana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

“Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang,” fitnah Dr. Mahathir dalam satu video yang dimuat naik dalam sebuah blog.

Dr. Mahathir dan pembangkang barangkali sudah lihat de­ngan mata kepala sendiri pertemuan Najib-Trump di White House kelmarin. Kita biarkan perasaan yang bermain di fikirannya.

Hakikatnya, kalau diikutkan akibat putar belit pembangkang negara ini, kerajaan sedia ada sudah huru-hara dan bankrap. Tetapi macam mana sebuah negara yang ‘hampir nak muflis’ ini begitu sesak pula Stadium Bukit Jalil dengan kontinjen-kontinjen atlet negara rantau ini dan rakyat tempatan sendiri menyertai dan menyaksikan temasya Sukan SEA 2017 baru-baru ini?

Masakan pula atlet-atlet Malaysia yang ‘kononnya datang dari negara yang sedang tenat ekonominya ini’ boleh tiba-tiba muncul mengaut lebih 140 pi­ngat emas - yang terbanyak dalam sejarah sukan itu. Bukankah ‘dek kerana tenat ekonomi yang diuar-uarkan pembangkang dengan prasarana sukan jadi daif dengan mesin-mesin latihannya rosak dan berkarat’, tetapi mengapa pula muncul juara dunia renang papan anjal dan basikal datang dari kalangan atlet Malaysia? Kenapa pula jiran tetangga, Thailand dan Indonesia yang menyusut pingat emas mereka, begitu cemburu dengan kejaguhan Malaysia?

Dan bagaimana pula mungkin kerajaan Arab Saudi yang diperle­cehkan oleh pembangkang negara ini berkaitan isu ‘derma RM2.6 bilion’ boleh bersetuju me­ngembalikan kuota haji rakyat Malaysia kepada 30,200 jemaah berbanding hanya 22,000 jemaah sejak tiga tahun lalu?

Takkanlah Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud nak datang ke tempat ini (Kuala Lumpur pada Februari lalu) yang ‘memfitnah’ negaranya kot? Malah Raja Salman menyaksikan pula perjanjian antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion.

Dari segi indikator ekonomi, kalaupun Malaysia nak bankrap, ada lagi 80 negara yang akan muflis terlebih dahulu sebelum negara ini.

Tidak wajar Pakatan Harapan mengaitkan `risiko’ lawatan kerja Najib di White House dengan kes Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Melihat Trump mengalu-alukan kedatangan Najib di White House kelmarin, akhbar Oriental Daily News bertarikh 1 September 2017 menerusi tulisan Dominic Lau Hoe Chai kelihatan telah menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia.

Hoe Chai merujuk kenyataan kasar Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng bahawa Trump adalah dungu dan bodoh.

Malah Guan Eng me­ngaku tidak sudi bertemu dengan Trump sekalipun diberi peluang. Dan antara petikan berbaur sombong anak veteran DAP Lim Kit Siang ini “...jumpa orang macam ini, kita sendiri jadi bodoh.”

Komen Hoe Chai dalam komentarnya:

“Sebagai pemimpin, Guan Eng mesti menghormati dasar diplomatik negara selain tidak boleh sesuka hati menghina pemimpin negara lain. Apatah lagi Trump tidak ada sebarang ‘isu’ dengan parti pembangkang dan politik tanah air.

“Perlu diingatkan, sikap men­dungukan orang lain secara tidak langsung akan membuatkan Guan Eng sendiri nampak dungu.”
Dari: UM.

Wednesday, September 13, 2017

MENENTUKAN KELANGSUNGAN MALAYSIA.

KITA bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-54 beberapa hari sahaja lagi. 

Sambutan Hari Malaysia sangat besar maknanya kerana ia melambangkan kewujudan sebuah negara Malaysia yang kuat dan mandiri. Kekuatan Malaysia terdiri daripada gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah yang membentuk sebuah negara sejak 16 September 1963. Singapura yang pada awalnya menyertai Malaysia telah keluar pada 9 Ogos 1965.

Bukan semua pihak bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia pada ketika itu. Ada negara di rantau ini melihat usaha itu sebagai satu bentuk penjajahan baharu di Asia Tenggara. Bagaimanapun, pembentukan Malaysia akhirnya berjaya direalisasikan apabila pungutan suara mendapati majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak bersetuju agar kedua-dua negeri ini menyertai Malaysia.

Jika diimbas kembali sejarah, idea pembentukan Malaysia didorong oleh empat faktor utama. Faktor-faktor tersebut ialah ancaman komunis di Singapura, mencapai keseimbangan kaum, memacu kemajuan ekonomi bersama dan mempercepat kemerdekaan. Jika diamati keempat-empat faktor ini, sungguh jelas bahawa pembentukan Malaysia bermatlamatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam membincangkan tentang Hari Malaysia, tumpuan sudah tentu berkaitan dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Kemasukan dua negeri ini dalam Malaysia membantu negara mencapai keseimbangan kaum antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Pembentukan Malaysia juga mengambil kira usaha memacu kemajuan ekonomi bersama yang bertujuan memastikan pembangunan ekonomi negara adalah menyeluruh dan inklusif. Ini bermakna, idea inklusiviti sebenarnya telah difikirkan lebih awal oleh pemimpin negara ketika itu. 

Selain itu, pembentukan Malaysia melancarkan usaha ke arah kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak (selain Singapura dan Brunei).

Kini, Malaysia telah berusia 54 tahun. Ia adalah satu tempoh yang panjang dan mematangkan. Persoalannya sekarang, apakah matlamat pembentukan Malaysia telah berjaya di capai? Apakah kita berjaya memenuhi aspirasi pembentukan Malaysia sepertimana semangat asalnya pada 1963?

Sejak pembentukan Malaysia, kita berjaya memacu pembangunan negara bangsa yang utuh. Tidak dinafikan, sistem persekutuan ini telah menawarkan bentuk pemerintahan yang strategik antara pusat dan negeri.

Lebih penting dalam konteks Sabah dan Sarawak, mereka diberikan kuasa tambahan selain peruntukan melalui Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan. Misalnya, kedua-dua negeri itu diberi kuasa untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri seperti yang termaktub di bawah Akta Imigresen 1963. Kuasa tambahan ini secara jelas memperakukan kedudukan yang tinggi terhadap Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Agenda Malaysia berasaskan semangat pembentukan Malaysia sangat besar dan tidak boleh dianggap mudah. Sepertimana hasrat dalam pembentukan Malaysia, negara perlu memastikan pembangunan yang inklusif, meliputi Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu tidak dinafikan masih wujud suara yang membandingkan pembangunan antara di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Mereka mendakwa, masih wujud jurang pembangunan yang besar antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Dakwaan ini seolah-olah meragui impak pembentukan Malaysia yang sepatutnya memberi nikmat pembangunan yang menyeluruh pada setiap wilayahnya.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa proses pembangunan bukan berlaku sekelip mata. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak projek pembangunan yang telah dan sedang dibawa oleh kerajaan pusat khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Paling jelas ialah pembangunan projek Lebuh Raya Pan Borneo, iaitu sepanjang 2,325 kilometer yang bernilai RM16 bilion. Lebuh raya ini adalah tulang belakang kepada perhubungan di Borneo, bermula dari Telok Melano di Sarawak hingga ke Tawau di Sabah. Projek mega ini adalah bukti komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah seiring dengan hasrat Malaysia menuju era negara maju.

Projek lebuh raya ini bakal mencetuskan perubahan besar dan merancakkan pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, kelangsungan Malaysia amat bergantung kepada kekuatan negeri-negeri yang membentuknya, sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. 

Apa pun sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan beberapa hari lagi, wajar menjadi medan terbaik untuk kita bermuhasabah dan melihat ruang penambahbaikan demi kebaikan bersama. Keupayaan setiap negeri perlu diperkukuh demi kelangsungan negara Malaysia yang tercinta. Integrasi nasional mesti diperhebat untuk mencapai makna perpaduan sebenar.

Bagi mengupas perkara ini dan isu berkaitan sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Wacana Ilmuwan bertajuk Negaraku Malaysia: Di Mana, Ke Mana Kita, pada hari ini, bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Selamat Hari Malaysia yang ke-54. Salam 1Malaysia Negaraku!

By: DR. MOHD. IZANI MOHD. ZAIN.

Tuesday, September 12, 2017

PERLUAS DIDIKAN UNDANG UNDANG FITNAH.

SAMAN fitnah adalah penyelesaian mengikut aturan perundangan sivil yang ada apabila nama baik seseorang atau sesebuah organisasi dicemari dengan kenyataan fitnah. Dalam masa yang sama, fitnah juga adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang membolehkan orang yang memfitnah itu dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda. 

Logik wujudnya saman fitnah adalah mudah - setiap orang berhak untuk melindungi nama baiknya, maka sebarang salah laku yang menyebabkan reputasinya tercemar adalah kesalahan yang berhak diambil tindakan. Dalam menghakimi mana-mana saman fitnah, mahkamah terikat kepada prinsip-prinsip di bawah undang-undang Common Law dan juga seperti yang telah dikanunkan dalam Akta Fitnah 1957 serta tatacara seperti di bawah Aturan 78 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Secara ringkasnya, dalam mempertimbangkan saman fitnah, mahkamah akan melihat tiga perkara. Pertama, plaintif haruslah membuktikan kepada mahkamah bahawa ungkapan yang dikeluarkan oleh defendan adalah fitnah. Kedua, fitnah tersebut perlulah disiarkan kepada pihak ketiga. Perkara terakhir, plaintif harus menunjukkan bahawa beliau telah mengalami kerugian akibat daripada kenyataan fitnah tersebut.

Kebiasaannya kes-kes saman fitnah di negara ini akan menarik perhatian ramai apabila pihak yang menyaman atau disaman adalah mereka yang dianggap sebagai tokoh masyarakat atau dikenali ramai. Tokoh-tokoh ini jugalah yang akan mengaut jumlah pampasan yang tinggi jika mahkamah membenarkan tuntutan saman fitnah yang difailkan. Ini kerana, sebagai seorang tokoh masyarakat, sudah tentu nama baik yang dibawa adalah aset yang bernilai. Lebih-lebih lagi bagi ahli politik yang mempertarungkan hak dan suara rakyat yang mereka wakili berdasarkan reputasi mereka. 

Begitulah yang diamati dalam kes saman fitnah di antara Datuk Haris Salleh lawan Datuk Yong Teck Lee. Dalam kes ini, plaintif telah memenangi jumlah pampasan, antara yang tertinggi untuk kes saman fitnah, sebanyak RM1 juta kerana kenyataan fitnah yang dilakukan melibatkan tuduhan yang serius. 

Selain itu, ramai sedia maklum tentang kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger terkenal, Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang telah diarahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan sebanyak RM800,000. Sebelum itu, ramai yang mengikuti kes saman fitnah melibatkan Tan Sri Dr. Rais Yatim terhadap seorang blogger. Antara yang menarik dalam kes tersebut, blogger itu turut dipenjarakan apabila dia gagal mematuhi perintah mahkamah. 

Terkini, mahkamah telah menetapkan akhir September ini untuk keputusan kes saman fitnah di antara Anwar dan Khairy Jamaluddin. Sedangkan baru-baru ini heboh apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas Lim Guan Eng terhadap kenyataan yang dikeluarkannya yang dikatakan mengandungi unsur fitnah.

Melihat perkembangan kes-kes saman fitnah di negara ini terutama melibatkan tokoh masyarakat, kita tidak boleh tidak, harus menyentuh juga perkembangan kebebasan bersuara yang kerap disalah gunakan. Walaupun kebebasan bersuara adalah kebebasan yang dilindungi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun hak ini bukanlah menyeluruh. Sebaliknya, kebebasan bersuara disekat dengan undang-undang seperti larangan menghasut dan memfitnah. Sewajarnya kebebasan bersuara digunakan dengan berhemat. 

Malangnya, perkembangan teknologi dan keterbukaan media sosial telah mengakibatkan kebanjiran kes-kes melibatkan saman fitnah. Hal ini terjadi apabila masyarakat tidak segan silu lagi untuk mengatakan perkara yang tidak benar atau dengan berniat jahat memfitnah seseorang tanpa memikirkan kesan daripada fitnah mereka. 

Malang sekali apabila masyarakat kita dibesarkan dengan didikan Rukun Negara yang menyebut tentang ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ namun semakin hari kian nipis nilai-nilai adab dan tertib. Amatlah tidak wajar apabila ramai tokoh masyarakat yang dijadikan contoh peradaban juga berkelakuan tidak segan dengan nilai kenegaraan kita. Ke manakah hilang nilai-nilai ketimuran yang cuba dididik ke dalam pesona anak Malaysia sehingga ramai yang menjadikan media sosial sebagai medan untuk menghentam sesama sendiri dan menularkan perkara yang meremehkan nama baik orang lain? 

Pendidikan mengenai undang-undang berkenaan fitnah seharusnya diperluaskan lagi bukan sahaja untuk mengajar rakyat melindungi reputasi ahlinya tetapi juga dalam mendidik ahli negara ini agar kembali kepada nilai-nilai ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ yang cuba diterapkan dalam Rukun Negara. Ini termasuklah dengan meletakkan budi dalam kebebasan bersuara.

By: FatihahJamhari.

PAKATAN POPULIS.

RIWAYAT Pakatan Harapan iaitu gabungan beberapa parti politik pembangkang yang belum berdaftar bermula selepas DAP umumkan berakhirnya Pakatan Rakyat pada 16 Jun 2015. Adakah ini gabungan pertama parti pembangkang atau sejarah menunjukkan ia pernah dan cuba untuk menghasilkan satu gabungan besar seperti Parti Perikatan (kini Barisan Nasional) tetapi gagal?

Beberapa bentuk gabungan longgar pernah cuba diwujudkan sebelum ini oleh parti pembangkang. Di antara 1945 hingga 1948, gabungan Putera-AMCJA melibatkan hampir 100 pertubuhan cuba untuk melakukan protes ke atas Persekutuan Tanah Melayu 1948 tetapi tidak bertahan lama kerana darurat dan tekanan hebat daripada pelbagai pihak. Pada 1957 sehingga 1966, muncul Socialist Front, melibatkan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Ia bertujuan menubuhkan negara demokratik sosialis tetapi akhirnya lumpuh kerana tekanan khususnya ke atas isu bahasa kebangsaan.

Krisis di dalam UMNO dan kegawatan ekonomi membawa kepada kehadiran Gagasan Rakyat pada 1990-an iaitu gabungan antara parti Semangat 46 (S46), DAP, PRM dan IPF serta PBS manakala Perpaduan Ummah pula adalah gabungan antara S46, Pas dan parti Hamim. Dua gabungan ditubuhkan, satu untuk parti berpegang kepada agama Islam dan satu lagi di sebaliknya. Ia membawa kepada kejatuhan Kelantan tetapi selepas pilihan raya umum 1995, DAP keluar daripada gabungan ini. Ia juga melihat bagaimana S46 kembali menyertai UMNO serta isu sekolah vernakular bersama isu Merdeka University banyak memberi impak negatif kepada mereka.

Selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 serta konflik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka muncul gerakan reformasi yang juga membawa kepada gabungan Barisan Alternatif pada 1999; gabungan Pas, DAP, Keadilan dan PRM. Kesannya, BN tewas di Kelantan dan Terengganu. Walaupun begitu, ia juga tidak bertahan lama kerana isu negara Islam yang membawa kepada keluarnya DAP pada September 2001.

Pada 2008, gabungan parti pembangkang bertindak kembali bersama iaitu Pas, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat selepas melihat sokongan demonstrasi Bersih dan Hindraf pada November 2007. Ia menang lima negeri dan menggagalkan misi dua pertiga parti BN. Sepanjang tempoh masa mulai 1 April 2008 sehingga 16 Jun 2015, hubungan di antara PKR, DAP dan Pas tidak semesra pada peringkat awal ditubuhkan menyebabkan ia juga roboh walaupun Pas beranggapan PR masih wujud berdasarkan kerjasama Pas dan PKR. Sekali lagi, DAP keluar kerana isu hudud.

Kini lahir sebuah gabungan parti pembangkang yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan. Yang jelas, Pas dipinggirkan ketika itu sehingga membuat keputusan untuk turut memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu atas sebab PKR tidak menyokong agenda Islam Pas; melanggar adab kerjasama politik dengan merosakkan imej Pas dan bekerjasama dengan pihak yang ingin menjatuhkan Pas. 

Kebelakangan ini Pas diburu semula oleh PKR khususnya Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali. Ia mendapat tentangan kepimpinan sendiri yang beranggapan pengagihan kerusi sudah selesai dan tidak memerlukan Pas walaupun Anwar sendiri menaruh harapan. Strategis DAP pula berpandangan tanpa Pas akan memudahkan kemenangan mereka di PRU Ke-14 nanti. Ini seiring dengan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir yang tidak mahu hubungan dengan Pas menjadi penghalang kepada proses kerjasama parti sedia ada.

Dengan menggunakan kaedah populis semata-mata tidak akan membawa Pakatan Harapan ke mana-mana. Pertama, ia masih belum memerihalkan secara komprehensif untuk memperbaiki kehidupan 40 peratus di bawah paras kemiskinan. Kepimpinannya masih bergantung kepada kepimpinan lama dengan kepimpinan masyarakat India, Sabah dan Sarawak tersisih dalam kerangka kepimpinan induk pakatan itu. 

Kedua, bagaimanakah isu dasar akan menampakkan keunikannya berbanding dengan BN, walhal yang juga dilakukan adalah untuk menyantuni sifat BN sendiri dengan gabungan besar parti-parti politik. Bezanya, satu berdaftar dan satu masih tercari-cari untuk mendaftar sebagaimana yang berlaku kepada PR sebelum ini. 

Ketiga, mampukah mereka perkukuhkan usaha ke arah pertembungan satu lawan satu sedangkan masing-masing ada syarat dikenakan untuk bersama, baik PAS, PKR, DAP dan Amanah. Keempat, bolehkah DAP dan Pas duduk semeja semula? Siapakah akan mengalah atau kembali kepada dua bentuk kerjasama sebagaimana pada 1990? Atau di beberapa negeri termasuk Selangor akan wujud kerjasama yang berbeza dengan pendirian di peringkat induk?

Kelima, walaupun wujud perbezaan, apakah ia boleh diketepikan begitu sahaja semata-mata mengikut gerak kerja ‘Asalkan Bukan BN’? Keenam, jika permasalahan dalaman berterusan, adakah kita sudah melihat kemuncak prestasi parti pembangkang pada PRU Ke-13 dulu? Percakaran dalaman semakin ketara dan ada pula cuba menyimpan dendam kesumat dengan latarnya oleh penyokong yang hina, aib dan memalukan pemimpin sendiri.

Ketujuh, adakah ini akan membawa kepada sifat apathy dalam kalangan pengundi yang muak dengan politiking berterusan parti pembangkang walaupun tidak dinafikan yang setia pada parti akan kekal seadanya. Kelapan, apakah sebenarnya dimahukan oleh pengundi atas pagar dari PH? Adakah mereka mampu menjadi alternatif atau sekadar mahu menjadi pembangkang yang boleh memberikan ‘check and balance’ kepada BN?

Kini Pas meminta PKR untuk mempertimbangkan cadangan agar keluar dari Pakatan Harapan dan sertai mereka di gabungan Gagasan Sejahtera. Adakah desakan ini akan berterusan atau ini akan menjadi formula kawasan majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis serta Selangor misalnya?

Secara keseluruhan, Pakatan Harapan masih belum kuat secukupnya kerana isu-isu yang dibawa menampakkan tidak lain hanya mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Sebahagian pengundi sering beranggapan lebih baik memilih yang memberikan kestabilan dalam keadaan tidak menentu dari membawa perubahan. 

By: DR. P. SIVAMURUGAN.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik