Sunday, January 15, 2017

MALAYSIA TIDAK KESAORANGAN TOLAK CAMPUR TANGAN SOROS.

Ketegasan kerajaan Malaysia dalam menangani mana-mana pihak yang menerima dana asing khususnya daripada penyangak mata wang, George Soros, bagi tujuan mengganggu-gugat kestabilan politik negara ini dilihat satu langkah yang relevan. 

keratan Utusan Malaysia semalam
KERATAN Utusan Malaysia semalam

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek berkata, usaha yang dilakukan tersebut berperanan bagi membanteras campur tangan asing dalam pentadbiran dalaman negara.

“Dalam perkara ini, Malaysia tidak berdiri keseorangan apabila kerajaan Hungary turut mengambil langkah tegas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara mereka yang disyaki menerima dana daripada Soros,” katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kenyataan kerajaan Hungary akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana (NGO) yang mempunyai kaitan dengan Soros.

Memetik laporan Bloomberg (https://www.bloomberg.com), Naib Presiden Parti Fidesz, Szilard Nemeth berkata, langkah itu akan dimulakan sebaik sahaja Donald Trump dilantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Tambah Abdul Halim, kesan buruk paling ketara dapat dilihat apabila wang disalurkan oleh Soros digunakan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan pada bulan November tahun lepas.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, tindakan tegas diambil Hungary dalam menentang Soros menjadi petunjuk tentang bukan sahaja Malaysia, malah ada negara lain yang menentang penyangak mata wang itu.

“Malah, kita sendiri telah mengetahui Malaysiakini mengaku menerima dana tersebut dan ada daripadanya dibelanjakan Ambiga untuk menganjurkan perhimpunan haram Bersih yang memperjuangkan agenda bertentangan dengan prinsip demokrasi dan pada masa yang sama melanggar nilai murni agama Islam apabila antaranya dengan mempromosikan kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zamri Mohd. Isa juga menjelaskan niat Soros untuk memasuki urusan pentadbiran sesebuah negara menggunakan NGO kerana mempunyai kepentingan tersendiri.

“Dia merupakan kospirator yang dilihat cuba masuk dalam sesebuah negara untuk menimbulkan kekacauan dari segi politik dan ekonomi kerana daripada situ dia berpeluang mengambil kesempatan bagi memenuhi agendanya yang tersendiri,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik