Saturday, August 12, 2017

TAK TAHU APA LAGI NAK DISERANG DALAM ISU ECRL, TULISAN DAN BANNER CINA PULA JADI SASARAN.


Saya ingat perasmian ECRL akan buat orang bangkitkan semula isu geopolitik atau keselamatan.

Rupanya tak. Yang lebih dikecohkan ialah beberapa "banner" dalam Bahasa Cina yang dikatakan sebagai "bukti" penjajahan China.

Aduhai tersembur sago santan saya. Itu pun jadi isu?

Yang duduk kecoh tu boleh baca Bahasa Cina? Tahu tak apa yang ditulis atas banner?

Gambar yang ditular tu pun terbalik. Mungkin mereka yang tak faham Bahasa Cina akan anggap atas tu ditulis "Long Live China" atau "China Number One".

Apa yang ditulis hanyalah slogan atau "tagline" syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang menyatakan visi, misi dan nilai teras syarikat.


Yang sebelah kanan ialah visi syarikat (企业使命 atau "qiye shiming") yang berbunyi "guji xiudao, lüfang zhiyuan" (固基修道,履方致远). Bahasa Cina klasik yang agak puitis.

Secara harfiahnya "guji" (固基) bermaksud "mendirikan asas", "xiudao" (修道) pula bermaksud "membina jalan". Padan dengan fungsi CCCC sebagai syarikat pembinaan jalan dan infrastruktur.

Tapi secara maknawiah ia merujuk kepada "memantapkan asas keperibadian dan menempuh jalan penyempurnaan akhlak". Maka ia disambung dengan "lüfang" (履方) yang bermaksud "berpijak di bumi yang nyata" dan "zhiyuan" (致远) membawa maksud "terbang tinggi" atau "mencapai impian".

Yang sebelah kiri ialah nilai-nilai teras syarikat (企业核心价值观 atau "qiye hexin jiazhiguan") iaitu "gongping" (公平) yang bermaksud saksama, "baorong" (包容) yang bermaksud inklusif, "wushi" (务实) yang bermaksud pragmatik dan "chuangxin" (创新) yang bermaksud inovatif.

Itu slogan syarikat orang. Apa kena mengena dengan "gadai maruah negara dan bangsa" pun saya tak tahu. Takkan slogan syarikat pun kena diterjemahkan kot.

Yang kelakarnya ada kenyataan berbunyi "hal gadai maruah negara dan bangsa" tidak berlaku "ketika membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port dan Menara Berkembar Petronas".

Tak tahu ke "KLIA" tu singkatan "Kuala Lumpur International Airport"? Kenapa kita tak guna "LTAKL" sebagai jenama? Kenapa Westports guna slogan "Proven. Trusted. Friendly" bukannya "Terbukti. Dipercayai. Peramah"? Kenapa Suria KLCC guna tagline "Always Something New" bukannya "Sentiasa Sesuatu Yang Baru"?

Iklan AirAsia di mana-mana pun tulis "Now Everyone Can Fly" bukannya "Sekarang Semua Orang Boleh Terbang". Tak rasa jelek dengan bahasa bekas penjajah pula?


Oh, begitu ya? Kalau syarikat orang putih atau mat salih celup tayang slogan Bahasa Inggeris, itu bukan penjajahan. Tapi kalau syarikat China guna bahasa mereka, itu dikatakan penjajahan pula.

Ibarat "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak".

Atau sebenarnya ada hipokrisi dan "double standard" di situ?

Sebenarnya tak ada isu pun. Dalam majlis perasmian di mana PM berucap, "backdrop" yang diguna meletakkan Bahasa Melayu di kedudukan atas sekali. Itu dah cukup membuktikan kita mendaulatkan Bahasa Melayu.

Tapi apa-apa pun, di abad ke-21 yang bakal jadi "Chinese Century", wajar kita belajar Bahasa Cina/Mandarin untuk kekal berdaya saing. Orang Nusantara kan sentiasa beradaptasi mengikut perubahan zaman demi kelangsungan tamadun.

Ni bukan. Dah lah ambil gambar pun terbalik, buat cerita fitnah pula.
Fari : Flyingkick.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik