Jurey Latif

Kekecewaan itu diluahkan oleh Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Datuk Jurey Latiff Rosli yang menganggap kejadian itu sama sekali melenyapkan objektif penganjuran dialog yang bertujuan untuk membantu industri kreatif negara di dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Akhirnya objektif dan niat baik Perdana Menteri telah tenggelam oleh isu lempang. Pengisian program dan perancangan untuk kemajuan industri kreatif serta masa depan penggiat seni tidak diperkatakan.

“Ini satu kerugian yang besar yang mana peluang baik disia-siakan dengan insiden buruk tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Jurey Latiff, persatuan ingin memohon maaf bagi pihak ahlinya iaitu syarikat Metrowealth International Group (MIG) yang diketuai oleh David sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan yakin beliau tidak berniat untuk bersikap biadab atau merosakkan majlis dialog tersebut.

“Harapan saya sebagai Presiden persatuan, Perdana Menteri dapat memaafkan David dan Mat Over dan jangan serik untuk terus membantu industri kreatif negara. Sikap tenang dan mesra memperlihatkan bahawa Perdana Menteri berjiwa besar dan ikhlas dalam pertemuan semalam,” katanya.

- UM.