Tuesday, June 6, 2017

BELAJARLAH BERSYUKUR DARI TERUS MENGHENTAM MEMBUTA TULI.

Seperti yang diumumkan oleh kerajaan minggu lalu, hari ini, Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan mula diagihkan kepada kira-kira 4.2 juta orang penerima. Bagi mereka yang berada di dalam kelompok B40, bantuan seumpama ini merupakan salah satu bantuan yang cukup di nantikan. Tambahan pula Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Tidak terhenti setakat itu, kira-kira 1.6 juta penjawat awam pula akan menerima bantuan khas Hari Raya Aidilfitri yang akan di masukkan kea akaun masing-masing tidak lama lagi. Bagi 770 ribu orang pesara kerajaan pula, bantuan RM 250 akan di berikan serentak dengan bantuan khas hari raya yang diterima oleh penjawat awam.

Bagi kira-kira 600 ribu orang pekebun kecil pula, kerajaan turut akan memberikan bantuan khas yang dilihat sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka. Untuk kesemua ini, dianggarkan sebanyak RM 5 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 7.2 juta penerima.

Mungkin bagi mereka yang sudah hitam hatinya, amaun RM 500 ini dianggap sebagai penyedap mulut sahaja kerana mereka akan mengagungkan bonus dua setengah bulan gaji yang diterima oleh penjawat awam di Selangor. Timbul persoalan, bagi mereka yang bukan penjawat awam di Selangor, apa yang mereka akan perolehi dari kerajaan Pakatan Harapan di Selangor?

Adakah setimpal dengan jumlah 7.2 juta orang jika di bandingkan dengan kira-kira 10 ribu orang lebih penjawat awam di Selangor? Seharusnya mereka merenung sejenak fakta ini sebelum mereka meneruskan agenda jahat mereka memperkecilkan bantuan khas daripada kerajaan ini.

Sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak ada walau satupun bantuan kewangan terus daripada kerajaan seperti BR1M di lakukan. Malah, tidak ada satu bantuan khas untuk musim perayaan diperuntukkan oleh kerajaan pimpinan Mahathir terhadap kesemua penjawat awam yang berkhidmat pada zamannya.

Lebih hebat lagi, kira-kira 230 buah negara di dunia ini gagal melaksanakan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya. Hanya Malaysia sahaja yang memberikan skim BR1M kepada seluruh rakyat yang berada di kelompok B40. Adakah ini yang dikatakan sebagai kerajaan yang zalim dan tidak bertanggungjawab?

Itupun, masih ada di kalangan pentaksub pembangkang mendakwa Malaysia hari ini berhadapan dengan bankrup. Adakah kerajaan muflis seperti ini mampu memberi bantuan kewangan kepada rakyatnya secara kosisten? Lihat sahaja Greece yang akan dikenang sejarah sebagai sebuah negara yang telah muflis sepenuhnya. Adakah rakyat Greece menerima bantuan seumpama ini daripada kerajaan mereka?

Secara amnya, kira-kira 31.7 juta rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan apa yang mereka perolehi. Kita masih kekal aman dan tenteram tanpa perlu berhadapan dengan masalah kewangan yang serius apabila seluruh dunia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Kita masih mampu berbelanja seperti biasa dan paling utama, kerajaan masih mampu melunaskan janji-janjinya kepada rakyat. Itupun masih tidak tahu bersyukur?

Dari: PRU14.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik