Tuesday, May 30, 2017

SIAPA SEBENARNYA YANG MEMIMPIN KERAJAAN KLEPTOKRASI?


Ketika ini Malaysia dipopularkan dengan cemuhan sebagai sebuah negara yang sedang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi yang sedang memperkayakan anak-beranak, kroni dan diri sendiri dengan mencuri harta kekayaan negara.

Kita pun tidak pasti adakah benar pemimpin hari ini adalah benar dari kalangan pemimpin kleptokrasi, kerana rata-rata yang kita lihat semuanya berada didalam kesederhanaan yang bersesuaian dengan kerjaya mereka.

Tidak banyak yang kita ketahui adanya pemimpin yang memiliki kapal terbang peribadi sahinga berbelas biji, atau helikopter untuk kesana kemari, kebanyakkannya masih menaiki kenderaan yang kita ketahui ianya didalam kemampuan sebenar seorang yang mempunyai status sebagai pemimpin.

Jika sekadar memiliki sederetan kereta mewah berjenama sedangkan pemiliknya adalah seorang saudagar kereta apa yang menjadi kepelikkannya berbeza dengan sesaorang yang tidak mempunyai apa-apa kelayakkan dan bukan dari keturunan orang kaya-kaya tetapi mampu memiliki jenama kereta mewah maka ianya perlulah diragukan.

Begitu juga dengan tuduhan Mahathir bahawa kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin kleptokrasi juga perlu dihurai dengan pembuktian yang lebih jelas dan jitu serta bukannya dengan mengelirukan orang ramai dengan istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka.

Sahingga kini pun Mahathir belum lagi memberi penjelasan akan dawaan sesetengah pemimpin di eranya bahawa beliau banyak mengkayakan rakan-rakan dan anak-beranaknya, seperti mana yang pernah didakwa oleh Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat diketika Mahathir menjadi Perdana Menteri atas tuduhan salah laku.

Didalam kebangkitan Anwar mempertahankan dirinya, setiap kali itulah beliau membuat dakwaan bahawa Mahathir telah memperkayakan anak-beranaknya serta orang sekeliling yang menjadi pengampu kepada Mahathir ketika itu, walaupun pada ketika itu Anwar tidak mengunakan istilah kleptokrasi bagi menampakkan keseriusannya dakwaannya.

Tetapi dihari ini, Mahathir yang suatu ketika dahulu cukup membenci kaum Cina dari keturunan DAP, hampir berpuluh tahun beliau menghina dan mencemoh DAP tetapi telah membuat pusingan 180 darjah atas kepentingan politik telah mengunakan istilah kleptokrasi bagi menampakkan keseriusannya didalam menuduh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib.

Jika dinilai dari tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti jelas, rakyat yang berakal fikiran waras akan tertanya siapakah yang telah di kayakan oleh Najib, atau adakah Najib sendiri sudah menjadi kaya-raya yang memiliki berbilion aset di serata dunia.

Malah kita juga tertanya siapakah di antara kroni Najib yang kini yang telah mencapai status bilionwan setelah mengaut segala keuntungan negara diatas restu Najib Tun Razak, jika dibandingkan dengan dakwaan Anwar satu ketika dahulu terhadap kroni Mahathir.

Walaupun Mahathir pernah menjawab tuduhan tersebut bahawa anak-anaknya memiliki kelayakan sebagai seorang ahli perniagaan dan tidak menjadi kesalahan untuk anak-anaknya berniaga, adalah tidak menjadi kesalahan jika memiliki perniagaan kerana kepakaran berniaga, tetapi jika tiada sokongan dari Mahathir seperti yang didakwa bolehkah mereka berjaya.

Kerosakkan yang berlaku kepada Mahathir hari ini adalah berikutan dendam politik dan peribadi yang menyebabkan beliau berlutut kepada parti kaum Cina DAP yang amat dibencinya suatu ketika dahulu semata mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Beliau sudah tidak lagi berpegang kepada prinsipnya apabila kini semakin rancak menjalinkan kerjasama dengan DAP demi kepentingan politik peribadinya, jika dahulu Mahathir dikenali sebagai individu yang kuat memertabatkan kedaulatan agama bangsanya, kini ia ketepikan.

Mahathir kini sudah terperangkap didalam permaianan politik DAP dan Lim Kit Siang, yang mana dahulunya adalah musuh utama beliau, segala kerangka dan rancangan serangan terhadap kepimpinan kerajaan masih boleh lagi dikesan bahawa itu adalah taktik yang diguna pakai sejak dahulu lagi, sama seperti ketika mereka menyerang kerajaan pimpinan Mahathir.

Mereka pernah mengunakan Tunku Abdul Rahman, untuk menyerang Mahathir dan kini mereka mengunakan Mahathir untuk menyerang kepimpinan Dato’ Seri Najib, sesuatu gerakkan yang tidak disangka, Mahathir yang terkenal dengan gelaran ‘Altra Malay’ itu kini terduduk dibawah telunjuk pemimpin Cina DAP.

Jika dahulu Mahathir tidak memerlukan kaum Cina untuk memenangi undi pilihan raya tatapi kini Mahathir memerlukan sokongan Cina DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Najib Tun Razak, dan bagi menampakkan keseriusannya maka pelbagai istilah telah dicipta bagi menampakkan gerakkan mereka adalah satu tindakan yang benar.

Seperti mana Anwar yang mencipta gerombolan reformasi yang membangkit semangat rakyat untuk menentang kerajaan Mahathir ketika itu, Mahathir pula cuba menirunya kerana Mahathir tahu orang Melayu tidak mahu dan tidak suka mengkaji malah lebih mudah mengikut telunjuk sahaja.

Maka pelbagai istilah dicipta ketika bersama kumpulan pembangkang DAP untuk mengkaburi mata rakyat seperti Deklarasi Rakyat, Selamatkan Malaysia dan yang terkini ialah istilah menetang pemimpin ‘Kleptokrasi’ yang membawa maksud bahawa mereka sedang menentang pemimpin yang mencuri duit rakyat untuk mengkayakan anak-beranak dan kroni.

Rakyat yang bijak sudah pasti dapat menilai pemimpin yang mana boleh diangap sebagai pemimpin kleptokrasi, sama ada pemimpin terdahulu atau pemimpin terkini di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Rakyat juga seharusnya diseru untuk membelek kembali buku tulisan Mahathir yang berjudul ‘The Malay Dilemma’ yang pernah diharamkan ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, agar Melayu itu tidak lupa akan sejarah bangsanya.

Dari: B1SK.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik