Friday, August 11, 2017

BADUT DAP DALAM SETIAP PARTI PEMBANGKANG.

Tidak dapat dinafikan bahawa DAP adalah ketua bagi pakatan pembangkang. Baik ketika mereka menggelarkan diri mereka Pakatan Rakyat sehinggalah kepada nama baru yang masih belum diluluskan oleh RoS - Pakatan Harapan.

Pakatan pembangkang tidak mampu lagi untuk menutup tembelangnya bahawa mereka dipimpin oleh DAP walaupun baru-baru ini pembangkang telah dengan kononnya rasmi mempamirkan struktur kepimpinan mereka yang menampakkan Mahathir, Anwar dan Wan Azizah, muka Melayu sebagai pemimpin utama mereka.

Ketiadaan Lim Kit Siang di barisan kepimpinan utama tidak menggambarkan bahawa Pakatan baru pembangkan ini dikuasai oleh Melayu parti Mahathir dan parti milik Anwar. 

Anda boleh lihat sendiri walaupun barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan telah dengan kononnya rasmi dipamirkan kepada rakyat Malaysia namun Lim Kit Siang tetap mengeluarkan kenyataan tentang kedudukan siapa Perdana Menteri kalau mereka berkuasa - terbaharu Lim Kit Siang dengan tegas mengatakan bahawa Wan Azizah tidak semestinya menjawat jawatan tersebut. Malah nama Anwar juga sudah mula dihilangkan oleh Lim Kit Siang.

Nama Lim Kit Siang tidak ada di dalam struktur ini, ada DAP kesah?
Menurut sumber bilik gerakan pakatan, cara DAP kuasai gabungan pembangkang adalah dengan meletakkan proksinya atau badutnya di dalam setiap satu parti pembangkang yang bersama Pakatan Harapan secara rasmi dan juga di dalam setiap parti yang berhaluan pembangkang yang berada di luar circle gabungan rasmi pakatan pembangkang.

Sumber turut menjelaskan bukannya sukar untuk melihat siapa proksi yang dilantik oleh DAP - mereka ini akan mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menghormati kepimpinan tertinggi parti mereka sendiri. Kalau Mat Sabu, tidak perlu dipertikaikan lagi. Penubuhan PAN itu sendiri jelas menunjukkan bahawa ianya bukan lagi ada proksi DAP di dalam PAN tetapi PAN secara keseluruhannya adalah proksi DAP.

Alasan penubuhan PAN kononnya mereka kecewa dengan PAS yang sudah tidak Islamik hanya penipuan untuk mengelirukan pengikut sahaja. Jelasnya DAP mengambil peluang memujuk pasukan dan individu yang kalah ketika pemilihan pucuk pimpinan PAS supaya menubuhkan parti baru dan melawan PAS. Banyak sangatkah duit Mat Sabu untuk menubuhkan parti PAN hanya dengan gaji sekitar RM15 ribu sebulan yang dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang? (maafkan Aakj kalau angka dan cerita Mat Sabu makan gaji dengan Syarikat Air Pulau Pinang tidak betul).

Tersenyum Lim Guan Eng memperbodohkan PKR
Di dalam PKR - mudah kita meneka siapa proksi DAP. Bayangkan beliau ahli PKR tetapi bekerja dengan kerajaan DAP P.Pinang. Jawatan besar sebagai Setiausaha Agung PKR tidak diambil bekerja oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetapi sebaliknya makan gaji besar dengan kerajaan DAP Pulau Pinang. Kategori apa yang kita nak labelkan Azmin Ali dan Wan Azizah ini? Bodoh atau Bebal?

Bolehkah kita terima kononnya perlantikan makan gaji ini mendapat kelulusan PKR Pusat untuk mengukuhkan ikatan DAP-PKR di Pulau Pinang? Selama ini tidak kukuhkah? Kalau nak lagi kukuh, lantik sahaja Wan Azizah sebagai penasihat ekonomi P.Pinang. 

Bagaimana pula proksi di dalam parti yang tersangat baru - parti Mahathir? Anda sendiri mungkin boleh mengagak apabila individu yang hingusnya masih melekat di lengan, zero pengetahuan dalam politik negara malah hanya bersandarkan mungkin pembacaan di laman sosial sahaja, bercakap semberono sahaja tentang big bossnya. Mungkin dia calon sesuai sebagai proksi DAP di dalam parti tersebut.

Malulah big boss dengan kenyataan sebegini seolah Mahathir bersalah selama menjadi Perdana Menteri
Bagaimana dengan parti PAS. Anda tidak sukar untuk menekanya bukan?

Kesimpulannya, DAP tidak sedikit pun gerun dengan keputusan yang mereka buat dengan tidak meletakkan nama Kit Siang sebaris dengan Mahathir dan Anwar kerana DAP menguasai kesemua parti milik mereka itu. Itu yang rakyat Malaysia boleh melihat dengan jelas. Badut tersembunyi?

Mungkin ketika PRU akan datang, DAP akan meletakkan calon Melayunya di setiap negeri untuk membolehkan mereka menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri DAP - kita tunggu dan lihat.

Jangan gadai tanah ini!
Dari: IAKJ.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik