Sunday, August 13, 2017

JAWATAN PERDANA MENTERI: MUKHRIZ BAKAL SERTAI DAP?

Timbul pertanyaan siapakah sebenarnya yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram Pembangkang menang pilihanraya umum akan datang? Isu ini masih belum selesai kerana Lim Kit Siang sendiri tidak berani menjelaskan siapakah sebenarnya pilihan DAP.

Lim Kit Siang hanya berpura-pura apabila menyatakan sokongannya kepada Anwar namun beliau sendiri sudah maklum bahawa Anwar tidak mungkin akan keluar dan bertanding pada PRU ke 14 kelak. Kenyataan Lim Kit Siang hanya sekadar untuk mengekalkan sokongan PKR terhadap kepimpinan DAP dalam pakatan pembangkang.

Lim Kit Siang sedar, sekiranya inginkan Anwar memegang jawatan Perdana Menteri maka bermakna kena melantik 'Perdana Menteri Sementara' dan calon tersebut adalah Wan Azizah dan bukannya calon lain kerana Anwar hanya percayakan ahli keluarganya sahaja. Azmin Ali sudah jelas menunjukkan tanda-tanda tidak setia kepada Anwar.

Lim Kit Siang juga sedar sekiranya Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Sementara maka masa untuk peralihan dari Wan Azizah kepada Anwar mungkin akan memakan masa yang lama. Untuk melepaskan Anwar dari kesalahan meliwat pekerjanya sendiri buka suatu yang boleh dibuat di dalam masa 24 jam setelah pembangkang menang.

Kesan melepaskan penjenayah kategori yang berat atau penjenayah kejam bakal mengubah landskap perundangan negara dan Malaysia bakal dikecam serta ditertawakan oleh dunia luar - bagaimana penjenayah kejam yang meliwat pekerjanya sendiri boleh dilepaskan dari penjara dengan mudah hanya kerana isterinya menjadi perdana menteri?

Malah untuk proses mendapatkan pengampunan Diraja juga bukan perkara yang boleh dianggap mudah. Maruah negara sebagai sebuah negara Raja Berpelembagaan perludan wajar diambil kira dan perlu sensitif dengan nama serta maruah istana. Adakah pihak DYMM Yang Dipertuan Agong dengan mudah untuk mengampunkan penjenayah yang meliwat pekerjanya sendiri? Bagaimana pula pengampunan kepada banduan kejam lain yang melakukan jenayah yang sama?
Jenayah yang dilakukan Anwar bukan jenayah curi coklat di pasar raya
Apakah tanggapan rakyat Malaysia apabila tiba-tiba Anwar diampunkan kerana kononnya beliau tidak bersalah dan segalanya adalah konspirasi politik untuk hancurkan Anwar. Berapa ramai individu yang terpaksa merengkok di dalam penjara termasuk para hakim dan individu yang terkait dengan kes Anwar meliwat kejam pekerjanya sendiri. Adakah DYMM Yang dipertuan Agong akan ampuni kesemua sekali demi permintaan pembangkang untuk mengsucikan Anwar?

Kesemua yang di atas itu - Lim Kit Siang sedar dan sedang panik bagaimana untuk selesaikan kerusi yang sudah nampak menjadi perebutan antara pembangkang sendiri. Rafizi, panglima perang Anwar pun hanya menikus di dalam isu ini.

Lim Kit Siang boleh jangkakan sekiranya Wan Azizah memegang jawatan Perdana Menteri Sementara maka haru birulah jadinya negara dan rakyat mungkin akan bangkit membuat demostrasi besar-besaran menggulingkan kerajaan pimpinan DAP kerana Wan Azizah bukanlah individu yang layak untuk memimpin negara. Bukti sudah ada di depan mata - Wan Azizah gagal di Permatang Pauh dan gagal mutlak di Kajang. Kedua tempat yang mana Wan Azizah sebagai wakil rakyat - pengundi mereka menderita kerana Wan Azizah hanya Wakil Rakyat Sementara sahaja. Kalau Wakil Rakyat sementara pun Wan Azizah gagal total bagaimana Wan Azizah mampu menjadi Perdana Menteri Sementara.

Wan Azizah bercakap di Parlimen pun dia tidak mampu dan tidak faham perkara apa yang beliau ucapkan - sementelahlah beliau memimpin negara. Hancur!.

Struktur dah dipersetujui tetapi Lim Kit masih berbunyi, mungkin dia sudah sedar kesilapan melantik Wan Azizah sebagai Presiden Pakatan Harapan
Itulah sebabnya 2 minggu yang lalu Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Wan Azizah tidak semestinya menjadi Perdana Menteri Sementara. Kenapa tiba-tiba sajaha Lim Kit Siang keluarkan kenyataan sedemikian setelah bersetuju dengan struktur kepimpinan Pakatan Harapan dan melantik Wan Azizah sebagai Presiden gabungan pembangkang?

Lim Kit Siang berkata, sebarang keputusan yang akan dibuat berhubung jawatan Perdana Menteri sementara itu perlu mendapat persetujuan semua parti dalam Pakatan Harapan termasuk DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).
“Ada konsensus dalam Pakatan Harapan bahawa Anwar (suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menjadi Perdana Menteri yang ke-8 jika Pakatan Harapan menang PRU14.
“Bagaimanapun, keputusan siapa yang akan menjadi calon Perdana Menteri yang ke-7 (sementara) masih tertakluk kepada konsensus Pakatan Harapan,” katanya.
Inilah alasan atau jalan keluar terbaik Lim Kit Siang apabila beliau sedar betapa bahayanya kedudukan DAP sekiranya Anwar atau wakil keluarga Anwar menjadi Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia bagaikan diperbodohkan, perancangan pembangkang hanya untuk jawatan sahaja dan bukannya rakyat diutamakan. "Perdana Menteri ke 7" akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sarkas kerana Perdana Menteri ke 7 hanyalah Perdana Menteri Sementara demi untuk memberi laluan kepada penjenayah liwat menaiki takhta sebagai Perdana menteri Ke-8.

Mana ada negara di dunia yang berbuat demikian demi seorang penjenayah.

Mahathir tidak pernah serius tentang "Anwar sebagai Perdana Menteri"
Ada logiknya teori terbaru - di saat akhir, Lim Kit Siang mungkin akan namakan Mukhriz sebagai calon parlimen DAP dan ianya bakal dipersetujui oleh Mahathir memandangkan kedua mereka, Mahathir dan Lim Kit Siang adalah pengamal politik haiwan. Mereka akan buat apa sahaja demi nafsu buas mereka tercapai.

Vincent, proksi atau rakan kongsi Mahathir dan anak-anak?
Kedua, mungkin tanpa masuk ke dalam parti DAP, Lim Kit Siang akan menamakan juga Mukhriz dan bukannya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berdasarkan ranking Mahathir sebagai 'Top Dog' Pakatan Harapan. Pengakuan Mahathir bahawa beliau adalah Anjing Teratas baru-baru ini bukan satu pengakuan yang kosong.

Lim Kit Siang mungkin sudah bersedia untuk berperang dengan Anwar kerana gabungan dengan Mahathir lebih menguntungkan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi mudah dikawal. Mahathir mudah dikawal memandangkan Mahathir lebih disukai oleh tokey-tokey cina yang turut sama menyokong DAP.

Mahathir mungkin sudah berbisik atau sudah berikrar dengan Kit Siang bahawa beliau sudah uzur dan bila-bila sahaja Allah akan ambil nyawanya dan pengganti yang sesuai dan yang boleh menjaga kepentingan DAP adalah Mukhriz. Lagipun Kit Siang tahu siapa selama ini yang 'menjaga' Mahathir dan anak pinaknya atau siapa proksi Mahathir. Mungkin juga mereka berkongsi 'rakan kongsi' atau dan 'proksi' yang sama? Jadi mudah mengawal Mukhriz dari mengawal Wan Azizah kerana Anwar menganggap DAP hanyalah rakan kongsi kelas kedua selama ini.

Anwar telah tunjukkan di Selangor bahawa DAP bukan rakan kongsi utama. Persengketaan PAS-DAP, Anwar tidak memihak kepada DAP dan Azmin tersepit terpaksa mengikut arahan Anwar walaupun beliau adalah antara individu yang dikatakan badut DAP selama ini. Tetapi di dalam pergeseran PAS-DAP, Azmin tidak mampu berbuat apa-apa.

Lim Kit Siang juga sudah congak, PAN dan PPBM akan menguatkan lagi pakatan pembangkang di bawah pimpinan DAP sekiranya PKR buat onar - di Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah uji bahawa PKR tidak mampu angkat kepala dalam kes Wakil Rakyat PKR DUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang menangis meminta bajet dari Lim Guan Eng tetapi tidak diendahkannya. Wan Azizah tidak mampu pertahankan wakil rakyat partinya. Diam tidak mampu keluarkan apa-apa kenyataan.
Dari: AAKJ.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik