Thursday, June 22, 2017

RCI DITUBUHKAN SIASAT KERUGIAN FOREX BNM.

Siasatan awal Pasukan Petugas Khas (PPK) mengenai kerugian pertukaran matawang asing (Forex) Bank Nagara Malaysia mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.

Lebih mengejutkan lagi siasatan PPK menunjukkan ada cubaan menyembunyikan fakta sebenar kejadian tersebut dengan mengelirukan Kabinet dan Parlimen.

Kejadian yang berlaku sekitar 80-an dan 90-an itu menyaksikan laporan rasmi Bank Negara rugi RM6 bilion bagaimanapun difahamkan jumlah sebenar kerugian adalah USD10 bilion.

Sehubungan dengan itu Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga matawang asing tersebut.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan PPK, yang diberi mandat untuk membentangkan hasil laporan mereka selepas tiga bulan.

"Dalam laporan itu, PPK mendapati wujud kes 'prima facie' bagi keruguian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan mencadangkan penubuhan RCI bagi melakukan siasatan terperinci lagi menyeluruh berdasarkan lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.

"Penubuhan RCI juga bertujuan menjaga kepentingan awam, yang mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga matawang asing membabitkan rizab negara dapat dipastikan.

"Ini kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar saripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.

"PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyiklan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Kabinet dan Parlimen," katanya.

Sehubungan itu, mengikut kenyataan akhbar yang sama, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor PPK bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan, sekali gus diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu.

Kerajaan juga berterima kasih kepada Pengerusi PPK, Tan Sri Sidek Hassan dan ahlinya serta Sekretariat PPK di Kementerian Kewangan, yang memberi komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian terbabit dengan telus, bebas lagi adil.-21/7/2017


Laporan siasatan kerugian BNM diserah kepada Kabinet

Laporan akhir oleh Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an diserahkan kepada Kabinet hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan.

Sidek bagaimanapun tidak mengulas lanjut ketika ditanya berhubung prosedur seterusnya selepas ini.

Pada 26 Mei lalu, Sidek mengesahkan pihaknya sudah memanggil semua individu yang perlu untuk memberi keterangan berhubung kerugian itu.

Antara yang dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan di Kementerian Kewangan di sini termasuk bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sidek sebelum ini yakin laporan akhir itu dapat dibentangkan kepada kerajaan bulan ini yang mengandungi syor untuk tindakan lanjut berhubung siasatannya, yang turut merangkumi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika perlu.

Dari: ADaily/21.6.2017.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik