Friday, June 9, 2017

PAKATAN "HARAPAN" SIMBOL PERJUANGAN DAP DAN KRISTIAN.

Kegagalan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengubah nama Pakatan ‘Harapan’ kepada nama lain disebabkan nama itu merupakan roh perjuangan Kristian yang berselindung di sebalik DAP.

Pada 14 Mac lalu, Dr Mahathir membuat pengumuman rasmi bersedia menyertai Pakatan Harapan dengan syarat penukaran nama pakatan itu kepada nama lain.

Bagaimanapun cadangan Dr Mahathir itu segera dibantah oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melabelkan idea itu sebagai warisan Barisan Nasional.

Dr Mahathir terpaksa mengalah dengan penolakan DAP itu.

Kemudian muncul pula Muhyiddin menterjemahkan cadangan Dr Mahathir itu dengan mencadangkan Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat.

Sekali lagi cadangan Muhyiddin itu telah ditolak mentah-mentah.

Sekutu rapat DAP, PAN berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan hanya bersetuju untuk mendaftar nama Pakatan Harapan dan bukannya nama lain.

Kegagalan Dr Mahathir dan Muhyiddin mewakili PPBM mencerminkan kuatnya pengaruh DAP mendominasi Pakatan Harapan sebagaimana kedudukan ahli parlimen di Dewan Rakyat iaitu DAP (37), PKR (29), PAN (6) dan PPBM (1).

Dari: AIDC.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik