Monday, May 22, 2017

MAJLIS IFTAR GULUNGAN GAY.

Tidak tahu dimana mulanya sahinggakan hak kesamarataan jantina mereka mahu kembangkan di negara ini, walaupun puak kelainan nafsu sex ini telah lama ujud di dunia dan ada sesetengah negara mengiktiraf keujudan mereka tetapi tidak di negara ini kerana Malaysia berpaksikan agama Islam yang melarang kebebasan perlakuan hidup yang menyilang dari fitrah.

Mungkin mereka mengambil contoh apa yang telah dilakukan oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang meraikan kepelbagaian jantina dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim di bulan Ramadhan, seperti yang disebutkan di awalan bahawa ada sesetengah negara menerima kehadiran mereka yang kelainan nafsu sex ini.

Oleh kerana perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam itu adalah agama Persekutuan maka segala peraturan dan cara hidup rakyatnya yang beragama Islam mesti mematuhi apa-apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam berpandukan Alquran dan Hadis Rasullulah S.A.W, malahan bagi mereka yang menganut agama lain harus menghormati agama yang menjadi agama Persekutuan walaupun mereka boleh kekal dengan agama anutan mereka. 

Seruan pemimpin puak kelainan jantina ini agar umat Islam di negara ini lebih terbuka yang memberi makna bahawa mereka harus menerima keujudan kaum kelainan nafsu sex dinegara ini, sekali gus mengenepikan hukum-hukum yang termaktub didalam Alquran dan hadis.

Tetapi setelah meneliti salahsilah keujudan kumpulan yang menyokong aktiviti ini adalah merupakan orang kuat di Subang dimana penulis buku yang menjadi kontrovesi Hannah Yeoh yang juga wakil rakyat disitu, maka tidak hairanlah jika kenyataannya berbaur sedemikian.

Kerana ini adalah jarum halus untuk mengoyangkan akidah umat Islam di negara ini yang terbahagi kepada anutan politik dan beragama, sahingga ada yang sanggup menerima pembaharuan didalam cara kehidupan walaupun dikatakan boleh mengoyangkan akidah.

Mereka akan bersimpati kepada kumpulan kelainan nafsu sex ini atas nama kemanusiaan, sikap lemah lembut dan ketampakkan berbudi yang lebih tinggi dari budaya Melayu asli yang menjadikan mereka boleh menerima kebebasan perlakuan kelainan nafsu sex ini untuk menuntut hak mereka di dalam negara ini.

Kita tidak mahu berlagak atau mengambil alih tugas Allah, tetapi secara mata kasarnya puasa mereka juga belum tentu diterima bagaimana mereka mahu meraikan majlis ‘iftar’ atau majlis berbuka puasa yang paling tidak akan disertai dengan bacaan Alquran dan berdoa kepada Allah.

Secara jelasnya disini bukan kota London atau kota Amerika yang boleh menerima kehadiran manusia kelainan nafsu sex ini atau kumpulan LGBT, bagaimana mereka boleh berpuasa jika badan mereka sentiasa disaluti najis, difahamkan mereka juga tidak alah kepada najis anjing yang mereka anggap sebagai binatang peliharan.

Mungkin inilah jarum yang cuba di suntik oleh pemahaman LGBT yang menarik simpati orang ramai terutama orang Melayu yang mudah terpengaruh dengan dakyah songsang mereka sahingga berani mempertikaikan keujudan kaum Nabi Lut a.s.

Sedarlah puak yang berkelainan nafsu sex bahawa puasa anda belum tentu diterima Allah bagaimana mahu menganjur atau meraikan majlis berbuka puasa.

Jika kita pernah dihina oleh kaum kafir seperti Alvin dan Vivian dengan menjemput menikmati hidangan daging babi ketika berbuka puasa, kini umat Melayu Islam sedang dipersendakan oleh puak kelainan nafsu sex didalam negara yang rakyatnya adalah orang Melayu yang beragama Islam. 

Walaupun di negara ini ada yang menyerupai wajah ‘Melayu’ tetapi tidak Islam, tetapi mereka tidak ingin menganjurkan atau meraikan majlis berbuka puasa dikalangan mereka seperti mana yang cuba dilakukan oleh puak kelainan sex atau LGBT ini. 

Semoga rakyat Malaysia sedar akan agenda musuh-musuh Islam yang mahu melemahkan agama Islam melalui jalan politik, mereka telah cuba dengan pelbagai cara, menerusi dadah, kemewahan, arak, wanita, kuasa dan sebagainya, kini mereka sedang cuba mengunakan agama.

Ingatlah pesanan pembangkang yang mahu ‘skrew’ orang Melayu melalui orang Melayu sendiri, mereka sudah nampak pepatah Melayu lama yang membawa maksud bahawa hanya kayu yang boleh menumbangkang batang balak adalah benar.

Ingatlah orang Melayu bahawa agenda mereka untuk mengkristiankan Malaysia tidak akan pernah padam, mereka akan mengunakan segala elimen yang ada untuk menakluki jiwa orang Melayu atas nama kebebasan dan hak kemanusiaan.

Dari: B1SK.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik