Monday, July 31, 2017

CUKUP2LAH UMNO BERKORBAN.

“Mereka tidak akan menang di kawasan yang bukan Melayu. Ini hakikat, lihat sama ada di Bentong atau Segamat atau Teluk Intan, ini merupakan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Presiden-Presiden parti komponen BN. 

“Saya tahu mungkin kenyataan ini agak kontroversi tetapi saya bercakap realiti kerana kita mahu rakan-rakan dalam BN terus kuasa, terus turun ke bawah, terus berikan perkhidmatan kepada semua rakyat. Itu merupakan konsep perkongsian kuasa yang harus diterjemahkan oleh mereka.’’

Demikianlah ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika melontar cabaran kepada komponen BN khususnya MCA, MIC dan Gerakan untuk membuktikan kemampuan mereka mewakili kaum masing-masing dengan memenangi kawasan majoriti bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Sebenarnya, cabaran yang dilontarkan oleh Ahmad Zahid bukanlah perkara baru, malah sebelum PRU-13 lagi, ia sudah bergema termasuklah desakan supaya UMNO tidak lagi menyerahkan kerusi majoriti pengundi Melayu kepada mana-mana komponen BN.

Dalam keadaan cabaran BN untuk mempertahankan kuasa semakin getir, elemen simpati atau terlalu mahu berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa `perlu dilonggarkan’. Ini memandangkan komponen BN harus diberi pemahaman untuk berdikari dan bukannya bergantung segala-galanya kepada UMNO.

Keputusan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini iaitu PRU-12 dan PRU-13 telah menjadi bukti bahawa gelombang penolakan terhadap komponen BN melibatkan MCA, MIC dan Gerakan semakin meningkat, malah tidak mustahil akan berterusan dalam PRU akan datang. Apa yang menjadi persoalan, adakah UMNO perlu berkorban lagi hanya disebabkan mahu memenuhi tuntutan `perkongsian kuasa’ yang selama ini menjadi tunjang pemerintahan negara? Penulis tidak menafikan konsep tersebut penting memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, tetapi apa yang dituntut ialah kesungguhan dan keberanian komponen BN mencabar parti-parti Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR.

Kita perlu mengakui sehingga kini MCA atau Gerakan masih gagal untuk menghalang kemaraan DAP yang terus menguasai pengundi Cina, malah keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-13 juga membuktikan kaum Cina masih belum menyebelahi BN atau bahasa mudah masih menolak parti tersebut.

Soalnya, apa MCA dan Gerakan lakukan? Janganlah berhujah menuding jari menyalahkan pihak lain apabila mereka tewas seperti mana berlaku dalam PRU-12. MCA, Gerakan dan MIC perlu ada keberanian untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu. Berbanding Pakatan Harapan, sepatutnya komponen BN itu mempunyai banyak kelebihan memandangkan kerajaan BN telah melakukan pelbagai usaha bagi memajukan semua kaum di negara ini termasuklah kaum Cina.

Apa lagi yang kaum Cina tidak dapat? Apa lagi yang kaum India tidak nikmati? Semuanya sudah dilakukan oleh kerajaan bagi membela nasib mereka tetapi kenapakah apabila mengundi majoriti mereka khususnya kaum Cina menolak BN? Di manakah silapnya?

Berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO baru-baru ini, mereka berpendapat, ada dalam kalangan komponen BN tidak memiliki kesungguhan untuk menarik kembali pengundi-pengundi bukan Melayu.

Kata mereka, keadaan itu amat mendukacitakan kerana kemampuan BN untuk mempertahankan kuasa bukan bergantung kepada UMNO sahaja. Justeru itulah mereka berpendapat, komponen BN perlu sedar bahawa PRU-14 adalah perhitungan penting kepada parti tersebut.

Pada masa sama, selain mereka mengakui ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin komponen BN yang menang di kawasan majoriti Melayu berkhidmat dengan baik tetapi ada ketika mereka seolah-olah tidak tahu menjaga hati orang Melayu.

``Contohnya dalam isu pembentangan Rang Undang-undang 355, ia sama sekali tiada kaitan dengan orang bukan Islam, oleh itu kenapa ada pemimpin-pemimpin komponen BN yang celupar menentang RUU tersebut.

``Kalau pun mahu meraih sokongan daripada kaum sendiri, sedarlah diri kaum mana yang memberikan mereka kemenangan dalam pilihan raya. Janganlah kerana mahu mengikut rentak DAP, perasaan orang Melayu yang mengundi mereka dilukai,’’ kata seorang pemimpin Pemuda UMNO kepada penulis.

Simpati 

Bagi penulis, jika benarlah ada pemimpin-pemimpin komponen yakin dengan menentang RUU355 mereka boleh mendapat sokongan daripada kaum mereka, maka sahutlah cabaran Ahmad Zahid untuk bertanding di kawasan kaum majoriti masing-masing.

Tidak perlu meminta simpati UMNO atau menggunakan istilah perkongsian kuasa sebagai alasan untuk `menghalalkan’ tindakan mereka menyelamatkan diri dengan bertanding di kawasan majoriti orang Melayu.

PRU-14 adalah gelanggang yang amat penting kepada BN. Ketika ini Pakatan Harapan menjadikan UMNO sebagai sasaran kerana mereka memahami UMNO adalah benteng terakhir BN. Oleh itu UMNO perlu mengkaji semula adakah wajar sesetengah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh parti tersebut diserahkan kepada mana-mana komponen BN.

Tidak dapat dinafikan dalam kalangan komponen BN yang bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali, tetapi ada sesetengah kawasan perlu diambil semula oleh UMNO khususnya kawasan yang sepatutnya BN menang jika calon UMNO bertanding. Penulis tidak perlu menyatakan secara terperinci kawasan mana kerana komponen BN pasti mengetahuinya.

Atas sebab itulah, walaupun mungkin dalam kalangan komponen BN tidak senang dengan cabaran Ahmad Zahid tetapi realiti politik semasa menuntut UMNO tidak boleh lagi terlalu berkompromi atau bertolak ansur.

Kalau ada kawasan majoriti orang Melayu ditandingi oleh komponen BN tetapi wakil rakyatnya berkhidmat dengan baik, biar sahaja tetapi mana-mana kawasan seperti itu yang komponennya `tidak sedar diri’, maka lebih elok UMNO mengambilnya kembali.

Cukup-cukuplah UMNO berkorban. Ini memandangkan seperti mana kata Ahmad Zahid, ``Saya serius dalam perkara ini kerana kita harus keluar daripada kepompong pemikiran selama ini. Beberapa kawasan terpaksa kita korbankan apabila kerusi-kerusi yang diberikan kepada komponen kalah sedangkan kawasan ditandingi adalah majoriti pengundi Melayu.’’

Kepada parti-parti komponen BN khususnya MCA, Gerakan dan MIC, mereka tidak perlu lagi berpura-pura dengan membuat kenyataan kaum tertentu sudah kembali menyokong BN. Sebaliknya apa yang harus mereka lakukan ialah benar-benar berusaha menarik sokongan kepada parti tersebut.

Jika mahu dilihat dari segi jasa, kerajaan BN jauh lebih ke hadapan dalam soal itu sejak merdeka lagi berbanding pembangkang yang hanya menggunakan `modal air liur’ sahaja untuk menang dalam pilihan raya.

Oleh itu janganlah menuntut UMNO sahaja berkorban sedangkan mereka sendiri tidak melakukan pengorbanan yang kesudahannya dalam PRU-14 boleh mengakibatkan BN terkorban!

Lebih daripada itu kita tidak mahu wujud tafsiran pemimpin-pemimpin komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu kerana berpegang kepada `prinsip' bak kata seorang seorang pemimpin kanan UMNO;

"BN menang komponen menang, BN kalah komponen tetap menang.'' - Apakah maksudnya sama-samalah kita fikirkan.

By: Zulkiflee Bakar.

BADUT2 POLITIK HARAPAN.


Jumaat lalu, pimpinan Pakatan Harapan berbondong-bondong mendatangi pejabat Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya. Tujuan yang tersurat hanya satu iaitu menghantar permohonan pendaftaran gabungan itu.

Di situ ada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Ada Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad (PPBM) bersama Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR). Yang juga hadir ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (PAN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) selain Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM).

Barangkali inilah barisan badut-badut politik yang disebut oleh generasi Y dalam Forum Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah di Bangsar tiga hari sebelum pimpinan Pakatan Harapan ini berkampung di pejabat ROS.

Para strategis Pakatan Harapan nampaknya begitu terdesak, sehinggakan perlu mengheret Pengerusi dan Presiden serta gerombolan kepemimpinan tertinggi hanya untuk membuat urusan mendaftarkan parti.

Kalau diikut cukuplah sekadar menghantar Ketua Setiausaha gabungan itu, Datuk Saifuddin Abdullah (PKR) yang ada pengalaman dalam kerajaan semasa dalam UMNO dahulu, Bukan susah pun.

Hal-hal sebeginilah yang menghantui generasi Y mahupun generasi reformasi, yang sebelum ini tegar bersama pakatan pembangkang. Hal lebih mendasar yang menyebabkan mereka berpaling daripada memberikan harapan kepada pakatan baharu ini ialah kehadiran Dr. Mahathir.

Sejak sekian lama, pada setiap detik mereka telah diasuh untuk membenci pemimpin dilabel diktator ini. Bagaimana mungkin dapat mengubah minda yang sudah ditanam dengan kebencian sebegitu rupa. Bagaimana mungkin dapat menerima hakikat ‘bapa segala kejahatan’ itu kini perlu dijulang sebagai pemimpin mereka.

Kebanyakan kumpulan yang mengangkat pakatan pembangkang sebelum ini bukan politikus. Mereka idealis yang berpegang kepada kata-kata azimat dan janji pembaharuan oleh pemimpin pembangkang. Kini, semua itu ternyata hanyalah kepalsuan.

Wajarlah jika mereka menyuarakan rasa penat dengan politik air liur yang dipertontonkan pimpinan pakatan. Strategi menyasarkan serangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidaklah mudah. Najib rupa-rupanya bukan sasaran rapuh seperti yang mereka jangka.

Ketandusan 

Kekuatan pembangkang yang selalu dikaitkan dengan anak muda semakin luntur. Di sebalik cabaran ekonomi, pentadbiran Najib telah memberikan bukti yang nyata seperti diharapkan rakyat.

Sistem pengangkutan Aliran Transit Massa (MRT) dan bantuan BR1M sebagai contoh adalah realiti pentadbiran BN tidak seperti yang pembangkang gembar-gemburkan. Kebenaran itu akhirnya muncul satu persatu.

Kini, Pakatan Harapan tidak mampu lagi berundur atau membuat pusingan U mahupun menarik brek bahkan berundur atau membuat pusingan U. Dalam semangat yang masih membara bahawa ‘satu titik i Mahathir pun tidak boleh dipercayai’, Pakatan Harapan terpaksa digerakkan, apakan daya.

Apa jua cara mesti dilakukan. MRT yang menjadi kebanggaan negara mahupun BR1M yang banyak memberi manfaat terpaksa diserang habis-habisan. Tanpa sedar, ini semua telah menjadi boomerang, terkena batang hidung sendiri.

Dalam masa sama, tidak banyak ‘wow’ yang dilakukan oleh pembangkang sama ada di Selangor mahupun Pulau Pinang. Yang banyaknya hanya gimik, ceramah air liur yang tidak berpijak di bumi nyata.

Sama juga semasa mereka beramai-ramai mendatangi pejabat ROS. Gimik lapuk seperti itu bagi pemimpin Pakatan Harapan masih penting dan laku di pasaran. Sepatutnya dengan wajah yang baharu, Pakatan Harapan bergerak dengan macho dan seksi. Barangkali mereka sendiri sudah ketandusan gimik untuk mendabik dada betapa gagahnya Pakatan Harapan sekarang. Baru ada satu logo dan satu perlembagaan pun sudah bangga sehabis gila.

Dr. Mahathir dalam sidang medianya turut memuji ROS sebagai pihak yang bersahabat. Tidaklah seperti yang mereka gembar-gemburkan sebelumnya bahawa ROS akan menyusahkan bahkan bakal menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan. Tidaklah sebagaimana sikap DAP yang memusuhi ROS hanya kerana ketegasan jabatan tersebut membatalkan pemilihan pimpinan parti berlambang roket itu. Apa yang tidak dikata oleh DAP - ROS bersikap pelik dan ROS sabotaj DAP.

Begitulah apabila ada agensi kerajaan yang tidak menyebelahi mereka. Jika memihak, semua dikata baik dan mulus. Jika sebaliknya, dakwaan yang popular ialah menjadi alat kerajaan BN.

Apa lagi gimik yang mungkin dilakonkan oleh badut-badut harapan ini? Mereka kini berada dalam keadaan serba salah. Kehadiran Dr. Mahathir yang digunakan bagi mewujudkan gelombang ‘tsunami Melayu’ ditentang oleh aktivis parti pembangkang sendiri.

Begitupun Pakatan Harapan tiada jalan lain seperti kata pepatah, maju kena undur pun kena. Dr. Mahathir akan kekal dengan karakter seperti itu. Walaupun sebesar mana tentangan dari dalam, Pakatan Harapan terpaksa digerakkan dalam wadah yang sudah tercemar itu.

Mungkinkah badut-badut harapan ini akan berjaya mempengaruhi khalayak umum? Setakat ini jawapannya tidak.

Strategis Pakatan Harapan nampaknya begitu terdesak, sehinggakan perlu mengheret Pengerusi dan Presiden serta gerombolan kepemimpinan tertinggi hanya untuk membuat urusan mendaftarkan parti.

By: Zulkefli Hamzah.

UCAPAN POLITIK DAN UNDANG2.

SAYA percaya orang ramai mula melihat politik dan ahli politik sebagai kejahatan yang perlu. Di bawah pola pemikiran kolektif masyarakat, teknologi dan sosioekonomi semasa, politik merupakan satu-satunya mekanisme yang ada di mana seseorang dapat mempengaruhi dasar-dasar utama negara dengan berkesan. Idea asas itu dengan sendirinya tidaklah salah - untuk menjaga kepentingan terbaik negara.

Proses politik dalam masyarakat demokratik kita membolehkan ahli politik bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan sokongan pengundi. Mana-mana warganegara akan mengalu-alukan pertandingan ini jika ahli politik memaklumkan kepada pengundi apa yang telah mereka capai, apa yang mereka harapkan untuk capai dan bagaimana, dan apakah perkara-perkara sedia ada yang boleh diperbetulkan atau diperbaiki.

Saya percaya setiap warga Malaysia dahagakan ahli politik berkualiti yang boleh bertindak seperti seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) memberikan taklimat kepada lembaga pengarah syarikat dengan perancangan yang jelas, dan sasaran serta “model perniagaan” yang boleh dilaksanakan. Saya fikir rakyat sudah semakin bosan dengan persembahan komedi dan hiburan kononnya kempen politik yang halus terhadap pihak lain.

Apa yang lebih tidak menyenangkan dan tidak produktif untuk kesejahteraan negara ialah tindakan serta ucapan yang menggalakkan pembohongan bahaya, putar-belit, tuduhan dan innuendo palsu terhadap institusi-institusi penting serta pemimpin negara semata-mata untuk memperolehi kuasa politik.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, saya menyokong pemimpin politik diletakkan di bawah kanta mikroskopik bagi memastikan mereka ada sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti.

Atas sebab ini, walaupun saya mengendalikan kes-kes saman fitnah, saya secara peribadi berasa ahli politik sepatutnya cuba mengelak mengambil tindakan saman fitnah melainkan ia mencalarkan reputasi peribadi mereka. Sebagai ahli politik, anda seharusnya bersedia menerima komen yang berpatutan dan juga kritikan.

Lebih penting lagi, saya memerhatikan ramai orang mula beranggapan ahli politik sewenang-wenangnya melanggar undang-undang atas nama ucapan politik tetapi terlepas daripada tindakan undang-undang. Kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat merupakan elemen yang penting dalam sebuah sistem demokrasi yang vibran dan efisien.

Warga yang bermaklumat berada dalam kedudukan lebih baik untuk menilai ahli politik dari segi kualiti kepimpinan dan keupayaan. Kata kuncinya ialah “bermaklumat” dan bukan “maklumat palsu” atau “maklumat yang diputar”.

Seseorang pernah bertanya kepada saya sama ada kita boleh menyaman ahli politik yang mengeluarkan kenyataan bodoh atau lebih teruk lagi, tindakan sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan cerita rekaan?

Jawapannya, secara umum tidak boleh. Bagaimanapun, sekiranya tindakan menyiarkan atau menerbitkan cerita rekaan itu boleh mencetuskan ketidakharmonian di dalam negara, mendorong kacau-bilau, atau melanggarkan sebahagian undang-undang negara, maka individu tersebut boleh didakwa atas sesuatu kesalahan.

Pada pandangan saya, hak kebebasan bersuara bagi ucapan politik tidak boleh melebihi hak yang diberikan kepada rakyat biasa di bawah undang-undang negara kita.

Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan rakyat biasa tidak seharusnya diberikan gambaran bahawa ahli politik berada di luar jangkauan undang-undang.

Toleransi sifar 

Saya percaya apabila tingkah laku ahli politik tidak dihadkan oleh undang-undang, ia boleh membahayakan kestabilan negara. Tidak perlu ada kompromi dalam memastikan peraturan undang-undang dipatuhi. Orang awam mengharapkan kestabilan yang datang daripada pematuhan dan penguatkuasaan kedaulatan undang-undang.

Walaupun di satu pihak saya sangat menentang sebarang undang-undang yang menindas ke arah mengehadkan ucapan politik, namun saya tidak boleh menyokong sikap tidak menghiraukan kepentingan negara.

Sebagai contoh, ucapan yang sengaja dan berniat jahat meruntuhkan institusi utama negara semata-mata untuk meraih markah politik. Begitu juga, saya tidak dapat menyokong ucapan kebencian sama ada atas nama etnik atau agama.

Mesti wujud toleransi sifar terhadap ucapan politik yang melampaui kritikan munasabah, yang dengan jelas dan berniat jahat mahu meruntuhkan institusi-institusi utama di negara ini semata-mata atas nama politik.

Terdapat banyak sebab mengapa ia sepatutnya begitu. Pertamanya ialah fakta bahawa ahli politik malangnya telah menjadi pembentuk pendapat yang kuat, terutama dalam senario politik hari ini di mana pembesar politik berada di setiap pihak “bertarung” antara satu sama demi kuasa.

Pembesar politik lebih berani dalam ucapan mereka dan sering dilihat sebagai lebih berkredibiliti dalam apa yang diperkatakan oleh penonton yang kurang bijak menilai.

Keduanya ialah hakikat kredibiliti, integriti dan kepercayaan dalam institusi-institusi utama sangat kritikal untuk ia berfungsi dan diterima oleh rakyat. Institusi-institusi berkenaan perlulah telus dan bertanggungjawab kepada rakyat serta terbuka kepada kritikan yang membina.

Bagaimanapun, hukuman dan kutukan bagi mendapat markah politik sempit, adalah satu perkara lain. Penolakan terhadap institusi-institusi utama negara mungkin menggugat ketenteraman awam, kerajaan itu sendiri, malah mungkin memberikan impak negatif terhadap sosial dan ekonomi.

Oleh itu, institusi-institusi berkenaan perlu dilindungi oleh undang-undang. Secara idealnya, sudah tentu, ahli politik sendiri perlu berhati-hati dalam menentukan isi kandungan ucapan mereka dan cara penyampaiannya.

Bagaimanapun, nampaknya dalam senario politik hari ini di mana wujud persaingan sengit untuk kuasa politik, apa sahaja boleh. Namun, walau sesukar mana sekalipun, pihak berkuasa yang berkaitan mesti bertindak sekarang bagi mengubah semula “kegilaan politik” ini sebelum negara menderita.

Kesejahteraan negara tidak seharusnya dikorbankan di atas pentas politik.

By: .

Saturday, July 29, 2017

ONLY MALAY VOTES CAN BE BOUGHT.

Recently, the most compelling news is the incentives given to the Felda settlers, and the biggest handout is the RM5,000 cash incentive to each of the families in Felda.

Felda is the largest oil palm estate in the world which is rich in resources, if the money comes from the disposing of palm oil then I have no grouse, as the settlers have worked hard for the rewards.

Is it an act of buying votes? Of course it is. Which ruling party would not do that? The question is can the votes be bought?

I think if the settlers are all Chinese, definitely you can’t buy their votes, regardless what handouts you deliver, because:

1. Chinese hate the act of handing out candies before the election, they opined that that is an act of giving voters some bread crumbs.

2. Am I so easy to be bought over? (Applause)

3. After all, the money is too tempting, of course we must accept, but after taking the money, we shall cast our votes as we wish.

But now the settlers are Malays, the ethnic group which we know has a sense of gratitude.

Settlers were originally wandering farmers, owing to Tun Razak and Umno’s efforts, now they are living a good life. Because they are gratitude for the source of benefit, over the past 60 years they have fully supported Barisan Nasional.

And now, the opposition DAP has sent Tun Dr Mahathir Mohamad to fight for the settlers’ votes, which is an act of removing their heart of gratitude to vote against the son of Tun Razak. But we just don’t know what Tun Mahathir has done which had benefitted the  settlers in his 22 years in office?

Dari: Malaysia Today. 

DONT JUDGE A BOOK BY IT'S COVER.

FB-Ads-1-Week-29-thumbs

These days we find many of those in the younger generation rooting for the Opposition, claiming that Anwar Ibrahim is the only one who can “save” the country.

The first question here is from what do you actually want Anwar to “save” the country from?

Only if there is some form of oppression or injustice or if people are being tortured and dying of hunger would it warrant a need for someone to “save” the nation.

Here, in Malaysia, less than 0.6 per cent of its people live below the poverty rate, dropping from 1.7 per cent in 2012, while the average household income has been rising steadily even after adjusting for inflation.

For example, in 2014, the average household income rose to RM6,141 per month from RM5,000 in 2012.

Compared to some countries, such as the United States, we enjoy an almost free medical care and most people have at least three meals a day.

So, what is it that we need “saving” from?

For those who have forgotten what a personality Anwar was when he served as the Deputy Prime Minister from 1993 – 1998, let me refresh your memory.

He certainly was not the man he portrays to be today and neither was his wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the approachable “Kak Wan” you see today.

But then again, ask yourself, will a leopard ever be able to shed its spots?

Back then when he was the Education Minister between 1986 and 1991, wasn’t he the one who disallowed any vernacular schools to be built on government land reserved for schools?

And wasn’t it Anwar who had insisted on appointing non-Mandarin speaking headmasters and senior assistants in Chinese schools despite vehement protest from the MCA and educationalist?

The late Gerakan President, Tun Dr Lim Keng Yaik back in 2008, clearly stated that Anwar was anti-Chinese.
“I had a hard time while Anwar was youth and sports minister, education minister, finance minister and deputy prime minister.
“I can say that if you trust him, he will eat you alive. Do you think he will change after years of imprisonment,” Dr Lim was quoted saying.

As for the Indians, do you really think Anwar is interested in your welfare?

“He is only interested in getting the Indian votes but not actually interested in solving Indian issues,” Hindraf leader P. Uthayakumar said.

He pointed out that Anwar failed to respond to Hindraf on various counts.

Back then when Anwar was the deputy prime minister, I recall the horror journalists assigned to cover him would have to go through just to get a few words from him.

The local media were treated as scum, while he was ever willing to give interviews to the foreign media.

I recall a time when a journalist was literally pulled off the stage during a press conference with Anwar as he had moved too close to the then DPM.

Anwar’s bodyguards at that time were ruthless and never reluctant to use any kind of force to prevent local journalists from getting too close to him.

He certainly was not the approachable, welcoming person he portrays to be now.

And as for his wife, Dr Wan Azizah, well she was an “untouchable” at that time.

She would not even look at you, let alone talk to you. Journalists could not even get within a mile of her.

It is only now that she has become known as “Kak Wan” and is ever smiling and easily approachable.

As a journalist who began his career in the early nineties, trust me, Anwar will bear his fangs again just as he did when he was in power and your favourite “Kak Wan” will also be back to who she was.

Enemies often unite when they face a common foe and this is exactly what is happening now.

Malaysians are quick to forget and many have forgotten the kind of hammering Tun M dished out against Anwar before they joined forces.

Be wary of these illusionists, just like chameleons change colours, so can they … do not be deceived.

Dari: Malaysia Impact.

MUSLIM MUST FOLLOW ISLAMIC LAWS.

Tan Sri Harussani Zakaria was outraged that the Court of Appeal had yesterday rejected a fatwa, and ruled that a child conceived out of wedlock may bear the father’s name.

The Perak mufti also cautioned Muslims, saying that Islamic laws still apply and must be obeyed by adherents although they have been rejected by “worldly” laws.

“Islamic laws remain Islamic laws, it is obligatory for all Muslims to obey, although worldly laws have rejected them,” Harussani was quoted saying by Islamist portal Ismaweb.

“What has the court decided? Why is it opposed to the Constitution? It has already been decided by a fatwa, why didn’t the court follow the fatwa ruling?”

Harussani insisted that Islamic laws must be followed, especially when it involves Muslims, because the faith is the religion of the federation.

In 2003, the National Fatwa Committee declared that a child conceived out of wedlock (“Anak Tak Sah Taraf”) cannot carry the name (“tidak boleh dinasabkan”) of the person who claims to be the father of the child, if the child was born less than six months of the marriage.

Yesterday, Justice Datuk Abdul Rahman Sebli reportedly asserted that the National Registration Department (NRD) director-general is a civil officer and that he is bound under civil law, meaning the NRD should have referred to Section 13A (2) of the Births and Deaths Registration Act for any decisions relating to a child’s surname.

The ruling could effectively allow all Muslim children born out of wedlock to finally bear their father’s name.

In making the court ruling, Justice Abdul Rahman said the NRD director-general is not obligated to apply, let alone to be bound by a fatwa issued by a religious body such as the National Fatwa Committee

In response, pro-Shariah Bill group Ummah was reported by Ismaweb in a separate article as downplaying the decision, saying that the relevant section only applies to surnames and not patronyms.

“The section refers to surname, if available, for families that practise the use of family names. Meanwhile, the practice among Muslims in Malaysia of using ‘bin’ or ‘binti’ with the name of the father may not fall under the Section 13A(2),” said Aminuddin Yahaya, its chief and the deputy president of Islamist group Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

The NRD and government have since filed for a leave application to appeal the decision, a move that was welcomed by Aminuddin.

“Considering the legal issue involving lineage has an effect that goes over the administration of Shariah laws at state level, Ummah urges Islamic councils at all states to help untangle the issue by applying to be interveners in the appeal.

“Arguments and input from authoritative religious parties will help the court to give a more holistic decision, for justice’s sake,” he said.

Dari: Malaysia Today.

TUN SALLEH ABAS: THE SYMBOL OF TUN DR MAHATHIR’S TYRANNICAL RULE.

The sacking of Tun Salleh Abas from his position as the Lord President in 1988 left a lasting impact on me, and the book he wrote on it, “May Day for Justice”, which is a real magnum opus, has also been a great influence on me.

And I can still vividly remember of a very youthful me passionately reading “May Day for Justice”, while taking care of my late father who was hospitalised at HUSM Kubang Kerian, when I first got hold of it.

Imagine when, on 17 April 2008, I, who was roped in to help the then Minister of Law with his judicial reform, was in a same place as Tun Salleh, besides Tan Sri Azmi Kamaruddin and Datuk George Seah.

In his speech at the event, The Malaysian Bar Council Dinner, held at JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur, Tun Abdullah Ahmad Badawi, the then Prime Minister, announced his commitment for judicial reform.

To begin a new chapter for the Malaysian judiciary, Tun Abdullah announced, the Government had decided to make goodwill ex gratia payments to Tun Salleh and his five friends, those sacked and suspended judges.

Following that, I personally met Tun Salleh at the Petaling Jaya Hilton Hotel on 7 May 2008 to discuss about the payment in which he told me that he would have problem accepting it if certain conditions were not to be fulfilled.

Tun Salleh insisted on getting an apology from Tun Dr Mahathir Mohamad but, because it was not possible, a Commission of Inquiry needed to be established to ascertain the legality of his and his friends’ sacking and suspension.

Tun Salleh also revealed to me that he had an evidence which he had never tendered if the government needed new evidence before the case could be re-opened, but that he would deliberate on it for fear of hurting people’s feeling.

True to his promise that he would talk to his lawyer first before making any final decision on the payment, a hard-hitting letter from Tun Salleh’s lawyer, Tommy Thomas, soon reached the then Minister of Law’s office.

The then Minister of Law was very furious with the content of the letter, and instructed all his aides to no longer talk about the payment with anyone, telling us how embarrassed he was that he had to beg Tun Abdullah for it.

However, without the then Minister of Law’s knowledge, I still talked to Tun Salleh about the payment, persuading him to just accept it as it was, which he eventually agreed, resulting on the payment being made on 20 June 2008.

(Tun Salleh was given RM5 million; Datuk George and Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh were given RM2 million; Tan Sri Azmi, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh and Tan Sri Eusoffe Abdoolcader were given RM500,000).

Until today I, and many others, can still feel the pain, the suffering, the humiliation, the degradation and the loss of income that Tun Salleh had to endure in his life as a result of this sacking, done while he was at the peak of his career.

Tun Salleh’s sacking will always be entrenched in my mind as one of the clearest symbols of the tyrannical rule of Tun Dr Mahathir. I am glad that I got to know Tun Salleh and did manage to contribute to him in my own little way.

By: Dr Kamarul Zaman Yusoff.


ISU SEBENAR PILIHANRAYA UMUM : DAP (CINA) LAWAN UMNO (MELAYU).

Mereka sepatut membiarkannya bersendirian daripada cuba menyembunyikan penguasaan  Cina dalam Pakatan Harapan, dan sebaliknya membuktikan ia adalah Pakatan Ali Baba, kerana apa yang lebih buruk bagi orang Melayu benci daripada penguasaan Cina adalah menjadi Ali Baba. Orang-orang Melayu yang menjadi Ali Baba kepada kaum Cina dianggap sebagai kaum pariah dalam masyarakat Melayu. Jadi sekarang, rakan-rakan Melayu dalam DAP, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat sebagai pariah umpama Ali Baba kepada DAP.

Lim Kit Siang berkata pilihan raya umum akan datang adalah mengenai demokrasi melawan kleptokrasi. Jika itu benar maka dia dan Pakatan Harapan akan mengelak untuk tidak menyentuh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerana Mahathir yang telah mengubah kleptokrasi menjadi satu bentuk seni dan yang membunuh demokrasi dengan berkata demokrasi tidak boleh berfungsi di Malaysia dan hanya boleh  ‘demokrasi terpimpin’.

Pilihan raya umum akan datang adalah mengenai DAP melawan Umno. Ini adalah mengenai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP melawan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno. Ini adalah mengenai kuasa politik Cina melawan kuasa politik Melayu.

Pengkritik kerajaan mengatakan Umno dengan bersendiri tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan. Mereka mengatakan bahawa paling terbaik pun Umno hanya boleh menang antara 90 hingga 100 kerusi parlimen dan mereka memerlukan tidak kurang daripada 112 kerusi untuk mengekalkan Putrajaya. Oleh itu, Umno memerlukan rakan-rakannya di Barisan Nasional untuk kerusi tambahan tersebut.

Pakatan Ali Baba yang mana Melayu lebih benci daripada Pakatan Cina

Itu benar dan Umno tidak berpura-pura tentangnya. Itulah sebabnya mengapa Parti Perikatan (Parti Perikatan Umno, MCA dan MIC) dibentuk untuk menghadapi pilihan raya 1955 dan kemudian Barisan Nasional pada tahun 1973 untuk menghadapi pilihan raya umum 1974. Umno tahu dengan bersendirian ia tidak boleh membentuk kerajaan persekutuan dan ia memerlukan rakan kongsi berdasarkan formula perkongsian kuasa untuk kekal berkuasa.

Begitu juga dengan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan perlu menjadi imej cerminan Barisan Nasional tetapi dengan satu perbezaan. Dan satu perbezaan ialah: sementara Umno adalah rakan kongsi utama dalam Barisan Nasional, DAP adalah rakan kongsi utama dalam Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, DAP tidak boleh membenarkan perkara itu dimainkan. Menjadikan Umno sebagai rakan utama dalam Barisan Nasional adalah okay kerana Umno adalah Melayu dan Melayu adalah majoriti. Tetapi DAP adalah orang Cina jadi dengan menjadikan Pakatan Harapan dikuasai Cina dengan kaum Cina adalah minoriti dan paling terbaik pun hanya boleh memberikan 55 kerusi kepada Pakatan Harapan berbanding 100 kerusi Melayu yang dapat diperoleh Umno.

Yang mana anda fikir adalah Ali di kalangan Baba?

Dan itulah sebabnya mereka cuba menyembunyikan dominasi Cina dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan baru-baru ini dengan mewujudkan gambaran bahawa kepimpinan Pakatan Harapan adalah orang Melayu. Tetapi itu hanya menjadikannya lebih teruk. Sebaliknya ia memberikan gambaran bahawa Pakatan Harapan adalah Pakatan Ali Baba. Jadi penyelesaiannya menjadi lebih buruk daripada masalah.

BACA: Pakatan Ali Baba Is Hurting Kit Siang Bad

Mereka sepatut membiarkannya bersendirian daripada cuba menyembunyikan penguasaan  Cina dalam Pakatan Harapan, dan sebaliknya membuktikan ia adalah Pakatan Ali Baba, kerana apa yang lebih buruk bagi orang Melayu benci daripada penguasaan Cina adalah menjadi Ali Baba. Orang-orang Melayu yang menjadi Ali Baba kepada kaum Cina dianggap sebagai kaum pariah dalam masyarakat Melayu. Jadi sekarang, rakan-rakan Melayu dalam DAP, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat sebagai pariah umpama Ali Baba kepada DAP.

Sudah tentu, Mahathir cuba menyembunyikan fakta ini dengan mengatakan bahawa gabungan PKR, PAN dan PPBM mempunyai lebih banyak kerusi berbanding DAP sahaja. Jadi DAP tidak mengawal Pakatan Harapan. Itulah hujah yang bodoh kerana ia adalah parti dengan jumlah paling banyak kerusi yang membuat keputusan dan bukan parti yang mempunyai satu tempat duduk sahaja – seperti PPBM.

Mahathir juga menggelarkan dirinya ‘Top Dog’ di Pakatan Harapan. ‘Top Dog’ atau ‘Running Dog’ tidak penting. Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah adalah ‘Top Dog’ di Selangor pada tahun 1941. Tetapi pada 1945, selepas Jepun kalah perang dan British kembali ke Tanah Melayu, mereka memecat Sultan Musa dan mengasingkannya di sebuah pulau di Lautan Hindi untuk 15 Tahun dan tidak ada yang dapat dilakukan oleh Sultan.

Jadi, sebagai Top Dog, seperti Mahathir atau seperti Sultan Musa, adalah satu perkara tetapi kuasa dan keputusan terletak pada tangan orang lain. Sultan Musa adalah hamba Inggeris sebagai Mahathir sebagai hamba DAP. Dan anda hanya Top Dog jika tuan anda membenarkannya. Dan tuan Mahathir adalah Lim Kit Siang.

Mesej mudah DAP kepada orang Cina: GUNA MELAYU UNTUK SKREW MELAYU DAN GUNAKAN MAHATHIR UNTUK TUMBANGKAN NAJIB

Dan sekarang inilah orang Melayu tahu. Dahulunya mereka berkata hanya orang Melayu luar bandar yang menyokong Umno manakala orang-orang Melayu bandar menyokong pembangkang. Ya, itu benar pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Itulah apabila ia kelihatan seperti Anwar Ibrahim memimpin pembangkang. Tetapi sekarang ia adalah Kit Siang dan Mahathir yang mengetuai pembangkang. Dan orang-orang Melayu tidak dapat menerima kedua-dua Kit Siang dan Mahathir. Dan kedua-dua Kit Siang dan Mahathir bersama-sama di atas bot yang sama bahkan lebih menjijikkan kepada kebanyakan orang Melayu.

Mereka mengatakan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Umno sedang bermain isu bangsa untuk memenangi orang Melayu. Adakah mereka mengatakan bahawa DAP dan Mahathir tidak bermain dalam isu bangsa? Pada tahun 2013, Mahathir berkata Najib perlu digulingkan kerana telah ‘menjualnya’ kepada orang Cina. Jurucakap DAP seperti Superman Hew Kuan Yau berkata DAP menggunakan orang Melayu untuk skrew orang Melayu manakala Kit Siang menggunakan Mahathir untuk menumbangkan Najib.

Mesej Umno begitu mudah. Pengundi Melayu perlu diberitahu bahawa UMNO memimpin Barisan Nasional yang merupakan gabungan pelbagai kaum manakala Pakatan Harapan adalah gabungan yang didominasi oleh kaum Cina. Pengundi Melayu perlu diberitahu bahawa walaupun PAS adalah musuh politik Umno, Umno tidak menentang undang-undang Syariah dan menghormati hak demokrasi Abdul Hadi Awang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Pindaan Syariah, atau RUU355, di Parlimen. Walau bagaimanapun, DAP adalah anti-Islam dan menentang RUU355. Dan walaupun PAS adalah rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan RUU355.

PAS dan Barisan Nasional sedang menyiapkan kubur untuk Pakatan Harapan

Tumpuan Umno perlu sangat mudah. DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam. Pakatan Harapan adalah Pakatan Ali Baba dengan ‘Top Dog’ di Pakatan Harapan dikawal oleh orang Cina. Inilah mesej yang paling mudah yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Dan bahkan orang Melayu di bandar mulai melihat ini dan akan mengundi ‘Melayu’ dalam pilihan raya umum akan datang.

Adakah ini cara yang adil untuk bermain permainan ini? Siapa yang peduli tentang bagaimana anda bermain permainan ini? Ia bukan bagaimana cara anda bermain permainan ini. Apa yang penting ialah menang. Dan jika ini adalah cara untuk mengalahkan Pakatan Pakatan yang diketuai oleh DAP maka teruskan. Mainkan permainan itu dan tewaskan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Cina.

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Chinese-DAP Versus Malay-Umno: The Real Election Issue. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak bicara.news mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak bicara.news berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Dari: B1SK.

Friday, July 28, 2017

JANGAN SAMPAI TERGADAI NEGARA.

DALAM tempoh lima minggu lagi kita akan menyam­but ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara. Merenung perjalanan enam dekad lalu, kita tidak memperoleh kemajuan dengan laluan mudah. Banyak ujian, dugaan dan cabaran terpaksa dilalui. Apa pun kita perlu bersyukur dengan tahap kemajuan dan pembangunan yang dicapai. Kita perlu bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang.

Malaysia bukan sebuah negara yang gagal. Banyak kejayaan dan pencapaian membuktikan perkara itu. Pun begitu parti-parti pembangkang terus menabur fitnah dan dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Mereka akan terus berbuat demikian. Itu pasti.

Apa yang penting rakyat perlu terus meletakkan keyakinan ke atas parti yang telah memimpin negara selama ini, iaitu Barisan Nasional (BN). Rakyat jangan sama sekali tersilap langkah dalam membuat perhitungan, pertimbangan dan perkiraan untuk menukar kerajaan yang selama ini telah banyak menabur bakti.

Sebagaimana dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua minggu lalu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di Sembrong, Johor, rakyat jangan menggadai masa depan mereka dengan memilih parti yang tidak stabil untuk mengemudi negara.

Najib meminta rakyat memilih parti yang kukuh untuk mentadbir negara yang mana telah membuktikan pencapaiannya menerusi kejayaan yang dikecapi negara selama ini. Beliau menegaskan: “Janganlah kita gadai masa depan kita. Janganlah pilih orang yang bercelaru, tidak tahu siapa tauke sebenarnya.”

Mesej yang beliau lontarkan jelas. Rekod BN yang di­terajui oleh UMNO sepanjang enam dekad lalu membuktikan parti kerajaan telah melakukan segala yang diperlukan rakyat. Sudah pasti rekod itu akan diteruskan jika rakyat mengembalikan mandat yang kukuh dan lebih besar pada kali ini.

Dalam ucapannya, Pengerusi BN itu telah berkongsi laporan terkini bahawa parti itu telah membawa negara mengecapi keamanan dan keselamatan sehingga menduduki kedudukan ke-29 daripada 163 negara paling aman berdasarkan statistik Institut Ekonomi dan Keamanan bulan lalu. Malah, Amerika Syarikat sekadar berada di kedudukan ke-114 dalam senarai negara paling aman di dunia.

Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian menakjubkan negara adalah kerajaan mempunyai misi, visi dan perancangan bagi membawa rakyat dan negara mencapai status negara maju pada masa hadapan termasuk menambah baik sistem pengangkutan awam selari dengan pencapaian negara. Ini termasuk tren berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura melalui Johor serta MRT di Lembah Klang.

“BN ada kemampuan untuk melaksanakan, BN bukan cakap omong kosong. Tidak! Kita cakap dan kita boleh buat, bukan macam pembangkang, dia boleh janji macam-macam tetapi habuk pun tidak dapat. Kita boleh buat dan Insya-Allah, kita boleh buat banyak lagi,” kata Perdana Menteri.

Dua hari selepas itu, beliau menyempurnakan pelancaran perkhidmatan MRT, sekali gus melengkapkan laluan Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer. Ini antara beberapa projek mega yang mesra rakyat, lagi bertaraf dunia untuk memenuhi kepentingan ramai. Ia turut tersenarai dalam rekod pencapaian kerajaan BN.

Lima tahun lalu banyak pihak mengkritik apabila Najib mengumumkan MRT sebagai salah satu daripada sejumlah inisiatif program transformasi kerajaan (GTP). Hari ini ia menjadi kenyataan dalam tempoh yang ditetapkan dan dalam lingkungan kos yang disasarkan. BN mampu ­melakukan yang terbaik demi rakyat.

Pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Putrajaya Ahad lalu, Najib mengumumkan enam insentif untuk ­peneroka dan warga Felda. Ini termasuklah pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan. Beliau mengumumkan bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak.

Anak kepada pengasas Felda, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ini membuktikan masa depan rakyat masih tetap bersama BN. Atas niat yang mulia dan semangat permuafakatan, Najib juga mengumumkan akan memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada Felda dan peneroka yang menya­man Felda, untuk kembali bermuafakat bersama Felda. Beliau membawa bersama mereka yang pernah menjauhi Felda atas sebab-sebab tertentu.

Kerajaan Pusat meneruskan kepentingan rakyat sepanjang ini meskipun pihak-pihak tertentu termasuk tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mencemarkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Janganlah, bak kata peribahasa “marahkan nyamuk jangan sampai bakar kelambu”.

Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang kini sedang bersidang di seluruh Malaysia telah meluluskan ­resolusi dan usul untuk menggesa kerajaan bertindak tegas dalam isu DoJ dengan mengambil tindakan ke atas mereka. Para perwakilan telah menyampaikan mesej yang tegas kepada kerajaan.

Kita kini berada di laluan untuk terus kekal dengan keputusan sekarang iaitu meneruskan sokongan kepada kerajaan BN yang mempunyai visi yang jelas untuk rakyat dan negara ini.

Jika segala apa yang dirasai dan dinikmati rakyat pada hari ini adalah sumbangan BN selama ini, tiada sebab untuk rakyat menggadai kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini. Rumusannya, sudah ada terlalu banyak bukti kejayaan dan kita tidak boleh menggadai pendirian dalam membentuk kerajaan kerana ia membabitkan kepentingan semua pihak di negara ini.

By: DS DR. IRMOHIZAM IBRAHIM.

Thursday, July 27, 2017

SIKAP DAN PENDEKATAN PENENTU KEJAYAAN UMNO.

Persidangan perwakilan bahagian UMNO yang bermula semalam amat penting kepada parti tersebut. Ia dianggap mesyuarat terakhir sebelum parti keramat orang Melayu itu turun ke gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

'Pertempuran' kali ini dikatakan jauh lebih mencabar memandangkan UMNO akan turut ditentang parti serpihannya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia ditubuhkan oleh seorang pemimpin yang pernah diberi nikmat oleh UMNO menjadi Presiden parti itu dan Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kini tokoh berkenaan memimpin PPBM mewujudkan kerjasama dengan 'musuh-musuh politiknya’ sebelum ini iaitu PKR dan DAP. Mereka bergabung dalam Pakatan Harapan yang turut disertai PAN – parti serpihan Pas.

Antara PPBM dan PAN tiada bezanya. Kedua-duanya ditubuhkan selepas usaha menyingkirkan pucuk pimpinan parti asal mereka tidak berjaya. Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan PPBM kerana gagal menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Mohamad Sabu mewujudkan PAN selepas tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas.

Pada masa ini kerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP masih kabur. Walaupun nampak mereka bersatu tetapi hakikatnya mereka berpecah belah kerana masing-masing mempunyai agenda politik sendiri.

Bagaimanapun ia bukanlah khabar gembira untuk UMNO dan BN. Atas sebab itulah pemimpin dan ahli UMNO yang mengadakan mesyuarat bahagian perlu mendengar nasihat Najib supaya mempersiapkan jentera pilihan raya dan merancang strategi bagi menghadapi PRU-14.

Hakikatnya, dari segi rekod, UMNO jauh lebih baik daripada semua parti pembangkang yang ada di negara ini. Malah jasa dan rekod UMNO dalam membangunkan negara serta mensejahterakan rakyat tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Tetapi kenapakah dari semasa ke semasa, masih ada kebimbangan sejauh manakah keupayaan UMNO untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Berdasarkan pemerhatian, penulis yakin UMNO masih mendapat tempat di hati rakyat khususnya orang Melayu. Mereka percaya UMNO masih boleh disandarkan harapan untuk terus menerajui negara dan memperjuangkan nasib bangsa.

Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO khususnya di peringkat bahagian serta wakil rakyat parti itu tidak kira di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu memperbaiki kelemahan. Ia bukannya berkaitan dengan soal jentera pilihan raya semata-mata tetapi lebih penting sikap dan pendekatan bagi memenangi hati rakyat.

Sama ada mahu diakui atau tidak, salah satu sikap buruk yang ada kepada sesetengah pemimpin di peringkat bahagian ialah tidak mahu melepaskan jawatan atau memberi laluan kepada calon lebih berpotensi untuk mewakili parti dalam pilihan raya.

Ada ketua bahagian yang kalau boleh mahu memegang jawatan tersebut sampai mati dan paling buruk perangai, bila tidak dipilih sebagai calon, mulalah mahu melakukan 'kerja-kerja kotor’ untuk memastikan calon dipilih oleh pucuk pimpinan parti kalah.

Pemimpin seumpama ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh dianggap pengkhianat kerana sanggup mengorbankan parti demi kepentingan peribadi.

Begitu juga dengan sesetengah ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO. Ada antara mereka sudah sampai masanya untuk bersara dan memberi laluan kepada calon lebih muda untuk bertanding. Penulis tidak menafikan ada antara mereka banyak berjasa kepada parti dan kerajaan, tetapi senario politik sudah berubah.

By: Zulkiflee Bakar.

Wednesday, July 26, 2017

HIKMAH TERSEMBUNYI DALAM IBADAH HAJI

TAHUKAH anda dalam kita mengerjakan ibadah haji banyak perkara yang tersirat dalam apa yang tersurat. Umpamanya, hikmah di sebalik rukun haji dikaitkan dengan soal putaran planet. Apa kaitannya planet dengan tawaf? Ayuh, kita lihat satu persatu dalam konteks dan pengertian berbeza kaitan hikmah dalam hal ihram, tawaf, saie, melontar jamrah dan wukuf.

Kita mulakan dengan ihram. Benar, ia adalah pakaian serba putih tanpa jahitan. Dalam buku The Power of Colour, warna putih itu melambangkan sebuah falsafah kesucian, kebersihan, clean, clear, bright. Maknanya dalam kaitan bahasa atau istilah agama, kesucian itu dikaitkan dengan keikhlasan adalah perbuatan ‘beri banyak dan anda dapat lebih banyak’.

Pemahaman yang lain adalah, sifat kita iaitu jangan diharap balasan apabila memberi sesuatu kerana Allah SWT akan memberikan balasan yang lebih daripada apa yang kita berikan ketika kita tidak pernah meminta sebarang balasan daripada perbuatan tersebut. Paling tidak, ihram  berwarna putih itu, melambangkan kesederhanaan.

Bagaimana? Mari kita lihat pula soal tawaf. Jemaah haji akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Simbol kepada kejadian alam, sebagaimana bumi berputar pada paksinya, planet-planet yang berputar pada bintang ataupun elektron yang berputar pada jisim atom.

Saie pula adalah satu refleksi gambaran sebuah pengorbanan dan perjuangan. Cuba bayangkan bagaimana seorang ibu (Siti Hajar) dengan bayi yang masih kecil harus berjuang dengan kepayahan antara Safa dan Marwah. Bukan sekali, tetapi diulangi perjalanan itu sebanyak tujuh kali bagi mencari penyelesaian.

Kalau kita selaku jemaah haji khususnya merenung peristiwa itu, pasti ada kenyataan yang menyatakan bagaimana mungkin peristiwa ibu dan anak itu berlaku sedemikian. Logik akal akan menyatakan, dua kali pusingan sudah memadai dan kenapa perlu tujuh kali berulang alik.

Maka itu kita harus faham bahawa itulah yang disebut sebagai semangat perjuangan dan kemahuan untuk berkorban yang ditunjukkan oleh Siti Hajar. Jika hikmah ini diambil sebagai pesanan moral kepada jemaah haji Malaysia, maka kita akan merasa malu dengan Siti Hajar apabila bersifat suka mengeluh dalam melakukan ibadat terutama pada musim haji ini. Yang pasti tiada kehidupan tanpa perjuangan.
Melontar jamrah, pada hakikatnya adalah melontar batu yang simbolnya adalah syaitan. Maknanya, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya ada satu pertarungan abadi iaitu antara diri kita dengan syaitan. 

Kita sedar, syaitan adalah musuh dalam kehidupan dan persoalannya adakah kita mampu melontar syaitan itu apabila kembali ke tanah air kelak? Syaitan yang penulis maksudkan adalah hal batiniah yang mungkin berkaitan harta, pangkat dan lain-lain yang boleh memalingkan pandangan kita daripada mengingati Allah SWT.

Soal wukuf pula, ia menjadi simbol keadaan di padang mahsyar, di mana manusia akan dihisab dan dihitung amalan masing-masing. Jadi dalam satu pembentukan jiwa manusia, wukuf ini adalah transaksi sebuah kehidupan, yang mana sebelum wukuf, rata-rata manusia berada dalam keadaan melakukan pelbagai perbuatan buruk kepada perbuatan yang lebih baik. Maka inilah yang disebut sebagai haji mabrur.

Dari: UM.

Friday, July 21, 2017

SIAPA YANG HADI AWANG MAKSUDKAN "KHADAM" MUSUH ISLAM?

PAS kesal dengan sikap sebilangan umat Islam negara ini kerana bersedia menjadi khadam kepada sesiapa sahaja termasuk musuh agama mereka yang sentiasa cuba menipu dan memporak-perandakan demi mencapai cita-cita mereka memerintah Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam terbabit sanggup menawarkan apa sahaja khidmat sebagai khadam kepada musuh Islam yang memonopoli undi satu kaum itu termasuk menjadi penyapu, tukang pukul, tukang maki hamun dan tukang cuci kotoran.

Beliauturut melahirkan rasa kesal diatas sikap `marahkan nyamuk kelambu dibakar’ sebilangan umat Islam Malaysia kerana sanggup merobohkan akidah dan jati diri dalam keadaan kaumnya masih ketinggalan ekoran terpengaruh dengan dakyah salah laku yang menyakitkan hati.

Lebih malang, kata beliau, umat Islam terbabit sanggup menempah kemusnahan lebih besar dan mudarat yang lebih parah dengan tidak sabar terhadap mudarat lebih ringan yang boleh diselesaikan selepas menangani mudarat lebih besar terlebih dahulu.

“Apa yang patut menjadi kewajipan sebenarnya ialah melakukan perubahan ke arah islah bersama Islam yang memimpin dan Islam yang dilaksanakan walau sesiapa pun yang ada dikerusi Putrajaya.

“Kalau tidak bersedia berubah maka kerusi itu wajib diambil alih bagi menunaikan kewajipannya, bukan mengambil peluang sahaja dengan meletakkan Islam dan umatnya di belakang.

“Inilah pendekatan yang dinyatakan dalam semua perutusan Rasulullah S.A.W. kepada raja-raja dan pemimpin di zamannya: “Terimalah Islam nescaya kamu selamat”,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi dalam pada itu membidas sebilangan pihak dalam negara yang memperjuangkan hak sama rata dan mahu menghapuskan konsep Islam didahulukan di Malaysia atas alasan keadilan.

Kata beliau, mereka terlupa Islam yang berjaya membentuk kerajaan dan tamadun berasaskan iman dan ilmu di rantau ini bermula dengan Kerajaan Islam di Melaka, bukan tamadun batu yang dibina menjadi berhala atau tamadun membina kota yang memaksa rakyat.

Tegas beliau, hakikatnya umat Islam adalah warga teras kepada negara ini yang perlu dihormati, malah umat Islam selama ini menerima masyarakat majmuk tanpa paksaan beragama dan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan, bukan setakat memberikan kerakyatan.

Justeru, katanya, rakyat wajib menolak mana-mana parti dan sesiapa sahaja yang mahu merungkai Perlembagaan Negara laksana tikus membaiki labu, bukannya penambahbaikan ke arah memperkasakan Islam dan syariatnya.

“Rakyat juga wajib menolak mana-mana parti atau sesiapa sahaja yang sanggup menjadi khadam kepada pihak yang mahu meruntuhkan asas Perlembagaan Negara atau menjadi khadam kepada penjajah atau menjemput penjajah datang semula.

“Oleh itu, tiada kompromi terhadap mereka yang menghalang perjalanan Islam atau mereka yang bersekongkol dengan penghalang itu dan tiada kompromi juga dengan mereka yang sekadar mengkhadamkan Islam atau memainkan sentimen perkauman dengan niat mahu meminggirkan umat Islam tanpa menghormati dan mengenang budinya,” katanya.

Dari: B1SK.

PARTI MELAYU DIBAWA "MENARI".

MUKADIMAH
BAIK Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng, mereka dikatakan gemar menuding jari dan menyibuk hal-hal orang lain daripada melihat cermin perbetulkan diri sendiri.

Bercakap berdegar-degar kononnya ‘tahu segala benda’. Padahal sehingga hari ini pun DAP masih belum mampu selesaikan isu pemilihan partinya yang tidak sah pada Disember 2012. Atau pemilihan semula yang juga tidak sah pada September 2013.

Paparan 10 siri oleh wartawan Utusan Malaysia, ZUL KIFLI JALIL menyorot tindak tanduk percaturan DAP melalui Kit Siang dan Guan Eng dalam kemelut politik lepas dan semasa negara.

KEMARAHAN orang Me­layu terhadap DAP lebih banyak berkisar tentang ‘hal yang tidak sepatutnya dicampuri, digo­dak juga’ oleh parti itu.

Terbaharu apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juak-juaknya menentang hebat pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada 6 April lalu.

Tindak tanduk Kit Siang itu barangkali menjulangnya sebagai ‘hero’ dalam kalangan penyokong tegarnya tetapi tidak sekali-kali kepada orang Melayu.

Hakikatnya, RUU 355 tidak ada kaitan pun dengan bukan Islam. Peliknya mengapa DAP sibuk menolaknya?

Tokoh undang-undang tersohor, Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam tulisannya bertajuk, Islam Dalam Perlembagaan menegaskan: “Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Almarhum yang pernah menyandang jawatan ketua pengajian undang-undang di beberapa universiti dan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di negara ini mencatatkan: “Pada masa sekarang bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah sangat terbatas.”

Mengikut perlembagaan, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Berdasarkan Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.”

Bidang kuasa itu telah ditambah pada 1984 dengan melakukan pindaan kepada akta tersebut, yang membolehkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu.

Bagaimanapun, bidang kuasa itu masih rendah daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret kelas satu yang boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara atau hukuman penjara lima tahun dengan denda RM10,000 atau 12 sebatan atau gabungannya.

Apa yang ditakut-takutkan oleh Kit Siang terhadap RUU 355 ini kononnya membuka pintu ke arah pelaksanaan hukum hudud sebenarnya tidak berasas. Hukum hudud adalah di luar daripada RUU 355, namun terus dijadikan senjata untuk menentang Islam secara terbuka.

Cuma yang orang Melayu cukup sedih bukanlah kerana bantahan Kit Siang dan penyokong tegarnya terhadap RUU 355, sebaliknya apabila parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan ikut sama ‘menari’ mengikut rentak pemimpin DAP itu.

Ketika Kit Siang ‘mengacu-acu’ hujahnya menentang RUU 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu, dengan menuding hari telunjuk ke arah Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, amat jelik menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAN, Khalid Samad yang duduk di belakang veteran DAP itu hanya tersenyum lebar.

Mengapa seorang wakil rakyat beragama Islam dan pernah berada dalam Pas terikut-ikut jejak Kit Siang menentang?

Mana perginya juga taring Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin PAN yang lain dalam menyokong undang-undang yang tujuannya amat murni itu?

Tindak-tanduk Kit Siang dan beberapa orang kanannya sanggup mencuri masa mengumpan ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah pembentangan RUU 355 itu barangkali boleh diterima kerana memang itulah sejak azalinya.

Tetapi bab pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM ikut jejak Kit Siang inilah yang kita umat Islam kesalkan. Macam tunggul kayu apabila menghadapi puak penentang undang-undang Islam.

Tentangan terhadap RUU 355 disifatkan oleh Abdul Hadi sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya menimbulkan was-was di hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi status Facebook April lalu.

Yang hairannya, mereka yang menentang RUU 355 berkenaan bukanlah orang baharu yang baru kenal dengan hasrat dan matlamat pelaksanaannya. Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Mohamad Sabu bukankah anda semua dulu ahli Pas?

Tetapi selepas bermain-main di belakang tabir DAP, ketua-ketua Melayu ini menikus tanpa memperjuangkan RUU 355.

DAP dikepalai Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng bukanlah popular dalam kalangan orang Melayu.

Alasan yang diberikan Kit Siang sewaktu pembentangan RUU 355 berkenaan cuma kenapa RUU 355 diberikan keutamaan sedangkan rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tetapi mujurlah iman tetap membungkus Pandikar Amin sebelum membenarkan Abdul Hadi membacakan usulnya.

Ungkapan hikmah Pandikar Amin sebelum menangguhkan sidang dewan agak menusuk hati sanubari umat Islam: “If you are in power, you are powerful, If you don’t use your power, you are bloody fool. Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi bloody fool, dengan ini saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (RUU 355) ini diadakan pada sesi akan datang.”

Dari: UM.

PARTI MELAYU DIBAWA "MENARI".

MUKADIMAH
BAIK Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng, mereka dikatakan gemar menuding jari dan menyibuk hal-hal orang lain daripada melihat cermin perbetulkan diri sendiri.

Bercakap berdegar-degar kononnya ‘tahu segala benda’. Padahal sehingga hari ini pun DAP masih belum mampu selesaikan isu pemilihan partinya yang tidak sah pada Disember 2012. Atau pemilihan semula yang juga tidak sah pada September 2013.

Paparan 10 siri oleh wartawan Utusan Malaysia, ZUL KIFLI JALIL menyorot tindak tanduk percaturan DAP melalui Kit Siang dan Guan Eng dalam kemelut politik lepas dan semasa negara.

KEMARAHAN orang Me­layu terhadap DAP lebih banyak berkisar tentang ‘hal yang tidak sepatutnya dicampuri, digo­dak juga’ oleh parti itu.

Terbaharu apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan juak-juaknya menentang hebat pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada 6 April lalu.

Tindak tanduk Kit Siang itu barangkali menjulangnya sebagai ‘hero’ dalam kalangan penyokong tegarnya tetapi tidak sekali-kali kepada orang Melayu.

Hakikatnya, RUU 355 tidak ada kaitan pun dengan bukan Islam. Peliknya mengapa DAP sibuk menolaknya?

Tokoh undang-undang tersohor, Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam tulisannya bertajuk, Islam Dalam Perlembagaan menegaskan: “Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Almarhum yang pernah menyandang jawatan ketua pengajian undang-undang di beberapa universiti dan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di negara ini mencatatkan: “Pada masa sekarang bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah sangat terbatas.”

Mengikut perlembagaan, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Berdasarkan Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.”

Bidang kuasa itu telah ditambah pada 1984 dengan melakukan pindaan kepada akta tersebut, yang membolehkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu.

Bagaimanapun, bidang kuasa itu masih rendah daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret kelas satu yang boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara atau hukuman penjara lima tahun dengan denda RM10,000 atau 12 sebatan atau gabungannya.

Apa yang ditakut-takutkan oleh Kit Siang terhadap RUU 355 ini kononnya membuka pintu ke arah pelaksanaan hukum hudud sebenarnya tidak berasas. Hukum hudud adalah di luar daripada RUU 355, namun terus dijadikan senjata untuk menentang Islam secara terbuka.

Cuma yang orang Melayu cukup sedih bukanlah kerana bantahan Kit Siang dan penyokong tegarnya terhadap RUU 355, sebaliknya apabila parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan ikut sama ‘menari’ mengikut rentak pemimpin DAP itu.

Ketika Kit Siang ‘mengacu-acu’ hujahnya menentang RUU 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu, dengan menuding hari telunjuk ke arah Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, amat jelik menyaksikan Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAN, Khalid Samad yang duduk di belakang veteran DAP itu hanya tersenyum lebar.

Mengapa seorang wakil rakyat beragama Islam dan pernah berada dalam Pas terikut-ikut jejak Kit Siang menentang?

Mana perginya juga taring Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin PAN yang lain dalam menyokong undang-undang yang tujuannya amat murni itu?

Tindak-tanduk Kit Siang dan beberapa orang kanannya sanggup mencuri masa mengumpan ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah pembentangan RUU 355 itu barangkali boleh diterima kerana memang itulah sejak azalinya.

Tetapi bab pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM ikut jejak Kit Siang inilah yang kita umat Islam kesalkan. Macam tunggul kayu apabila menghadapi puak penentang undang-undang Islam.

Tentangan terhadap RUU 355 disifatkan oleh Abdul Hadi sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya menimbulkan was-was di hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi status Facebook April lalu.

Yang hairannya, mereka yang menentang RUU 355 berkenaan bukanlah orang baharu yang baru kenal dengan hasrat dan matlamat pelaksanaannya. Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Mohamad Sabu bukankah anda semua dulu ahli Pas?

Tetapi selepas bermain-main di belakang tabir DAP, ketua-ketua Melayu ini menikus tanpa memperjuangkan RUU 355.

DAP dikepalai Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng bukanlah popular dalam kalangan orang Melayu.

Alasan yang diberikan Kit Siang sewaktu pembentangan RUU 355 berkenaan cuma kenapa RUU 355 diberikan keutamaan sedangkan rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tetapi mujurlah iman tetap membungkus Pandikar Amin sebelum membenarkan Abdul Hadi membacakan usulnya.

Ungkapan hikmah Pandikar Amin sebelum menangguhkan sidang dewan agak menusuk hati sanubari umat Islam: “If you are in power, you are powerful, If you don’t use your power, you are bloody fool. Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi bloody fool, dengan ini saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (RUU 355) ini diadakan pada sesi akan datang.”

Dari: UM.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik