Tuesday, August 1, 2017

FITNAH DAN DENDAM MAHATHIR.


Image result for mahathir menangis
Ketika Ia Sedang Menangis, Ramai Melayu Sedang KETAWA

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Pepatah pernah berbunyi: 

Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... 
Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; 

لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا 


“Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), 

“Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”


POLITIK MAHATHIR DARI KACAMATA MSO.


Biarlah dalam melihat kehandalan Mahathir berpolitik dan mengalahkan banyak lawannya, saya gelarkan dia sebagai seekor Ox tua saja.  Ox yang tidak pernah terkalahkan oleh mana-mana matador setakat ini.

Sepanjang sejarah Mahathir turun ke gelanggang dia tidak merasai kekalahan sehingga ia benar-benar kalah. Dia adalah seekor ox yang berbiaa sekali, dan perasaannya itulah yang dirasai kini menjadikan dia ego, agah, hebat dan tidak pernah merasa takut dan tahu hormati kepada orang lain. Orang lain dipandangnya sebagai sampah, hina dina. Di sini ada sifat-sifat atau fiil kecil Yahudi atas diri Mahathir bila dia tidak mengikhtiraf orang lain.

Dalam sejarah politiknya seorang demi seorang matador ditewaskan. Semua matador baik yang menyerangnya atau diserang kerana perasaan cemburu semua tewas kepadanya. Meskipun ada matador yang berjaya menghunjamkan lembing ke perutnya, namun dia masih boleh survive dan melawan balik hingga matador tertumus.

Tokoh-tokoh yang suatu masa dulu gemilang dan mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin negara seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghazali Shafei, Ghaffar Baba atau Anwar Ibrahim 'dibunuh' satu persatu ada yang jatuh dengan kaki keempat-empat ke langit. Kalau mereka ini adalah matador yang cuba berdepan dengan Ox, semuanya kalah dan tewas. - 
(Mohd Sayuti Omar[wm.kl.10:04 pm 19/01/13]) 

Kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohammad Penyelamat Bangsa Melayu dan Maruah Negara.

Image result for malay delima
DENDAM 
SENERIO SEORANG PAHLAWAN

Sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta Bangsa Pendatang (Cina dan India) diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Padahal mereka TIDAK ADA HAK UNTUK BERSETUJU ATAU TIDAK dengan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU ini. Sebaliknya PEMIMPIN Melayu yang BERSETUJU dengan "PAKSAAN BRITISH" ini. Orang Melayu sampai sekarang tidak BERSETUJU dengan "SETUJU PAKSA" ini.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” 

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu. 
 
Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). 
 
Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi. Sebenarnya, dasar-dasar yang dibuat oleh Tun Abdul Razak ini diambil dari hasil penulisan buku dari Dr. Mahathir Mohammad ketika itu dalam penulisannya bertajuk 'Malay Dilema'


Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

British tidak pernah BERLAKU ADIL kepada Orang Melayu, tambahan pula Tanah jajahannya. British juga mula resah dengan Cina dan India yang mereka bawa masuk ke Tanah Melayu ini. Kemasukan Cina dan India yang dijadikan PEKERJA(kuli) di Lombong dan Estate sudah terlalu banyak. Jika semua Cina dan India ini dibawa balik ke England, ianya akan menjadi masaalah sosial kepada Negara British. Untuk menghantar pulang ke Negara asal ianya akan menimbulkan POLIMIK politik antara British Cina/India.

Satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menyususn masyarakat di Tanah Melayu. Semua India di letakkan di estate British, Melayu terus kekal di Kampung dan mereka hampior tidak di pedulikan oleh British dan sebaliknya British mula mengenakan perbagai cukai kepada Orang Melayu. Sehingga sireh juga satu ketika di kenakan cukai. 

Sementara Cina kekal di Lombong. Tabiat Cina yang FENATIK dengan ETNIK dan Kongsi Gelap hampir sudah tidak terkawal. Cina peringkat PERTAMA yang dibawa masuk ke Tanah Melayu adalah Banduan-banduan dari Penjara China. Sementara Cina pweringkat KEDUA adalah PELARIAN EKONOMI. Cina-cina ini adalah dari perbagai bidang dan kemahiran. Mereka ini pada mulanya tinggal dikawasan lombong dan bila mereka nampak ada peluang, mereka meninggalkan kawasan perlombongan  dan mula berjinak-jinak dengan membeli Bijih curi atau membuka lombong sendiri dengan skala kecil. Mereka ini juga akhirnya menjalin perhubungan dengan British dan menjual hasil perniagaan bijih haram ini kepada British.

British nampak fonomina ini dapat melepaskan tanggungjawab mereka dan mereka berhubung terus dengan Cina-cina ini untuk membeli Bijih di pasaran gelap. Dari situ maka banyaklah melahirkan Peniaga-peniaga kaya dari Kalangan Pendatang ini...... 

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. 
Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap Anti-Penjajahnya.
SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU MEMBUNUH KE EGOAN BRITISH DI TANAH MELAYU 

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. 

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan. 

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti Tanah Jajahannya.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan,  juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
STRATEGI SERANGAN SUBUH DI LONDON
Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh N. M. Rothschild & Sons Ltd untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB. 

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.





Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981


Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.



Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. 


Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan. 

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia. 

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid. - 

Krisis Kehakiman '88: Mahathir MENJUNJUNG Titah Agong
 
29 Jul 2017, 9:05 malam
Setakat maklumat yang ada pada Tan Sri Abu Talib Othman, krisis kehakiman yang menggemparkan seluruh negara pada 1988 dulu tidak lain adalah berpunca daripada hakim-hakim sendiri. 

Berkongsi ceritanya, bekas peguam negara itu berkata, satu pertemuan di kalangan hakim mahkamah agung dan mahkamah tinggi memutuskan ketua mereka ketika itu, Tun Salleh Abbas, wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana mengadu ada "serangan" oleh badan eksekutif ke atas badan perundangan negara. 

Pertemuan itu diadakan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan beberapa pindaan perlembagaan di parlimen untuk melucutkan "kuasa perundangan persekutuan" daripada mahkamah dan dengan itu badan berkenaan hanya mempunyai kuasa berdasarkan apa yang diizinkan parlimen. 

Dalam surat - yang ditulis sendiri oleh Salleh - kepada Agong, ketua hakim negara itu menyatakan keluhan hakim-hakim terbabit terhadap tindakan badan eksekutif ke atas badan kehakiman negara. 

"Aduan itu nampaknya menyebabkan rasa kurang senang Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) Sultan Iskandar Sultan Ismail. 

"Baginda kemudian merujuk memorandum daripada Salleh kepada perdana menteri dengan titah tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan," kata Abu Talib kepada Malaysiakini dalam satu temu bual. 

Sultan Iskandar yang dimaksudkan Abu Talib menjadi Agong ketika itu ialah Sultan Johor. 

Pada 26 Julai lalu Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bertanggungjawab atas krisis kehakiman yang berlaku 29 tahun lalu. 

"Itu bukan saya, aduan datang daripada (Yang di-Pertuan) Agong, tetapi peguam negara ketika itu tidak mahu menyebut Agong, sebaliknya dia menggunakan nama saya dan memberi alasan penubuhan tribunal yang tidak saya diketahui," katanya. 

Tak Ada Pilihan 

Untuk rekod, Abu Talib adalah peguam negara ketika krisis berkenaan berlaku dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri. 

Krisis berkenaan menyaksikan sebuah tribunal ditubuhkan dan Salleh akhirnya dipecat atas alasan beliau terbabit dalam salah laku. 

Ramai berpendapat insiden itu menjadi titik tolak hilangnya kebebasan badan kehakiman di negara ini. 

Abu Talib berkata tribunal itu ditubuhkan mengikut Fasal 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Malaysia yang jelas menyatakan, seseorang hakim tidak boleh disingkirkan atas apa saja sebab tanpa kecuali melalui tribunal.


Tribunal itu, kata Abu Talib, hanya boleh ditubuhkan melalui cadangan dibuat perdana menteri kepada Agong. 

"Itulah satu-satunya peranan Dr Mahathir dalam penyingkiran Salleh (gambar). Beliau (Dr Mahathir) tak ada pilihan. 

"Apa yang boleh dibuat oleh perdana menteri selain mentaati titah Agong," katanya. 

Abu Talib juga memberitahu beliau tidak ada pilihan selain mengikut arahan yang diberikan. 

"Seperti yang saya sebut, aduan terhadap hakim-hakim itu bukan dimulakan atau dibuat oleh Dr Mahathir. Krisis itu - seperti yang saya katakan - berpunca daripada hakim-hakim sendiri," katanya. 

Ditugaskan untuk menyediakan dokumen dan mengendalikan siasatan, kata Abu Talib, malangnya Salleh tidak muncul. 

"Keadaan mungkin menjadi sebaliknya jika beliau hadir. Salleh boleh memberi penjelasan tetapi beliau memilih untuk tidak hadir. Jadi, salah siapa?" katanya. 

Bukan Bela Mahathir 

Menurut Abu Talib, semua langkah yang diambil ketika itu dibuat mengikut perlembagaan. 

Tribunal kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat lima hakim mahkamah agung yang memberikan perintah interlokutori kepada Salleh untuk tribunal pertama juga dibuat selaras dengan perlembagaan. 

Ekoran itu lima hakim terbabit digantung tugas dan kemudian dua daripada mereka dipecat. 

Ditanya sama ada nama Agong diabaikan atau sebaliknya semasa pendengaran itu, Abu Talib mengesahkan bahawa ia memang disebut. 

"Ia telah disebutkan. Hakikatnya penyerahan memorandum itu kepada Agong disebutkan (semasa tribunal). 

"Saya rasa satu salinan surat kepada Agong - yang ditandatangani oleh Salleh - telah dibentangkan semasa pendengaran tribunal," katanya. 

Ditanya mengapa Dr Mahathir tetap dipersalahkan walaupun tidak ada kaitan dengan krisis itu, Abu Talib berkata, kemungkinan ia adalah kerana politik. 

"Saya di sini bukan untuk membela Dr Mahathir (tetapi) keputusan menyingkirkan Salleh dibuat atas cadangan tribunal kepada Agong," katanya. 

Untuk rekod, penjelasan seumpama itu oleh Dr Mahathir bukanlah kali pertama. 

Pada 13 Jun 2015 bekas perdana menteri itu menjelaskan beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan berkenaan kerana Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK! 

Hadits : Perbuatan Tergantung Niat
 

AMAL PERBUATAN TERGANTUNG NIAT

عن أمير المؤمنين أبي حقص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ” إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه ” رواه إماما المحدثين أبو عبدالله محمد ابن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري،  وأبو الحسين مسلم بن الحجاح بن مسلم القشيري في صحيحيهما اللذيب هما أصح الكتب المصنفة

Dari Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Khoththtoob Rodhiyaallahu ‘anhu ia telah berkata:

Saya pernah mendengar Rosuulullah Shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Sesungguhnya amal perbuatan tergantung kepada niyatnya, dan bagi seseorang tergantung apa yang ia niyatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rosulnya [mencari keridhoannya] maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rosulnya [keridhoannya]. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau untuk menikahi wanita maka hijrahnya itu tertuju kepada yang dihijrahkan.” 

HR Imamnya Ahli Hadits Abu Abdillah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Mughiroh bin Bardizbah Al-Bukhori dan Abu Husein Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi dalam kedua kitab shohihnya yang merupakan kitab tershohih dari kitab kitab hadits yang ditulis.

Teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan takapa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

"Adakah menjadi satu kesalahan dan DOSA kepada MIRZAN untuk menukar sebuah syarikat ARAK kepada syarikat BUKAN arak?” 

Itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang mahupun dari penyokong Najib mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.
Image result for mirzan jual arak
MIRZAN - Mengubah Perniagaan Arak Kepada Petrolium

Acapkali kita terdengar isu berhubung sebuah syarikat yang mengeluarkan arak dan kaitannya dengan anak mantan Perdana Menteri Malaysia Ke- 4, Mirzan Mahathir. 

Sungguhpun begitu, apakah ada diantara kita yang cuba memahami dan menyelidik maklumat yang diterima itu sebelum diterima bulat- bulat? 

Bagi yang berhajat memahami, admin kongsikan info berhubung isu tersebut;

1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi. 

2. Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagaiPresiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .  

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.  

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.  

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/)Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation. 

Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi. 
Image result for boikot petron
Penghinaan - Mereka yang tak pernah rasa BERSALAH

6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010. 

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya. 

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini. 

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali. 
10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah” 
Dari. AMUKANMelayu.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik