Sunday, June 18, 2017

QATAR : MANGSA ATAU PEMANGSA?


Sebelum korang nak tuduh negara Arab lain zalim pada Qatar, sebab Qatar sokong Hamas dan lain-lain lagi. Cuba korang baca sikit beberapa argumentasi yang telah aku ringkasnya secara mudah dibawah ini. Lepas tu korang fikir sendiri dimana kedudukan Qatar. 

1. Pengkalan U.S terbesar di teluk terletak di Qatar. (Rujuk : http://edition.cnn.com/2017/06/05/middleeast/qatar-us-largest-base-in-mideast/index.html)

2. Think Tank Polisi dan dasar luar U.S seperti Brooking Institute mempunyai pejabat di Doha, Qatar. (Rujuk : https://www.brookings.edu/center/brookings-doha-center/)

3. Pejabat Taliban berada di dalam Qatar atas permintaan kerajaan US. (Rujuk : http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-hosted-taliban-request-government-170611114833584.html)

4. Lepas tu ulama Ikhwan, Yusuf Al-Qaradawi diberikan perlindungan di Qatar. Malah dia sendiri mengaku bahawa Qatar terlibat dengan segala macam revolusi yang berlaku di dunia Arab. Sila lihat video dibawah.


Latar belakang Yusuf Al-Qaradawi rujuk : https://rlp.hds.harvard.edu/faq/yusuf-al-qaradawi-0)

5. Banyak laporan media (Terutama dari Russia Today) menyatakan bahawa Qatar terlibat secara langsung dengan fenomena Arab Spring terutama sekali di Libya dan Yaman (malah ada yang mendakwa sehingga ke Syria). Malah bekas Emir Qatar, Hamad bin Khalifa Al Thani sendiri akui bahawa dia bagi puak pemisah senjata. Rujuk video di bawah :




6. Dan tatkala dunia Arab dilanda fanomena Arab Spring (termasuk Arab Saudi, Bahrain dan Oman), hanya Qatar sahaja yang tak merasa 'hembusan' Arab Spring.

7. Wujud hubungan secara langsung (walaupun tidak rasmi) diantara pemerintah Qatar dengan Israel. Sila lihat video di bawah dan link ini  (untuk merujuk senarai ahli politik & kerajaan Israel yang dijemput datang ke Qatar : https://www.facebook.com/penaminang/videos/vb.100000542945924/1666320283396054/?type=2&theater 



8. Jadi jika fikir logik, dari semua pendedahan yang ada ni, termasuk dengan kewujudan 'pejabat taliban' atas permintaan U.S, tidakkah boleh kita katakan bahawa Qatar adalah HQ U.S era pentadbiran Obama dalam merancang dan menghuru-harakan negara-negara Arab dan Islam dengan menyemarakkan fenomena Arab Spring? Tak bolehkah kita katakan Qatar tempat US merancang operasi di timur tengah. Dengan bantuan Qatar menerusi stesen tv satelit Al-Jazeeranya, radionya, dananya (seperti yang dikatakan oleh Qaradawi), Qatar telah melaga-lagakan rakyat dengan pemerintah mereka yang pada akhirnya menyaksikan ribuan manusia tidak berdosa terbunuh. Bukankah ini juga salah satu bentuk keganasan?

9. Setakat hari ini tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar tidak menyebabkan sesiapun mati kebuluran di negara berkenaan.Tidak ada lagi banggunan yang hancur dibom. Namun tindakan Qatar mencampuri urusan dalaman di beberapa buah negara telah menyebabkan ribuan manusia tidak berdosa terbunuh. 

10. So sekarang ini, Qatar mangsa atau pemangsa?

Video berkaitan : 









Hamas ciptaan ISRAEL 

Baca selanjutnya disini : http://www.penaminang.com/2014/08/israel-yang-mencipta-hamas-ron-paul.html

Oleh : Jebat dan Anasz
(pena minang).

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik