Thursday, January 26, 2017

SPRM, PEGAWAI MUDA DAN AMANAH.

Dalam sebulan dua ini semakin kerap keluar didada akhbar dan media sosial akan penangkapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana tindakan ini sudah pasti ada yang gembira dan ada yang agak berduka-cita serta tidak kurang mula yang menghina baik siperlaku mahupn si penangkap (SPRM).

Seperti mana yang pernah berlaku baru-baru ini dimana tertangkapnya seorang suspek berpangkat yang kebetulan baru sahaja pulang dari mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah, maka ramai juga lah yang menarik muka panjang dengan tindakan SPRM dengan tangkapan tersebut disertakan pula dengan caci maki kononnya tidak berhati perut. 

Kita pastilah siapa mereka yang ska bercaci maki ini kalau tidak dari penyokong pembangkang yang diketuai oleh DAP tujuannya adalah ntuk melahirkan rasa benci rakyat kepada tindakan penguatkuasa kerajaan, tetapi bila dengar sembang mereka zuhud habis mereka ini kerana terjerit terpekit menyuarakan agar rasuah dan salah guna kuasa dibenteras.

Apa nak hirau jika baru mengerjakan Umrah dan kena tangkap, untung kena tangkap di Malaysia, kalau ditangkanya di Makah paling mesra ketika sedang mengerjakan tawaf Umrah lagi haru agaknya makian yang kerajaan (SPRM) akan terima, usah dirisaulah kerana ada orang yang baru sahaja 4 hari balik dari mengerjakan Haji, terus dimasukkan ke penjara, itu pun ketentuan Allah juga kan.

Baik kita pergi kepada persoalan pokoknya, tangkapan oleh SPRM kebanyakkan yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan rata-rata yang ditangkap adalah mereka yang berjawatan besar dalam sesebuah organisasi atau jabatan kerajaan, malah ada juga yang ditangkap melibatkan keluarga dan tidak kurang juga pegawai muda.

Walaupun proses mahkamah sedang dijalankan dan belum tentu didapati bersalah, jika bersalah pun mungkin itulah pengajarannya, jika tidak bersalahpun orang sekeliling sudah pasti akan melihat kita dengan seribu pertanyaan, apa tah lagi jika yang ditangkap itu adalah orang yang rapat dengan masjid dan mesra orang ramai ( satu tingkah laku yang perlu ada terutamanya orang yang bergiat dengan politik atau bercita-cita mahu jadi pemimpin setempat, negeri atau pun peringkat negara). 

Semua hanya membaca bahawa SPRM sedang mengila memburu mereka (jerung) atas faktor poplariti itu sebab (ikan bilis) tidak ada yang ditangkap, jika ada pun sekadar melepaskan ‘batuk’ (sejenis alatan mencedok air dizaman dahulu) ditangga sahaja, tetapi jika difikir lojiknya manakan datangnya salah guna kuasa sahingga berlakunya rasuah jika jawatannya hanya sekadar penghatar surat atau pelayan pejabat.

Jika ada pun setakat duit kopi kerana ‘rajin’ itu mungkin, tetapi yang melibatkan berbelanjaan besar sudah pasti tak masuk akal mampu dibuat oleh penghantar surat atau pembantu pejabat.

Baik, bercakap dengan soal salah guna kuasa, tidakkah mereka-mereka yang terdiri dari orang muda yang dilantik ke jawatan tertinggi sepaling tidak jawatan Pengarah merasa takut akan memegang amanah yang diberikan, almaklum usia muda cabarangnya bukan kepalang, mungkin masa melakukannya tidak terasa bersalah kerana keseronokkan melepasi segalanya.

Berbelanja mewah, bukan sahaja diri sendiri malah turut dirasakan oleh orang sekeliling apa lagi jika si isteri yang pandai bergaya dan mengenali butik mana dan jenama apa yang ada ‘klas’ ntuk di gayakan, memula mungkin sekadar beg CJ, atau GUCCI, Coach, Chanel, Clark dan sebagainya.

Lama kelamaan bila keseronokkan bertambah dah mula mengenali butik di luar negara, mungkin seawalnya di Thailand atau Singapore atau paling tidak pun di Indonesia, lama kelamaan sudah mula berhubung dengan yang agak jauh perjalanannya adakalanya sampai 12-14 jam dan mula mengenali jenama-jenama yang di pakai oleh orang-orang kenamaan tempatan negara tersebut.

Mungkin sudah mula mengenali Christian Dior, Burberry, Marc Jacobs, Michael Kors, Kate Spade dan sebagainya, maka semakin menggilalah pengarah muda ini membuat rancangan agar segala perbelanjaan diri dan anak isteri mampu ditanggungnya, apa tah lagi memang ada peruntukkan untuk mereka ini bercuti keluar negara dengan perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya (maka duit poket kena lah cari sendiri).

Maka Pengarah muda mula berasa seronok bila isterinya sudah boleh di bawa ketengah untuk di tunjukkan kepada khalayak yang mampu bersaing dengan ratu cantik atau setanding dengan orang kenamaan tujuannya adalah sebagai pelobi untuk si suami juga.

Seperti kata orang tua terdahulu pelanduk sering terlupa dimana jerat dipasang, tetapi jerat tidak pernah melupakan si pelanduk, bila terperangkap mula menarik simpati orang sekeliling yang pernah diberinya habuan dahulu, silap hari bulan kerajaan juga yang disuruh maki kerana menangkap ‘kawan’, ‘suami’ yang baik budi ini. 

Pengajarannya kepada pengarah muda yang perlu di lihat ialah bukan tangkapan SPRM yang utama, tetapi si pemegang amanah itu yang harus kita nilai, jika berlakupun salah guna kuasa oleh SPRM maka adalah orang lain yang lebih amanah untuk melaksanakan tugas tersebut, apa yang penting ialah sikap amanah.

Seperti yang mana heboh ketika ini isu tidak amanahnya seorang yang berjawatan didalam SPRM sendiri, ianya tidak dibiarkan selamanya, ada orang lain yang telah bertindak keatasnya, maka ini timbal baliknya jika kita tidak amanah dengan tugas kita, bukan sahaja manusia menghitng tetapi Allah juga menghitung setiap langkah kita sesungguhnya hitungan Allah itu lebih tetap.

Jadi kepada pengarah muda dan sesiapa sahaja yangdilantik memegang jawatan baik sebagai penjawat awam atau badan bukan kerajaan seharusnya simpanlah dalam diri itu sifat amanah, latih diri untuk memegang amanah tanpa mencacat-celakannya, kerana bila kesilapan berlaku maka tiada apa yang dapat membantu selain Allah.

Tetapi kita juga sedar Allah sendiri tidak gemar dengan mereka yang tidak amanah, malah didalam hadis Rasullulah S. A. W juga ada mengiktibarkankan orang yang tidak amanah ini bakal ditimba bencana seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang dikisahkan melalui Abu Hurairah r.a. yang menyebut bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa “apabila amanah disia-siakan maka tunggulah saat kehancurannya”. 

Oleh itu bagi pemimpin muda yang dilantik memegang jawatan tinggi dan diberikan amanah maka berhati-hati dengan amanah tersebut, ianya bukan untuk dibanggakan, bukan untuk ditunjuk-tunjukkan tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh berwibawa dan jujur, jika tidak maka jangan terkejut jika wajah kita akan disiarkan di muka hadapan surat khabar.

Setelah bergelumang dengan dosa amanah sekian lama sahingga dikesan pada usia bersara, ianya bukan lah sesuatu yang baik untuk menghadapi tempoh hari tua di mana sepatutnya kita berehat bersama anak cucu, dan bukannya berehat sebagai banduan di penjara.

-B1SK.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik