Thursday, January 12, 2017

HELAH POLITIK TERDESAK MADEY.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Kedah bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) adalah projek rasuah dan menunaikan haji dengan wang 1MDB tidak mendapat haji mabrur adalah suatu helah politik dan sifatnya amat menghina. Akhir-akhir ini beliau sering mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Bekas Perdana Menteri itu menyentuh hal-hal hukum agama yang tidak meninggalkan kesan positif dalam kalangan orang ramai.


Kenyataan itu sebenarnya menyinggung jutaan penerima BRIM dan peserta program haji 1MDB. Sebagai orang politik, Dr. Mahathir bakal kehilangan pengaruh sedangkan orang politik perlukan pengaruh. 


Betapa tidak, kalau ditinjau dari segi hukum Islam, rasuah adalah perbuatan haram. Menerimanya adalah berdosa. Sedangkan wang diterima itu adalah wang rakyat untuk meringankan beban kewangan mereka. Penulis percaya tidak seorang pun penerima wang BRIM akan menolaknya. Mereka berhak menerimanya walaupun jumlahnya tidak besar.


Orang seperti Dr. Mahathir tidak memerlukan wang seperti itu kerana beliau dan keluarganya sudah kaya. Tetapi bagi yang berpendapatan rendah, BRIM memang ditunggu-tunggu. Bagi yang miskin walaupun jumlahnya tidak besar tetapi amat besar maknanya kepada mereka. Dalam kalangan mereka terdapat penyokong pembangkang dan tidak semestinya bersetuju dengan pendapat Dr. Mahathir itu.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengkategorikan BRIM sebagai rasuah. Ini adalah bahasa politik seorang pemimpin yang mempunyai rasa kebencian yang teramat sangat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan lalu memilih pendekatan membalas dendam dengan mengambil isu BRIM dan menunaikan haji melalui IMDB sebagai haji yang ditolak.


Politik membenci (hatred) ini memang menjadi resam politik pembangkang tetapi kali ini dikaitkan dengan hukum dan kekuasaan Allah. Siapa beliau yang boleh mengatakan BRIM adalah rasuah dan mengerjakan haji dengan wang IMDB sebagai tidak mendapat haji mabrur? 


Sejak terlibat dalam politik pembangkang macam-macam usaha dilakukan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan. Ternyata semuanya gagal dan kebencian rakyat terhadapnya dalam media sosial yang sempat penulis baca dengan berbagai-bagai gelaran yang tidak enak dilontarkan kepada beliau.


Kalau ini suatu strategi politik beliau, ternyata gagal mempengaruhi rakyat. Kalau itu jugalah pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam isu BRIM dan mengerjakan haji IMDB kesannya adalah meleset. Dr. Mahathir kena mencari isu-isu dan strategi lain yang lebih berkesan untuk menjejaskan imej Najib dan kerajaan, kalau ada.


Strategi masa lalu menjatuhkan Najib dan kerajaan ternyata mengecewakan Dr. Mahathir sendiri. Bermula dengan deklarasi rakyat, mendapatkan tandatangan, menjadi intim dengan musuh ketatnya, Lim Kit Siang dari DAP dan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, melibatkan diri dalam himpunan Bersih dan terlibat dalam Pakatan Harapan dilihat sebagai strategi yang boleh memecahbelahkan orang Melayu dan hanya secocok dengan kehendak DAP.


Kelompok Otai Reformasi yang diketuai Shaari Sungip bekas orang kuat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dipecat dari Pas dan kini berada dalam PAN menuntut Dr. Mahathir meminta maaf kepada keluarga Anwar tentang kesilapan yang lalu.


Elok Shaari baca dahulu buku Doctor Inside The House karya Dr. Mahathir di Bab 53 , halaman 698 mengenai Anwar. Beliau berkata: “I find it difficult to forgive Anwar for demonishing me in the eyes of the whole world”. Jika Dr. Mahathir menerima tuntutan Otai Reformasi sekali lagi beliau tidak berpegang kepada apa yang dikatakannya.

- toki.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik