Friday, August 4, 2017

MELAYU TAK MUDAH LUPA TAPI KUTTY MEMANG MUDAH LUPA.

Beberapa dekad yang lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengungkapkan sebaris ayat yang sehingga kini menjadi buah mulut di kalangan orang Melayu. Ayat “Melayu mudah lupa” ini sebenarnya ditujukan khas kepada kaum Melayu yang menyebelahi pembangkang terutamanya PAS sewaktu dia cuba memenangi pilihan raya umum.

Menerusi ayat itulah, kaum lain di negara ini menjadikan ia sebagai bahan lawak dan ejekan kepada kaum Melayu sehingga hari ini. Namun, kuasa Tuhan tidak ada sesiapa dapat mengubahnya. Setelah berdekad-dekad ayat berkenaan menghantui kaum Melayu, terserlah kebenaran, siapakah sebenarnya orang yang mengungkap ayat penghinaan kepada kaum Melayu ini.

Jika tidak kerana keberanian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan bahawa Mahathir sebenarnya berketurunan Kutty yang selama ini diselindungkan, mungkin ada yang menyangka, Mahathir sebenarnya adalah pejuang Melayu yang tulen.

Hari ini, kecenderungan Mahathir kepada pembangkang nampaknya telah menyerlahkan bahawa Kuttylah yang mudah lupa bukannya orang Melayu. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah hidup sewaktu dia masih berkuasa atau mereka yang mengetahui apa jua gerakannya, pasti mereka akan mengingatinya dengan mudah.

Ajaibnya, sepanjang gerakan dia untuk menjatuhkan kerajaan, UMNO, Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, acapkali Mahathir membuat dua kenyataan yang berlainan atau dalam bahasa mudahnya, membuat U-Turn tanpa dia sedar. Sebagai contoh, dia mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid mempunyai harta bernilai jutaan Ringgit dan dia mempunyai bukti terhadap dakwaannya.

Hari ini, lain pula kisahnya. Dia mendakwa, tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaannya. Malah dia sendiri mendakwa, tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Soalannya sekarang, siapa yang mudah lupa? Adakah Melayu yang mudah lupa ataupun Kutty yang mudah lupa?

Kuasa dan kemaruk politik Mahathir nampaknya telah menenggelamkan kewarasan akalnya. Atau mungkin sahaja pada usia yang sudah mencecah angka 92 tahun ini telah menyerlahkan bahawa Mahathir sebenarnya sudah menghampiri garisan nyanyuk dan mudah lupa.

Nyata sekali, istilah Melayu mudah lupa itu sebenarnya langsung tidak relevan dengan kekuatan midan dan akal kaum Melayu. Usah sewenang-wenangnya menghina tahap IQ kaum Melayu dengan istilah berkenaan kerana hari ini, Mahathir sendiri yang mudah lupa dengan apa yang dia lakukan. Melayu tidak pernah lupa hanya Kutty sahaja yang mudah lupa.

By: PRU14.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik