Tuesday, June 6, 2017

TIADA SIAPA LAYAK JADI PM DIKALANGAN PEMBANGKANG.

Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menawarkan diri dia sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 jelas menunjukkan tiada siapa yang layak untuk memegang jawatan tersebut di kalangan pembangkang.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berdasarkan sikap yang dipamerkan Tun Mahathir, jelas menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dicalonkan sebagai PM namun ia tidak dizahirkan secara terang-terangan.

"Tun Dr. Mahathir tidak boleh menyembunyikan perasaan kerana dia orang yang tegas dengan pendirian dia sendiri. Lalu dia mengeluarkan pula statement dia hendak menjadi PM apa maknanya tu? In directly dia tak mahu menerima Anwar.

“Kemudian Anwar pula keluar kenyataan balas Tun Mahathir boleh jadi PM kalau di persetujui PH. Ini kerana dia tahu PH tak setuju Tun Mahathir jadi PM.

“Jadi ini semua dengan sendirinya menjadikan gabungan itu rapuh dan ini sangat berbahaya,” kata Ahli parlimen Ketereh itu ketika ditemui majlis berbuka puasa di kediamannya, Isnin.

Jelas Annuar lagi jika PH menghormati Tun Mahathir sebagai rakan pembangkang kenapa mereka mengangkat plakad ‘Anwar for PM’ dan disitu jelas tiada keihlasan menerima PPBM sebagai rakan pembangkang.

Sehubungan itu bagi Annuar jika kecelaruan ini berlaku dan berterusan di pihak pembangkang maka mereka tidak boleh menjadi pemerintah yang adil sebaliknya ia akan membahayakan negara dan masyarakat umum.

"Untuk jadi pembangkang ok tapi kalau untuk diberikan mandat besar memikul tanggungjawab memerintah negara, itu boleh membawa kepada porak peranda kepada negara apabila parti yang memerintah itu tidak stabil dari segi dasar-dasar mereka,” katanya lagi.

Dalam Kongres PKR yang berlangsung baru-baru ini semua  pemimpin utamapakatan pembangkang mengangkat plakad ‘Anwar PM Ke-7’, walau bagaimanapun Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berbuat demikian sebaliknya sibuk bermain telefon bimbit.

Daru: BNBBC.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik