Friday, January 20, 2017

"PENANGAN" DAP KETUA SEBENAR.


'AURA' DAP sebagai kepala pakatan pembangkang tidak boleh disangkal.


Kalau tidak masakan Pas yang membantu DAP dan PKR meraih banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013 boleh disisihkan daripada pakatan.


Kalau dikira rekod Pas, parti itu antara yang memiliki jentera pilihan raya paling berkesan yang turut memastikan keputusan yang diraih DAP secara solo dalam PRU-13 mencanak.


Rekod kali kedua pakatan yang menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) itu menyaksikan DAP mengungguli kerusi kem pembangkang dengan meraih 38 kerusi, PKR (30) dan 21 untuk Pas.


Berbanding PKR, Pas berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah ‘parti nasional’ dalam PRU-13 apabila memenangi kerusi Parlimen dan DUN di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.


Bagi DAP pula, pembabitan dalam pakatan yang dikenali pakatan rakyat, membolehkan parti itu memenangi lebih 30 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN.


Ini termasuk 16 di Semenanjung yang kurang daripada 60 peratus pengundi Cina dan 44 kerusi DUN yang kurang dari 60 peratus pengundi Cina.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Demikianlah penangan DAP terhadap sekutunya.


Pas merasai penangan itu apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Peliknya tidak pula dengan Pas Pusat. 


Percubaan DAP untuk mencatur congak kedudukan kepimpinan Pas juga tidak kesampaian apabila calon-calon yang kelihatan memihak kepada mereka, termasuk Mohamad Sabu kecundang dalam pemilihan Pas sebelum ini. Lantas kebanyakannya keluar membentuk parti serpihan, PAN.


Meskipun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertindak sebagai ketua pembangkang, kebanyakan arahan atau kenyataannya tidak diambil peduli oleh DAP.


Ini termasuklah apabila Wan Azizah menjelaskan tiada keperluan untuk DAP menganjurkan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang yakni tidak yakin dengan tujuan dan objektifnya, DAP buat tidak layan. Tetapi mujurlah tidak direalisasikan.

Memang DAP ketua sebenar pembangkang.


OLEH ZULKIFLI JALIL

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik