Tuesday, February 28, 2017

SAMPAI BILA BAHASA MELAYU TERUS TERPINGGIR?


DALAM isu ini, peranan memartabatkan bahasa Melayu daripada terus terpinggir bukan sahaja digalas oleh pihak seperti DBP tetapi juga individu-individu tertentu termasuk Sasterawan Negara.

Menurut Dr. Hasan Mad, peranan golongan Sasterawan Negara sepatutnya digunakan terutama menerusi karya-karya yang mereka hasilkan dan pengaruh mereka dalam masyarakat. Katanya, sumbangan sasterawan amat besar dalam memperkasa peradaban bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak zaman awal merdeka tetapi kini mereka seakan-akan dilupakan.

“Jasa, bakti dan pengorbanan yang mereka tabur selama ini telah diketepikan, malah pejuangan mereka mengukuhkan bahasa ini hanya dipandang sepi dan ditenggelami oleh arus masa.

“Sedangkan bahasa Melayu sebelum ini pernah menjadi bahasa keempat paling banyak dituturkan di dunia. Sebab itu, Sasterawan Negara yang kita lahirkan kini seperti ‘jaguh yang tidak didendang’. Apatah lagi, saya difahamkan daripada 13 Sasterawan Negara yang kita ada lima daripadanya telah meninggal dunia dan yang ada pula antaranya sedang uzur dan sudah kurang aktif,” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak yang terbabit agar memandang semula peranan golongan Sasterawan Negara yang sepatutnya boleh membantu dalam menangani isu martabat bahasa.

Katanya, dengan peranan Ssaterawan Negara melalui karya-karya besar mereka diharap mampu untuk mencerdikkan anak bangsa sekali gus melahirkan jati diri yang tinggi dalam jiwa mereka.

“Memang perlu menguasai bahasa asing, namun tidak bermakna kita harus mengabai atau menganaktirikan bahasa Melayu sebagai warisan bangsa yang perlu dipertahan,” ujarnya.

Kurang dihargai?

MENARIKNYA wacana terbaharu ini lebih memfokuskan kepada pandangan golongan Sasterawan Negara yang merupakan antara tokoh penting dalam mengembangkan peranan bahasa Melayu. Tidak hairanlah kali ini MPM menjemput Sasterawan Negara seperti Dr. Anwar Ridhwan bagi mendapatkan sudut pandangannya dalam isu bahasa Melayu yang terpinggir dalam banyak aspek.

Sebagai anak kampung yang berpendidikan dalam aliran Melayu, beliau tidak kesal atau malu, sebaliknya bersyukur kerana ramai teman seangkatannya berjaya dalam bidang masing-masing.

“Saya tidak rasa kurang atau ia perlu dikesalkan. Ini kerana, sejak sekolah rendah lagi saya telah dikenalkan dengan karya-karya Melayu besar seperti Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin.

“Namun, saya rasa masyarakat kita kurang beri penghargaan kepada karya-karya Melayu dan tokoh-tokoh pujangga yang kita ada selama ini yang sepatutnya diangkat ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Sambil memberi contoh di negara Thailand, kerajaan dan masyarakat di sana sangat menyanjung golongan sasterawan, sekali gus ia membantu dalam memartabatkan bahasa rasmi negara itu.

Malah, beliau kesal apabila tidak ada drama atau filem yang memaparkan tentang cerita golongan ini yang dipaparkan secara meluas di media massa berbanding di Thailand.

“Tidak seperti di Thailand misalnya, penyair istana negara itu seperti Shuntorn Phu yang hidup sezaman dengan tokoh kita iaitu Raja Ali Haji sangat popular dan terus diangkat sumbangannya.

“Negara itu telah menghasilkan dua buah filem mengenai pembabitan dan sumbangan Shuntorn Phu sedangkan kita tiada inisiatif seperti itu dan seolah-olah mereka telah dipinggirkan,” jelasnya.

Dituduh tidak lengkap

BAHASA Melayu yang telah bertapak selama 4,000 tahun menjadi bukti bahawa ia mampu bertahan lama dengan menyumbang kepada banyak peradaban bangsa Melayu termasuk bidang ekonomi.

Justeru, Dr. Muhammad Haji Salleh menganggap keterlaluan apabila ada pihak menuduh bahasa Melayu sebagai ketinggalan dan tidak relevan digunakan dalam dunia serba moden hari ini.

“Kalau ada yang menuduh penggunaan bahasa Melayu tidak lengkap, orang itu tidak salah tetapi sebenarnya cuma orang itu sahaja tidak sempat mempelajari bahasa Melayu sampai habis. Dalam pengembaraan saya melihat banyak karya besar di daerah tertentu tidak menggunakan bahasa sukuan untuk sukunya, sebaliknya ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Jelasnya orang Pasai di selatan Acheh ada bahasa sendiri yang mana Hikayat Raja-Raja Pasai adalah buku sejarah terawal yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bukannya dalam bahasa Aceh.

Katanya, hakikat itu membukti bahawa bahasa Melayu amat berpengaruh, dipercayai dan mempunyai kelas tersendiri sebagai bahasa lingua franca yang sudah lama wujud di rantau ini.

Pada masa sama, beliau kesal apabila penulis Melayu lama seperti Tun Sri Lanang tidak ditonjolkan seperti sasterawan Barat yang sentiasa dikagumi dan diingati karya-karya tulisan mereka.

“Tahun lalu adalah tahun yang ke-400 kelahiran Tun Sri lanang tetapi tidak ada pun kita sibuk-sibuk hendak sambut tetapi kalau di England ulang tahun kematian Shakespears terus diingati.

“Malah, seluruh dunia menyambutnya sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Saya dapat tahu Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pun menyambutnya,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap agar penggunaan bahasa Melayu dapat diperluaskan dan penghargaan kepada tokoh penulis dan pejuang bahasa kini dan masa lampau mestilah selalu diingati.

Usaha ‘menyahkan’ budaya, ekonomi Melayu

BAHASA dan budaya saling berkait rapat antara satu sama lain kerana sesuatu bahasa yang dituturkan secara tidak langsung menggambarkan identiti bangsa yang menuturkannya.

Sebab itu, menurut pejuang bahasa, Dr. Firdaus Abdullah, peminggiran bahasa Melayu yang berlaku ketika ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu yang mahu ‘menyahkan’ bahasa ini.

Katanya, apabila sesuatu bahasa itu tidak dituturkan lagi ia juga akan menghapuskan budaya sesuatu bangsa itu, agama, malah rasa hormat kaum-kaum lain yang pernah mengagumi bahasa tersebut.

“Ironinya, sama ada kita nampak atau tidak kita diminta untuk memalaysiakan diri. Namun, apakah itu juga bermakna kita perlu ‘menyahkan’ identiti bangsa kita yang telah dibina selama ini.

“Umpa­manya Baba Melaka kini tidak lagi mewariskan budayanya kepada anak-anak mereka, tetapi mereka mula menyuruh anak-anak mereka kembali mempelajari semula bahasa Mandarin.

“Saya melihat ‘penyahmelayuan’ ini adalah sebahagian daripada perencaan hebat daripada konteks ekonomi dan mengahalang kemajuan kita. Perlu dilawan melawan proses peminggiran ini,” katanya.

Pengkhianat bangsa

APABILA kaum lain enggan bertutur dalam bahasa Melayu, ia mungkin menjadi hak peribadi mereka, namun ia sesuatu yang menjelekkan apabila orang Melayu yang enggan bertutur dalam bahasanya.

Menurut pakar bahasa, Prof. Abdullah Hassan, dengan merasakan diri mereka semakin moden dan banyak dipengaruhi unsur globalisasi menyebabkan ramai orang Melayu yang bertindak demikian.

Tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris mempunyai pengaruh yang besar dalam sektor ekonomi tetapi adalah tidak wajar bahasa Melayu dipinggirkan semata-mata kerana mengejar tuntutan itu.

“Saya anggap orang Melayu yang sanggup meminggirkan bahasa ibunda mereka sendiri kerana lupa diri atau mempunyai kepentingan lain sebagai pengkhianat bangsa yang tidak harus dimaafkan.

“Mereka ini sudah sampai tahap malu untuk bercakap dalam bahasa sendiri. Sikap ini bukan sahaja amat jelek tetapi merekalah yang menguburkan bahasa Melayu tanpa rasa bersalah,” katanya.

Sedangkan pada masa sama, peminggiran bahasa Melayu dalam pertuturan, komunikasi dan bahasa ilmu menyebabkan bahasa ini tidak mampu untuk berkembang dengan lebih jauh lagi.

Sebab itu ujarnya, bangsa Melayu sukar untuk lebih maju kerana bahasa yang digunakan tidak dikembangkan secara meluas ke dalam bidang-bidang lain seperti teknologi dan pembangunan.

“Bagi saya ada perbezaan antara tamadun dan peradaban. Kita setakat ada peradaban tetapi belum mampu membina tamadun yang di antaranya termasuklah dalam bidang teknologi.

“Kalau kita mahu membina tamadun, maka kita perlu terlebih dahulu membangunkan bahasa dan budaya kita dan selepas itu maka barulah tamadun akan terbina di atasnya,” jelasnya.

Nusantara perlu bersatu

SEMENTARA itu, Zulkefli Hamzah pula mengutarakan cadangan beliau supaya diwujudkan satu portal atau arkib Nusantara agar masyarakat di rantau ini dapat berkongsi maklumat.

Ia termasuklah tentang cerita-cerita rakyat, fakta sejarah mahupun tokoh-tokoh sastera di negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar demi kepentingan bersama.Menurutnya, usaha tersebut dilihat mampu menggalakkan perkongsian budaya dan peradaban Melayu, selain boleh mengembalikan semula martabat dalam penggunaan bahasa ini.

“Usaha menggembleng tenaga dan berkongsi budaya, sastera mahupun cerita ketokohan Melayu lama di Nusantara boleh mengembalikan kegemilangan tamadun bangsa Melayu.

“Kewujudan platform seperti ini yang mengetengahkan kehebatan Nusantara dengan negara-negara serumpun lain juga boleh memartabatkan kembali kegemilangan bahasa Melayu,” katanya.

- UOL/28.2.17

Monday, February 27, 2017

U-TURN, BOHONG ATAU NYANYUK?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai 'Harimau Asia' suatu ketika dahulu disarankan untuk terus bersara daripada bidang politik kerana sering melakukan pusingan U sejak kebelakangan ini sehingga menjadi persoalan sama ada ia satu pembohongan atau nyanyuk seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata jika suatu ketika dahulu ketika Mahathir memimpin negara, beliau menjadi seorang yang ditakuti dan mengakui seorang diktator sepanjang 22 tahun berkuasa tapi kini beliau dilihat tidak mampu lagi untuk membezakan antara fakta dan rekaan.

"U-turn sebegini oleh Mahathir amat menghairankan. Dulu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dikatakan sebagai ancaman kepada Melayu tetapi kini tidak pula. Dulu dikatakan liwat adalah satu jenayah, kini diterima pula. Adakah harimau ini yang sudah lanjut usianya semakin keliru?.

"(Ketika berkuasa) Bagi mengekalkan kuasa, Mahathir mencantas musuh politik beliau. Timbalan Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara kerana katanya negara kita tidak boleh ada Perdana Menteri yang homoseksual. Lim Kit Siang pula dikatakan ancaman kepada Melayu dan dipenjarakan juga.

"Harimau ini kini sudah tua. Kini dia suka sangat Kit Siang sehingga sanggup menerima pemimpin de facto pembangkang ini sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini agar anaknya Mukhriz (Datuk Seri) boleh menjadi Perdana Menteri.

"Kini, Mahathir bersekongkol dengan Anwar dan berjabat tangan dengannya, nampaknya dia sanggup menerima seorang pesalah peliwat homoseksual sebagai seorang pemimpin Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pertanyaan sinis turut dilemparkan kepada Mahathir sama ada 'harimau' itu sudah semakin lanjut usia sehingga keliru dengan setiap tindakan yang dilakukan berbeza dengan apa yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.

"Malah DYMM Sultan Johor kini juga mempersoalkan Mahathir. Sepertimana titah Tuanku baru-baru ini, "Dulu dia kata pembangkang adalah musuh tetapi kini dia boleh duduk semeja dengan mereka dan menjadi rakan karib. Dulu dia kata media Barat gemar mereka cerita, Kini dia kata apa yang dilaporkan media Barat adalah fakta. Dulu dia mengkritik Melayu mudah lupa tetapi kini dia sendiri  yang pelupa. Jika dia bukan pelupa, mungkin dia nyanyuk sedikit," ujarnya.

Pengamatan oleh Sultan Johor ini jelas dalam tulisan blog terkini Mahathir yang menjatuhkan imej negara demi kepentingan politik peribadi, dengan mengatakan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada sepuluh negara paling korup di dunia sedangkan dalam senarai Transparency International yang terkini, Malaysia adalah negara ke-55 yang paling tidak korup di dunia.

"Jelas, sama ada Dr Mahathir berbohong ataupun dia tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan. Jika bukan begitu, mengapa dia kata Malaysia adalah antara 10 negara yang paling korup sedangkan Malaysia tersenarai antara satu pertiga daripada negara paling tidak korup di dunia?," katanya.

Tambah Tengku Sariffuddin, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata U-turn Mahathir kerana ia amat memalukan.

"Sama ada dia berbohong demi kepentingan politik atau sudah nyanyuk sepertimana yang dititahkan Sultan Johor. Harimau tua ini lebih baik bersara sepenuhnya," katanya.
 
Khamis lalu, Sultan Johor mengingatkan pemimpin politik luar Johor untuk tidak mengelirukan atau memecah-belah perpaduan bangsa Johor dengan cuba masuk campur urusan politik negeri itu.

Baginda bertitah, rakyat negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa dan ‘orang politik’ luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang negeri Johor patut lakukan.  Baginda bertitah, ini dibuktikan  dengan  pembangunan dan kemajuan yang dicapai negeri itu sekarang.

Sebagai contoh, jika dilihat 10 atau 20 tahun sebelum ini, kerajaan negeri pernah ketandusan wang untuk melunaskan gaji kakitangan, namun kini, lebihan hasil kerajaan negeri mencecah berbilion ringgit.

Justeru baginda percaya rakyat negeri Johor tidak akan mudah terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang sengaja menakutkan rakyat dengan cerita dongeng yang direka.

“Suka saya ingatkan kepada orang politik di luar Johor supaya jangan masuk campur dalam urusan di negeri ini, dan jangan cuba untuk mengelirukan rakyat saya atau memecah-belahkan perpaduan Bangsa Johor.

“Rakyat di negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai, sehingga ke hari ini.  Orang luar tidak perlu hendak tunjuk pandai atau mengajar apa yang patut dibuat,” titahnya.

Tambah baginda, rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat  dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.

“Mungkin orang luar ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa,  namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya,” titah baginda.

-Agendadaily/27.2.17.

Saturday, February 25, 2017

DOA YANG MAQBUL WALAUPUN DIMANA.

Doa merupakan satu ibadah. Ia merupakan senjata bagi orang- orang beriman. Allah SWT sendiri meminta hambanya sentiasa berdoa kepadanya pada setiap keadaan dan suasana. Tetapi tidak sedikit dari kita yang mengabaikan ibadah yang sangat dituntut ini walaupun manfaat doa itu kembali kepada kemaslahatan diri kita sendiri.

Ada yang merasakan berdoa itu penting hanya dalam situasi terdesak dan keajaiban dari Allah sangat-sangat diharapkan untuk menyelesaikan masalahnya. Tetapi dalam situasi kehidupannya yang biasa, ia tidak melihat doa itu penting dalam kehidupannya.

Kalaupun berdoa , dilakukannya secara tidak serius. Ada pula yang melihat ibadah berdoa ini hanya sebagai agenda wajib sesuatu majlis mahupun keramaian sebagai penyeri majlis sahaja.

Ada di kalangan ustaz yang berada di dalam dilema apabila diminta ataupun diarahkan untuk membaca doa di dalam sesuatu majlis apabila melihat acara keseluruhan majlis yang meletakkan doa hanya pada pembukaan majlis tetapi diikuti dengan acara- acara yang bertentangan dengan tujuan doa itu diadakan iaitu untuk mendapatkan perkenan daripada Allah SWT.

Ada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan beberapa buah jabatan mufti negeri telah mengeluarkan garis panduan bacaan doa di dalam sesuatu majlis

Ada yang mengharapkan doanya diterima seusai sahaja ia menghabiskan doa nya . Bila dia merasakan doanya tidak diterima, ia cepat berputus asa bahkan ada yang menyalahkan Allah SWT dalam sudut kecil hatinya.

Selalunya doa yang dipohon secara individu, maka hajat yang dipohon pun bersifat hajat-hajat peribadi sehingga melupakan hajat-hajat umat yang sangat perlu untuk dipohon kepada Allah Yang Maha Memberi.

Sebenarnya doa itu sangat penting kepada kita sepanjang masa tidak kira apa juga suasana , saat kita memerlukan sesuatu ataupun tidak kerana kita pada hakikatnya setiap masa memerlukan Allah SWT.

Doa sebenarnya menghubungkan kita dengan Allah pada setiap masa dan keadaan.

Doa menginsafkan kita bahawasanya kita ini hanya hambaNya yang sangat daif dan lemah. Setiap masa kita memerlukan rahmat, kasih sayang dan perkenan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT : “Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al Mukmin: 60).

Asy Syaukani rahimahullah berkata, “Ayat ini memberikan faedah bahwa doa adalah ibadah dan bahwa meninggalkan berdoa kepada Rabb yang Maha Suci adalah sebuah kesombongan, dan tidak ada kesombongan yang lebih buruk daripada kesombongan seperti ini, bagaimana seorang hamba berlaku sombong tidak berdoa kepada Dzat yang merupakan Penciptanya, Pemberi rezeki kepadanya, Yang mengadakannya dari tidak ada dan pencipta alam semesta seluruhnya, pemberi rezekinya, Yang Menghidupkan, Mematikan, Yang Memberikan ganjarannya , maka tidak ragu-ragu lagi bahwa kesombongan ini adalah sebahagian dari kegilaan dan kekufuran terhadap nikmat Allah Ta’ala. (Lihat kitab Tuhfat Adz Dzakirin, karya Asy Syaukani).

Orang yang sentiasa bergantung kepada perkenan Nya setelah berusaha semaksimum mungkin mendapat kemuliaan dari Allah SWT

Abu Hurairah r.a berkata: “Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah dibandingkan doa.” (HR. At Tirmidzi).

Para ulama menjustikasikan kenapa doa sesuatu yang paling mulia di sisi Allah Ta’ala dibandingkan yang lainnya: “Kerana di dalam doa terdapat bentuk sikap perendahan diri seorang hamba kepada Allah dan menunjukkan kuasanya Allah Ta’ala.”Allah Ta’ala sangat, sangat, sangat menyukai hamba-Nya merendah diri kepada-Nya dan menunjukkan bahwa hanya Allah Ta’ala satu-satu-Nya Yang Berkuasa, Yang Maha Pengatur, yang Maha Pencipta, tiada sekutu bagi-Nya.

Doa yang kita mohon kepada Allah SWT, kita sangat mengharapkan dimakbulkan Allah . Namun kita mesti tahu, ada doa-doa yang ditolak oleh Allah SWT sejak dari awal lagi apabila seseorang itu tidak berusaha sedaya upaya untuk mengatur hidupnya sebagai hamba Allah, makan minumnya, pakaiannya dari sumber yang haram seperti yang tersebut dalam sebuah hadith sahih.

Tiba-tiba mengharapkan doanya dikabulkan Allah. Ada doa yang dimakbulkan Allah segera apa yang kita minta, ada doa yang dikabulkan tetapi bukan sesuatu yang kita minta tetapi diganti oleh Allah sesuatu yang lebih baik untuk kita seperti dielakkan daripada kesusahan atau bencana. Ada doa yang kita pohon diperkenankan oleh Allah di akhirat nanti.

Umat Islam perlu yakin dengan kualiti diri sendiri untuk berdoa tanpa perlu mengharapkan doa lebih mudah dimakbulkan apabila menggunakan perkhidmatan individu atau perkhidmatan lain sebagai perantara. Walaupun kita menerima fadhilat berdoa di tempat-tempat tertentu tetapi tidaklah sampai kita dituntut sampai mengupah seseorang untuk berdoa di tempat-tempat berkenaan.

Dalam hadis-hadis sahih masih banyak cara dan peluang yang Allah beri agar kita guna kesempatan untuk doa kita dimakbulkan khususnya pada waktu-waktu mustajab walaupun di Malaysia antaranya Malam al qadr, ketika waktu sahur (hadis riwayat al Bukhari), doa selepas solat fardu (hadis riwayat al Tirmizi), doa antara azan dan iqomah (riwayat Abu Daud), ketika hujan turun (riwayat Abu Daud), ada satu ketika yang tidak diketahui pada waktu malam dan hari Jumaat sebagai galakan memperbanyakkan berdoa (riwayat Imam Bukhari dan Muslim), ketika sujud, mendengar kokokan ayam (riwayat Imam Bukhari dan Muslim) dan banyak lagi.

- Ustaz Haji Zamri Hashim.

Friday, February 24, 2017

Thursday, February 23, 2017

RUU355: GULUNGAN BIJAK PANDAI JANGAN JADI PENGACAU.

Golongan bijak pandai, terutamanya yang pakar dalam agama Islam tidak perlu menjadi 'pengacau' untuk mengelirukan masyarakat tentang pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Mantan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Dr Anuar Ahmad berkata sikap suka tunjuk pandai yang ditunjukkan golongan berkenaan 'menyakitkan hati' pihak yang berusaha memartabatkan syariah Islam.

"Pertamanya mereka merasakan mereka terlalu pandai dan orang lain tak pandai. Ia sikap yang sangat buruk, menyamai sifat syaitan. Sebab syaitan dikeluarkan dari syurga sebab merasakan mereka hebat dan tidak mahu mengikut perintah Allah.

"Keduanya mereka rasa 'inferior', yang mereka rasa sepatutnya mereka yang bawa RUU355 tetapi mengapa PAS? 'Inferior' inilah menjadi kompleks.

"Mereka menampakkan isu ini kompleks. Jadi saya menyeru kumpulan sebegini jangan rasa terlalu 'superior' mahu pun 'inferior', ikut sahaja. InsyaAllah kita selamat dunia dan akhirat. Jangan jadi pengacau," katanya yang menjadi salah seorang panel di Bicara Harakah Himpunan 355: Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera di myHarakah Bazaar, petang tadi.

Anuar berkata demikian mengulas tanggapan mengapa usaha PAS untuk meminda RUU355 terlalu kompleks hingga menimbulkan penentangan dan salah faham daripada pelbagai pihak.

Reaksi itu juga merujuk kepada Himpunan Bantah RUU355 pada Sabtu lalu yang dianjurkan aktivis sosial, mahasiswa dan aktivis politik, pada hari yang sama PAS menganjurkan Himpunan RUU355 di Padang Merbok.

Himpunan bantahan itu disertai Datuk Zaid Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong, peguam dan aktivis politik Haris Ibrahim dan peguam kontroversi, Siti Kasim. 

Di akhir himpunan tersebut, sejumlah rotan kecil diagihkan kepada peserta yang kemudian mematahkan rotan tersebut sebagai tanda simbolik penentangan terhadap RUU Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bicara Harakah tersebut turut disertai Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Pengurus Komunikasi dan Jaringan Strategik Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid.

Mengulas cadangan PAS yang dibawa Hadi di sidang Dewan Rakyat Mei lalu, Mahmud menjelaskan tidak langsung timbul pindaan RUU355 itu bercanggah dengan perlembagaan.

"Saya fikirkan tiada asas (penentangan). Ambil contoh, mereka kata Akta 355 sebagai 'unconstitutional'. Jika ia begitu, takkanlah undang-undang ini boleh berjalan lebih 50 tahun. Akta 355 diperkenalkan pada 1965.

"Cuba bayangkan, lebih 50 tahun kemudian dakwa ia 'unconstitutional'? Negara kita ini negara koboi? Itu sahaja dah boleh menolak isu 'unconstitutional' dan sistem 'duality'," tegasnya.

RUU persendirian itu dibawa Hadi di Parlimen pada 24 November lalu bertujuan memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan, berbanding hukuman semasa yang mengehadkan 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Akta ini kali terakhir dipinda pada 1984.

Wednesday, February 22, 2017

"UMANG-UMANG" BAHASA MELAYU.

BAHASA Melayu mempunyai sejarah tamadun yang panjang seawal abad ke-7 Masihi lagi. Ketika zaman gemilang­nya sekitar 1400M, bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca. Pakar-pakar sejarah seperti Andaya, Wolters dan George Coedes memperakui bahasa Melayu telah digunakan dalam perdagangan masa lampau. Malah, seorang yang bernama Panglima Awang telah mengelilingi dunia sebagai penunjuk misi pelayar ternama, Ferdinand Magellan.

Realitinya China sendiri menggunakan bahasa Melayu sejak 671M melalui seorang Buddha, I-tsing yang singgah di Palembang dalam pelayarannya ke India. Apabila Panglima Cheng Ho datang ke Melaka antara 1430-1450M, dia berbahasa Melayu. Malah, legenda Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Raja Me­laka pun fasih berbahasa Melayu. Penghasilan kitab-kitab perundangan, agama, kesusaste­raan, falsafah turut menggunakan bahasa Melayu. Buku-buku dan kitab ini yang merentasi kepulauan Melayu di Nusantara.

Menelusuri sejarah tamadun dunia, Arab, China, Jerman, Pe­rancis, England, Amerika Syarikat, Rusia, Korea dan Jepun - semuanya bangkit dan menggapai kemajuan melalui bahasa sendiri. Negara Eropah Timur juga maju dengan bahasa sendiri termasuklah Finland, Norway, Denmark, Austria dan Switzerland.

Negara-negara itu menguasai bahasa asing lain dengan baik tetapi tetap mengekalkan bahasa sendiri untuk kegunaan dalam negara. Jepun misalnya dengan konsep wakon yohsai iaitu semangat Jepun dengan teknologi barat tetap mengekalkan bahasa dan kebudayaannya. Dan terbukti akhirnya berjaya memanfaatkan teknologi barat demi kemajuan negaranya. Budaya, bahasa dan semangatnya kekal dan kental, jati dirinya tetap kukuh. Jepun pernah menggunakan bahasa Rusia dan Jerman untuk mengajar teknologi kepada rakyatnya, tetapi gagal dan akhirnya kembali menggunakan bahasa sendiri.

Ekologi sesebuah negara­ me­rangkumi bahasa dan bu­dayanya. China umpamanya te­tap menyebarkan pengaruh dan hegemo­ninya ke seluruh dunia dengan bahasa, budaya dan China Town yang berselerak sehingga ke Kanada, Amerika Syarikat, Bri­tain serta negara lain. Sepatutnya Malaysia mencontohi China, Jepun, Jerman dan Perancis yang berusaha untuk maju dengan acu­an sendiri. Berfikir secara global tetapi bertindak secara lokal tidak akan hilang budaya dan jati diri.

Lihat sahaja psikologi dan bahasa orang kita. Apabila bercakap dengan orang Cina, bahasa Melayu dituturkan dalam lenggok bahasa Cina. Apabila bertutur dengan orang India, bahasanya menjadi lenggok bahasa orang India. Gelagat sebegini kononnya kerana mengutamakan pelanggan atau tetamu seperti ungkapan Mak Si Randang hingga sanggup membiarkan anak sendiri kelaparan demi menjamu tetamu. Bahasa asing khususnya Inggeris diutamakan pula hingga sanggup membuang bahasa sendiri.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak merdeka telah menghasilkan ratusan ribu istilah pelbagai bidang ilmu untuk dimanfaatkan dalam pengajaran ilmu. Usaha ini tentunya sia-sia jika bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa ilmu.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970 adalah kemuncak perjuangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di peringkat pengajian tinggi di samping membuktikan keupayaan bahasa Melayu untuk mengajarkan segala ilmu sains dan teknologi ­seperti perubatan, kejurute­raan dan sebagainya, bukan ilmu ­kesusasteraan atau kemanusiaan semata-mata. Ketika itu lebih lima juta ­rakyat terpelajar negara ini terhasil dalam sistem pendidikan kebangsaan sehingga menjadi ahli korporat, teknokrat, pakar pelbagai bidang termasuk bidang sains dan teknologi, bidang aero­angkasa. Malah banyak menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD di luar negara.

Bahasa Melayu diakui oleh sarjana dan pemikir barat sebagai bahasa yang mempunyai kekuatan tersendiri. Salah satu kekuatan bahasa Melayu ialah secara fitrahnya bahasa menepati sistem fonemik antarabangsa. Mengikut Mario Pei, sistem fonemik ialah sesuatu ejaan mengikut bunyinya atau bunyi sesuatu kata itu mengikut ejaannya. Suku kata ‘ba’ dalam bahasa Melayu bunyinya tetap ‘ba’ sama ada hadir di depan, te­ngah atau akhir kata seperti ‘ba-ta, ter-ba-lik, ra-ba’. Bahasa lain yang juga mengikut sistem fonemik ini ialah bahasa Jepun. Dalam bahasa Jepun ‘terima kasih di­sebut ‘arigato gozaimasu’ dengan bunyi ‘a-ri-ga-to go-zai-ma-su’. Justeru bahasa Melayu tidak patut di­pinggirkan oleh penuturnya khususnya ­rakyat negara ini.

Bahasa Melayu wajib menguasai semua aspek kehidupan - bidang pendidikan, perhubungan seharian, urusan rasmi, ekonomi, perdagangan dan penyelidikan. Bahasa Melayu yang disertai bahasa Indonesia sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri. Cukup kuat untuk dijadikan bahasa ASEAN atau salah satu bahasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan penutur lebih 300 juta.

Hairan sekali jika bahasa kelima terbanyak penuturnya di dunia tidak dijadikan salah satu bahasa rasmi pertuturan di PBB apatah lagi sebagai bahasa rasmi ASEAN di Nusantara tempat asal-usulnya. Di Singapura bahasa Melayu salah satu bahasa rasmi­nya. Bahasa rasmi Filipina, Tagalog juga adalah salah satu rumpun bahasa Melayu di Nusantara. Di Kemboja juga bahasa Melayu dituturkan di beberapa bahagian di sana. Dari segi kerahsiaan dan keselamatan penggunaan bahasa sendiri, bahasa Melayu ada ­kelebihannya. Semuanya digariskan dengan lengkap dalam perancangan strategik DBP, pengajaran di universiti dan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam. Cuma sekarang, majori­tinya menjadi hiasan lembaran kertas tanpa nyawa dan diabaikan.

Tokoh Bahasa, Datuk Dr. Awang Sariyan yang juga Pe­nyandang Kursi Pengajian Melayu di BPSU, China dalam kertas kerjanya seminar Bahasa dan Pendidikan 2016, menarik perhatian mengenai perancangan berkaitan taraf dan peranan bahasa Melayu. Antara yang disyorkannya:

i. Penguatkuasaan dan pemantauan untuk memastikan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa tonggak tamadun keseluruhannya.

ii. Taraf dan peranan bahasa Melayu diperluas penggunaan­nya. Tidak harus wujud lagi penge­cualian yang tidak munasabah misalnya penggunaannya dalam sistem kehakiman dan ekonomi.

iii. Bahasa Melayu sebagai subjek wajib termasuk di institusi pengajian tinggi swasta.

iv. Ditubuhkan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa terutama dalam bidang pentadbiran. Dalam fasa seterusnya, Program Audit Bahasa Melayu dige­rakkan dalam sektor ekonomi dan perdagangan, bermula de­ngan syarikat milik kerajaan (GLC).

Bahasa Melayu mestilah benar-benar diberi martabat sewajarnya sebagaimana Perancis, Jerman, Rusia, Jepun, Korea dan China, memberi martabat kepada bahasa mereka. Negara-negara tersebut tetap maju walaupun menggunakan bahasa sendiri. Ini jelas membuktikan adalah suatu kenyataan yang palsu bahawa kemajuan boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahaja.
- DATUK MOHD. NIZAR SUDIN.

MENGHUKUM SAHAJAKAH YANG KITA TAHU?

TERLALU banyak yang diperkatakan mengenai insiden yang meragut lapan nyawa remaja di Johor Bahru, awal pagi Sabtu lalu. Bermacam-macam analisis dan spekulasi dibuat. Berbagai-bagai kenyataan juga dipetik daripada pihak berkuasa, ahli politik yang ber­kenaan dan tidak berkenaan.

Dalam sekian banyak komen tentang kejadian malang itu, ada yang bercakap macam pakar CSI - penyiasat tempat kejadian jenayah, tidak kurang yang jadi ‘saksi virtual’ seolah-olah serba tahu apa yang berlaku di tempat kejadian pada masa kejadian. Bahkan ada yang tanpa silu berlagak umpama sang hakim memutuskan siapa bersalah dan siapa tidak, sedangkan siasatan masih berjalan dan perbicaraan pun belum dimulakan.

Ramai juga yang lekas menuding jari ke arah ibu bapa remaja terlibat kerana ‘cuai’ dan ‘tidak bertanggungjawab’ membiarkan anak yang masih di bawah umur berpeleseran selepas tengah malam sehingga membawa ke awal pagi tanpa kawalan dan pengawasan. Ada yang terlebih marah mahu agar mereka dikenakan tindakan undang-undang. Seolah-olahnya tindakan punitif itu mampu menyelesaikan semua masalah. Soalnya, menghukum sajakah jalan penyelesaiannya?

Tidakkah kita sebagai masyarakat yang prihatin, mahu menyelidik dan menyelami keadaan mereka - remaja yang dipanggil ‘geng berbasikal’ ini? Sudahkah ditanya kenapa mereka berbasikal tengah-tengah malam buta hingga pagi rembang?

Daripada temu bual media dengan keluarga, ada antara remaja terbabit datang daripada keluarga susah, mempunyai sembilan adik beradik, anak kepada ibu tunggal, anak yatim yang menetap bersama nenek, tidak lagi bersekolah dan terpaksa bekerja pada usia muda bagi membantu keluarga.

Cara liburan mereka ialah berbasikal. Mungkin sebab murah, tidak perlu ambil lesen, tiada duit minyak. Mereka juga tidak memakai peralatan keselamatan canggih macam hobi berbasikal orang ada-ada yang lengkap head gear, body protection segala. Penulis percaya, bukan mereka tidak sedar kepen­tingan memakainya tetapi tahu-tahu sahajalah, basikal pun ada yang diubah suai sendiri atau dipinjam daripada kawan. Bukan basikal canggih yang kini menjadi gaya riadah ramai eksekutif muda yang harganya paling murah pun sekitar RM3,000.

Grup berbasikal mewah walaupun ramai, berkonvoi dan memenuhi jalan raya tentulah tidak mengganggu sesiapa sebab ada pengawal bermotosikal atau berkereta yang turut serta. Malah kadangkala polis trafik pun meng­iringi mereka. Mereka bebas melakukan hobi berbasikal tanpa menyakitkan mata sesiapa, baik orang awam, pengguna jalan dan lebuh raya mahupun pihak berkuasa.

Lain pula dengan grup remaja berbasikal nyamuk. Nama basikal pun nyamuk, kelibatnya sahaja sudah tidak menye­nangkan. Namun hendak ke mana anak remaja ini melepaskan gian mereka berbasikal? Di kawasan perumah­an? Taman permainan? Padang bola? Stadium?

Nampak gayanya tidak ada satu pun yang di atas. Sama ada tidak sesuai atau memang tidak ada tempat untuk mereka melakukan riadah itu. Jadi yang mereka nampak, yang percuma, yang lapang dan jauh dari kawasan perumah­an (agar tidak mengganggu penduduk atau dijerkah barangkali) malangnya ialah di atas jalan raya. Kawasan yang dipilih pun sunyi, berhampiran tanah perkuburan kerana mungkin pada fikiran cetek mereka tidak ada siapa yang akan marah kerana tidak mengganggu sesiapa. Waktunya pula lewat malam dan awal pagi iaitu ketika hampir tidak ada kende­raan melalui kawasan berkenaan.

Memetik kenyataan polis dan beberapa pihak, kegiatan kumpulan remaja berbasikal ini bukan baharu. Sudah lama. Sudah ditegur beberapa kali pun mereka buat tak endah. Faham-faham sajalah kalau sudah hobi. Lainlah kalau mereka diberi pilihan tempat untuk melampiaskan minat dan keseronokan berbasikal itu. Setakat tegur dan tegah, jiwa remaja, pasti memberontak.

Penulis menyokong peringatan agar ibu bapa mengambil tanggungjawab mengawasi pergerakan anak-anak remaja bawah umur, dengan memastikan mereka tidak keluar lewat malam dan terlibat dengan gejala tidak sihat.

Pada masa sama, penulis berpendapat pihak yang ada autoriti dalam komuniti patut juga memikirkan cara untuk menyelesaikan isu keghairahan kumpulan remaja berbasikal selepas tengah malam sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Hairan juga apabila ramai mengaku sudah lama menge­tahui aktiviti remaja terbabit namun tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi gejala itu. Hanya selepas berlakunya insiden awal pagi Sabtu lalu barulah masing-masing tak menyempat-nyempat memberi cadangan. Itu pun setakat menggesa dikenakan tindakan undang-undang ke atas ibu bapa dan penjaga remaja terbabit. Tidak ada cadangan lain berbentuk jangka panjang. Sekali lagi, menghukum sahajakah penyelesaiannya?

Bagaimana jika yang dilanggar bukan kumpulan remaja berbasikal nyamuk tetapi grup berbasikal mewah? Adakah ibu bapa dan penjaga mereka akan dipersalahkan juga? Atau mungkinkah gambar dan rekod pemandu yang me­langgar sudah tular di laman sosial?

Al-Fatihah untuk lapan remaja yang maut. Mungkin ada antara mereka yang berangan-angan seperti Anuar Manan, ja­guh basikal negara dari Terengganu, yang meng­akui bermula dengan basikal nya­muk. Hasrat mereka tidak kesampaian dan nampaknya berkubur di Jalan Mahmoodiah.

Bagaimana pula dengan remaja lain yang terselamat, termasuk ramai lagi penunggang basikal nyamuk di tempat lain di seluruh negara kita yang berminat dan me­nyimpan hasrat sama untuk mengikut jejak Anuar? Haruskah dikuburkan juga impian mereka? Apakah tidak ada tempat untuk mereka mengasah bakat dan kemahi­ran yang ada dengan betul dan terarah, agar mereka juga dapat memberi sumbangan bermakna kepada negara?

Penulis serahkan kepada yang pakar untuk menjawab­nya. Penulis percaya mereka boleh mengubah yang negatif menjadi positif. Mana tahu dalam sekian ramai remaja berbasikal dengan pelbagai teknik dan aksi ‘berani mati’ di atas jalan raya pada lewat malam itu, ada yang berpotensi mencipta nama di gelanggang lumba basikal negara dan dunia. Asalkan ada yang benar-benar prihatin dengan minat dan impian mereka.
- MARHAINI KAMARUDDIN.

Sunday, February 19, 2017

RUU355 DAN MEREKA YANG MASIH JUMUD.

MASYARAKAT perlu memahami bahawa hudud telah pun dilaksanakan secara separa di Malaysia, dan umum tahu bahawa pelaksanaannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang persendirian untuk mengawal selia umat Islam di negara ini.

Berdasarkan yang sama, wujud enakmen jenayah syariah di setiap negeri tanpa sebarang percanggahan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berlandaskan kuasa yang diberikan di bawah Perkara 121(1A).

Contoh kesalahan hudud yang telah dilaksanakan adalah kesalahan seperti berzina di bawah Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah Persekutuan)(Akta 559), meminum arak di bawah Seksyen 19 Akta 559 dan qazaf (menuduh orang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi) di bawah Seksyen 41 Akta 559. Peruntukan jenayah-jenayah ini juga wujud dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri-negeri lain di Malaysia.

Bagaimanapun hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan-kesalahan ini amat rendah dan tidak menepati kehendak syarak. Mengambil contoh kesalahan me­minum arak, Seksyen 19 Akta 559 memperuntukkan bahawa hukuman bagi pesalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.

Persoalannya, adakah hukuman ini mencukupi? Sedangkan umum tahu, di dalam syarak, jumhur mengatakan hukuman bagi mereka yang mengambil arak adalah sebatan sebanyak 80 kali. Persoalannya, mengapa hukuman di bawah enakmen jenayah syariah di Malaysia terlalu rendah?

Hukuman yang terbatas ini adalah kerana bidang kuasa mah­kamah syariah di serata negara tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada orang Islam dan mengehadkan hukuman yang boleh dikenakan di mahkamah syariah hanya penjara tidak ­melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.00 atau sebatan tidak melebihi enam kali.

Penulis tekankan di sini bahawa Akta 355 ini memperoleh ke­esahan melalui peruntukan dalam Item 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Perkara 121(1A).

Untuk menyamaratakan hukuman di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia dengan hukuman berdasarkan hukum syarak, muncul keperluan untuk membesarkan bidang kuasa mahkamah syariah di bawah Akta 355. Ini adalah intipati cadangan pindaan dalam Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman mahkamah syariah kepada 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda. Sekali lagi ditekankan bahawa peningkatan bidang kuasa hukuman di bawah RUU355 demi membolehkan pemakaian hukuman mengikut hukum syarak, ia sama sekali tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan keesahan Akta 355 adalah berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Malahan ini bukanlah kali pertama Akta 355 dipinda. Semasa kewujudan asalnya pada 1965, mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman penjara dan denda. Pindaan pada 1984 telah membenarkan mahkamah syariah me­ngenakan hukuman sebatan juga.

Persoalannya, adakah peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Sudah tentu tidak. Jika benar Akta 355 dan sebarang peningkatan bidang kuasa di bawah Akta 355 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, mustahil Akta 355 mampu wujud selama ini tanpa tiada yang mempersoalkan keesahan akta ini.

Oleh kerana RUU 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, tiada sebab mengapa RUU 355 tidak boleh dilaksanakan, lebih-lebih lagi memandangkan pemakaian peruntukan Akta 355 hanyalah kepada orang Islam dan menepati peruntukan di bawah Perkara 8(5).

Himpunan RUU 355 diadakan hari ini dan pada hari yang sama, ada juga himpunan untuk mereka yang menolak RUU 355, anjuran puak yang jumud dengan sistem perundangan di negara ini. Penulis musykil mengapa hal ini masih dipolemikkan oleh puak-puak ini, sedangkan beribu satu penjelasan sudah diberikan untuk ­menerangkan duduk perkara sebenar.

Kita perlu menghormati bidang kuasa perundangan syariah di Malaysia yang wujud berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Jangan kerana sikap angkuh mereka yang enggan memahami intipati undang-undang, kita menidakkan keesahan yang lama wujud pada Akta 355. Tambahan pula RUU 355 tidak memper­kenalkan hukuman baharu, tetapi meningkatkan jumlah hukuman sahaja, yang mana hal ini telah pun berlaku sebelum ini.

Justeru penulis menggesa supaya umat Islam terus bersatu untuk menyokong pindaan dalam RUU 355 tanpa mempedulikan suara sumbang mereka yang masih buta hati dan akal untuk memahami undang-undang asas di negara sendiri.

- Muhammad Siddiq Azani.



Saturday, February 18, 2017

MAHATHIR BAPA PERPECAHAN MELAYU.

Selama bertahun tahun rakyat terpedaya dengan permainan wayang konon Mahathir adalah seorang ultra Melayu, pro Melayu dan segalanya Melayu.

Yang betulnya, berdasarkan banyak maklumat, jauh dari hero Melayu, Mahathir sebenarnya boleh dikatakan bapa perpecahan Melayu. 

Dikaji-kaji semula dari jumlah ekuiti bumiputera yang langsung tidak berubah dari saat Mahathir jadi Perdana Menteri sehingga bersara, kepada penubuhan parti-parti politik serpihan UMNO setiap kali Mahathir bergaduh dengan orang, semua ini adalah bukti yang nyata bagi menyokong hakikat tersebut.

Orang Melayu tak berkembang dan bersatu semasa Mahathir berkuasa. Dipecah-pecah belah pulak lagi semuanya agar dia dapat jadi yang terlama.

Malah, parti pure orang UMNO yang ada hari ini pun bukanlah UMNO sama yang ditubuh dikaki tangga Istana tahun 1946 dulu kerana Mahathir dan putar belitnya 'telah' mengharamkan UMNO yang itu dan menubuhkan UMNO Baru bagi mengelakkan pemilihan kontroversi 1987 dari diadakan semula.

Dibawah UMNO baru, ahli UMNO bukan saja Melayu macam dulu, tapi ada bumiputera (orang asal tapi bukan Melayu) yang boleh menyertainya.  Tidaklah salah dengan itu, tapi sekadar nak sebut dari parti pure Melayu, UMNO sudah ada bukan Melayu sebagai ahlinya, itu saja.

Mungkin sebab Mahathir taknak Melayu bersatu dalam UMNO yang mana boleh dijadikan platform untuk melawannya, mungkinlah.

Tak hairan, tidak ada apa 'kebanggaan' Mahathir hari ini yang boleh dikaitkan dengan Melayu.  KLCC, pengunjung saja Melayu, peniaga bangsa lain.  SICC, dari wujud sampai nak tamat kontrak penganjuran F1 tak lama lagi, belum ada pelumba Melayu berlumba disitu.

Engineer tu adalah Melayu, tapi bercakap pasal F1, siapa yang ingat Engineernya, orang ingat pelumbanya.

Berdasarkan jumlah orang terkaya di Malaysia pun, tak ramai nama Melayu.  Satu dua yang ada pun, salah seorang tu adalah anaknya sendiri.  Melayu jugaklah tapi apa nak banggakan?  Anak dia kot.

Jadi, benarlah Mahathir bapa perpecahan Melayu.  Tapi yelah, apa nak diharap orang darah keturunan Kerala untuk menjaga Melayu?  Silap kita dulu, jangan di ulang di masa depan wahai bangsa Melayu.

KENAPA TIADA SIASATAN BANK NEGARA RUGI USD 10 BILION?

Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.

Bekas Penolong Gabenor BNM ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh le­bih besar.

Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia dan New Straits Times di sini hari ini.

Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.

Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewa­ngan negara.

Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku.

“Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” jelasnya.

Abdul Murad berkata, tindakan dalaman juga tidak diambil bagi memastikan pihak yang terlibat menggantikan semula dana rezab BNM yang hilang akibat transaksi berkenaan.

“Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu,” katanya.

Beliau berpandangan, kegiatan spekulasi mata wang adalah di luar skop BNM dan bank pusat itu sepatutnya memainkan pe­ranan mengawal peredaran ringgit.

Sehubungan itu, Abdul Murad menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes tersebut dan beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Friday, February 17, 2017

MAHATHIR KIT SIANG: SIAPA TIKAM SIAPA?

Sebagai seorang ahli politik yang lama, sudah pastinya setiap gerakan yang dilakukan mempunyai maksud yang tersiratnya. Setiap perkataan yang dikeluarkan itu  mempunyai maksud yang mendalam.

Perkara ini  pada kebanyakan pemerhati politik akan mengkaji setiap gerakan atau perkataan yang dibuat oleh pemimpin politik yang telah lama bergelumang dengan pelbagai senario  politik Negara.

Begitu juga dengan kerjasama  DAP dengan PPBM, setiap perancangan untuk bersekongkol itu mempunyai maksud yang tersirat. Bagi DAP ianya lebih kepada untuk “mempergunakan” Mahathir untuk memecahkan kelompok sokongan Melayu UMNO.

Rata-rata penganalisis politik akan menjangkakan bahawa  Mahathir akan kembali  melakukan “U-Turn”  kepada musuhnya yang dikecam selama ini sebaik sahaja mendapat apa yang  dikehendakinya.  Andaian ini dibuat berdasarkan sejarah politik silam Mahathir sebelum ini.

Pemimpin DAP  disemua peringkat  secara sedar telah menyatakan bahawa Mahathir sekarang hanya  melakukan lakonan semata-mata  demi untuk meraih sokongan kelompok pembangkang dalam usaha mengejar cita-citanya.

Pada  masa yang sama , kita jangan lupa bahawa pemain politik DAP iaitu Lim Kit Siang juga mempunyai matlamat  yang sama dan enggan mengakui  untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sedangkan  itu merupakan satu langkah yang cukup kukuh untuk mengawal segalanya.

DAP yang sebelum ini dikenali sebagai DAP keluarga Lim menurut sejarah yang berlaku di Pulau Pinang  yang telah berlaku  dimana akan melakukan penyingkiran  terhadap PAS dan PKR didalam kelompok Exco yang dilantik pada permulaan pemerintahan.

Perkara ini juga akan dilakukan terhadap Mahathir  sebaik sahaja UMNO dapat ditumbangkan. Kita percaya DAP akan terus memperkukuhkan legasi sokongannya  dan akan menempatkan  orang orang yang  memberikan sokongan padu terhadap mereka.

Pernikahan mutaah yang dilakukan oleh  PPBM dan DAP ini dilihat akan bercerai pada bila  bila masa sahaja apabila kedua daripada mereka mula melihat sesuatu yang  lebih baik berada dihadapan mereka. Setakat ini kita melihat hubungan intim ini berjalan dengan baik dan akan kekal selamanya.

Namun  ianya tidak akan berlaku sedemikian bila kita menoleh kembali sejarah politik kedua-dua mereka ini. Kedua-dua mereka ini akan terus memainkan peranan mengolah  perjalanan politik agar ianya dilihat  dilakukan dengan  sifat kesefahaman yang jitu.

Bagi Mahathir dan Guan Eng akan bertindak kearah yang sama apabila  mereka berdua ini mendapat apa yang diinginkan. Seterusnya  pemimpin politik DAP dan PPBM akan memainkan  tugasan masing-masing untuk mewujudkan persepsi untuk menjatuhkan pihak lawan mereka.

Sebagaimana yang ditulis didalam “Top Secret 2013” DAP akan memberikan ruang untuk Anwar  menjadi Perdana Menteri , tetapi setelah cukup masa yang diberikan  iaitu 2 tahun, Anwar akan dikaitkan dengan masalah moral dan akhirnya akan disabitkan dengan kesalahan  yang membolehkan perlucutan jawatan yang disandang.

Pada masa itu setiap perancangan perubahan dasar-dasar Negara telah pun dilakukan ketika  Anwar menjadi perdana Menteri. Setelah semuanya tercapai maka  akhirnya disingkirkan.  Begitu juga dengan Mahathir, dia akan disingkirkan dengan pelbagai salah laku yang telah dilakukan semasa pemerintahan dahulu.

DAP tetap menganggap Tun Mahathir adalah individu yang tidak boleh dipercayai dan mempunyai banyak skandal politik yang tidak pernah diperjelaskan. Perkara ini dapat kita lihat bagaimana Lim Kit Siang  hanya mampu membisu seribu bahasa dalam kehilangan wang Negara melalui Forex.

Tindakan Kita Siang tidak mengetengahkan perkara ini adalah kerana  belum sampai masanya ianya untuk digunakan. Pada masa akan datang isu ini  juga akan digunakan untuk menyingkirkan Mahathir termasuk beberapa isu yang lain.

Perkara yang paling tidak masuk akal yang dilakukan oleh Mahathir adalah apabila  dia menberikan tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan. Sedangkan  Mahathir adalah orang yang merayu untuk PAS berada didalam Pakatan.

Jika kita fikirkan secara logik akal, apakah dengan kehadiran PAS kedalam Pakatan Harapan dengan kerusi yang ada ditangan PAS itu tidak akan menjadi penghalang kepada Mahathir untuk mencapai cita-cita untuk meletakkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Sudah pastinya ianya merupakan satu halangna besar bagi Mahathir, jadi memujuk PAS itu  boleh dikatakan satu lakonan  atau sandiwara politik dan kehadiran PAS kedalam Pakatan sememangnya tidak diundang sama sekali.

Jika ini berlaku, Mahathir tidak akan  berjaya untuk mencapai cita cita politiknya  jika PAS berada didalam Pakatan. Jalan mudah yang ada sekarang akan menjadi susah bila ada persaiangan calon untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Apa yang sedang berlaku sekarang didalam PPBM? Mahathir berjaya menyisihkan kewujudan Muhyiddin, Wan Azizah dan melakukan kunjungan simbolik terhadap Anwar Ibrahim dan bukan melakukan permohonan maaf diatas tindakannya menganiayai Anwar.

Sebagai langkah seterusnya kehadiran Zaid  kedalam Pakatan adalah seperti dirancang. Melalui kenyataan yang dikeluarkan Zaid telah  mengatakan Mahathir adalah De Facto didalam Pakatan. Tindakan ini adalah bertujuan untuk melihat respon pihak PKR dan DAP terhadap beliau.

Sekarang Mahathir tahu bahawa PKR dan DAP masih tidak boleh menerima beliau sebagai seorang yang berkuasa  walaupun Mahathir adal;ah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun. Jadi satu pengorbanan untuk menaikan sokongan  terpaksa dilakukan, Apakah pengorbanan tersebut?

Mahathir dengan mudah  telah menerima lantikan sebagai Pengerusi Penaja PPBM di Langkawi. Dengan cara ini penyokong dari PKR  dan Bersatu akan melihat bahawa Mahathir bukan seorang yang gila jawatan dan boleh diletakkan hingga keperingkat bawahan sekali pun. Bijak bukan.

Berbalik kita apabila  PAS berada di dalam Pakatan Harapan kerana tentu sekali PAS mahukan presiden mereka, Abdul Hadi Awang menjadi calon Perdana Menteri. Apabila ini berlaku PAS akan mendapat sokongan daripada ahlinya- Dan bagaimana dengan Mukhriz?

Mukhriz akan berhadapan dengan saingan dari sebuah parti yang cukup lama dalam politik  berbanding dengan PPBM. Sudah pasti Mukriz akan  tenggelam  dalam usaha untuk mendapatkan tempat sebagai Perdana Menteri.

DAP pada masa ini akan mengulangi sejarah politik mereka menggunakan PAS sewaktu memerintah Perak selama 10 bulan 28 hari. Sudah pastinya sokongan untuk jawatan Perdana Menteri PAS akan mendapat sokongan dari DAP dan menggunakan kuasa dominanya untuk membuat keputusan.

Sekarang kita dapat melihat bagaimana percaturan demi percaturan kedua-dua ahli politik ini untuk memastikan  matlamat mereka tercapai. Jadi para penyokong tidak seharusnya terperangkap dengan slogan selamatkan Malaysia sebagaimana yang didendangkan.

Wednesday, February 8, 2017

TERPERANGKAP DALAM ILUSI DAP.


Tak habis-habis supremo DAP, Lim Kit Siang memainkan sentimen bahawa Malaysia negara gagal. Selama berdekad-dekad itulah yang dijaja politikus berusia 76 tahun ini.

Entah yang ke berapa kali, minggu depan partinya akan menganjurkan persidangan meja bulat dengan tajuk klise "Selamatkan Malaysia."

Sedikit pun tidak ada bayangan keikhlasan daripada forum ini. Yang dirasakan bau khas DAP yang sarat kepentingan politik menjelang pilihan raya umum.

Dahulu semasa zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menjadi sekutunya, laungan yang sama juga kedengaran. Begitu juga pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagi Kit Siang dan tafsiran DAP, Malaysia hanya akan diiktiraf berjaya jika kuasa politik berada di tangan mereka.

Samalah juga betapa bang­ga­nya mereka dapat berkuasa di Pulau Pinang. Yang baik-baik semuanya akan diangkat sebagai kerja mereka manakala yang bu­ruk-buruk itu warisan kerajaan terdahulu atau perbuatan Kera­ja­an Pusat.

Persidangan meja bulat pada 7 Februari ini yang dijaja Kit Siang tidak lebih hanya sebagai gimik. Kit Siang turut menjemput Perdana Menteri kononnya seba­gai ruang dan peluang untuk memulakan sesuatu yang baharu.

Percayalah, tiada pemikiran baharu dalam forum itu. Yang ada hanya membakar sentimen. Yang menonjol nanti kecaman dan mem­buruk-burukkan yang sedia ada. Sungguh, perlakuan tipikal parti pembangkang Malaysia.

Sebagaimana lazim dilakukan DAP, forum ini akan digunakan bagi mengumpulkan konco-kon­co­nya termasuk apa yang mereka gelar pemimpin masyarakat sivil. Dr. Mahathir untuk sekian kalinya dijadual berkongsi forum dengan parti yang pernah dimusuhinya itu.

Bagi menjadikan lebih signi­fikan, majlis ini akan diserikan dengan penyertaan ‘ikon’ Melayu ke dalam parti yang dilabel oleh lawan politiknya sebagai cauvinis dan anti-Islam. Entah berapa ramai ikon yang DAP dapat kail kali ini.

Ada beberapa nama yang hampir pasti termasuk bekas men­teri kontroversi, Datuk Zaid Ibra­him. Selepas gagal ber­saing dalam perebutan kerusi ke­pim­pinan dalam UMNO dan PKR, parti berlambang roket dianggap padan benar dengan karakter Zaid. Lagipun DAP sedang galak mengumpan kerusi-kerusi pilihan raya yang berpotensi menang kepada ‘ikon’ Melayu yang ber­has­rat menjadi YB segera.

Apa pun gerak DAP sentiasa dibayangi oleh perilaku janggal pemukanya sendiri. Semakin hari semakin terdedah perilaku cakap tak serupa bikin.

Sifat angkuh

Lim Guan Eng, anak Kit Siang semakin tebal sifat angkuhnya. Pan­­tang ditegur mahupun dikritik akan ada yang bakal menerima akibatnya.

Rasanya hampir semua media sudah disergah kalaupun tidak disaman. Kebebasan bersuara ti­dak lebih hanya kosmetik. Suara Guan Eng yang perlu didengar dahulu.

Lihatlah Guan Eng tetap bertakhta di Pulau Pinang walaupun telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan mahupun sekadar bercuti sementara umpama angin lalu, tidak diendahkan.

Bagi Guan Eng tak mengapa nilai-nilai universal yang diuar-uarkan dijunjung tinggi DAP dilanggar dengan alasan kesnya itu merupakan konspirasi politik.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa pun boleh mendakwa konspirasi politik apabila beliau diminta bercuti senentara sehingga siasatan ke atasnya selesai. Tetapi tidak, Annuar memilih untuk akur dengan ketetapan moral bagi membolehkan siasatan dibuat secara bebas.

Jika Annuar, pemimpin dari sebuah parti yang tidak henti-henti dituduh DAP sebagai perasuah dan pencuri boleh lakukan, kenapa tidak Guan Eng? Sepatutnya pemimpin seperti Guan Eng yang selalu bangga dengan akauntabiliti menunjukkan jalan dan menjadi contoh.

Ini tidak, Guan Eng sebaliknya semakin menambah cengkamannya. Beliau kebal kepatuhan moral bahkan tidak boleh disentuh. Kerana apa, kerana Guan Eng anak Kit Siang. Kerana beliau pemimpin pembangkang.

Dalam layanan istimewa yang dwistandard seperti ini, bagaimana DAP boleh menjual dirinya sebagai penyelamat Malaysia? Realitinya dalam tempoh berdekad-dekad ini apakah yang telah diselamatkan oleh DAP?

Benarkah DAP telah menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus menjadi negara bankrap dan negara gagal? Ini umpama bermain ilusi. DAP yang mencipta ilusi dan mereka juga yang menjadi penyelesai ilusi itu.

Jelaslah projek "Selamatkan Malaysia" yang mengumpulkan orang-orang pilihan DAP hanya sebuah ilusi. Hasilnya juga tidak ke mana. Begitulah yang berlaku selama berdekad-dekad ini.

Malangnya ada sahaja yang termakan dengan tipu helah dunia ilusi DAP ini. Mereka ini mempunyai kepentingan tertentu. Masing-masing ada matlamat yang mahu dicapai.

Barangkali itu sahaja yang mampu mereka lakukan. Hendak berlawan dengan track record dan fakta tak mampu, jadi lebih baik bermain ilusi. Akhirnya negara ini yang rugi. Akhirnya yang kalah jadi abu, menang jadi arang.

- Zulkefli Hamzah.

PAS-UMNO DEMI MELAYU.

PAS sudah lama berada dalam politik Malaysia. Merasai sepak terajang, bagaimana mereka ‘dipinggirkan’ oleh pihak tertentu termasuklah sekutu rapat mereka dahulu, DAP.

Dikatakan dua kali, tetapi dua kali itu belum dicampur dengan herdikan yang menggores hati. Dan kadangkala terpaksa melukut di tepi gantang. Namun, Pas menyedarinya dan bangkit dengan bermaruah menidakkan salam persahabatan semula daripada DAP.

Suatu ketika ada pihak menyerang Pas kerana tidak meletakkan negara Islam sebagai keutamaan manifesto dan kempen, sebaliknya menjadikan Negara Berkebajikan sebagai manifesto bersama dengan pakatan pembangkang. Pas juga sedar hal itu.

Apabila akhir-akhir ini Pas mengakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu membela Islam, banyak pihak terutama daripada bekas sekutunya terpaku. Terkedu kerana barangkali terkejut dengan pendirian Pas itu.

Namun, hakikatnya, dalam senario politik dan sosial masyarakat hari ini, Pas-UMNO diakui oleh orang Melayu adalah pihak pendesak yang akan menjadi benteng umat Islam, menyelamatkan akidah umat daripada liberalisme, pluralisme dan anasir-anasir yang ingin mero­sakkan Islam.

Dikatakan sehingga hari ini, terdapat lima parti Melayu. Maka, biarpun di antara Pas-UMNO mempunyai kenangan pahit secara peribadi sebelum ini, namun itu tidak boleh menjadi penghalang dalam usaha perpa­duan ini.

Mengapakah perbezaan ideologi politik, pentadbiran dan pelaksanaan bagi mengurus tadbir negara boleh membuatkan ada sebahagian umat Melayu bermusuh dengan yang lainnya? Sehinggakan orang Melayu hari ini mencaci maki dan menghamun sesama sendiri?

Hari ini, masing-masing memberitahu rakyat bahawa merekalah pembela Islam dan bangsa Melayu. Namun apakah orang Melayu mahu membela Islam dengan cara berpecah-belah, taksub, asabiyah, memaki hamun sesama sendiri, khianat, dengki, takbur, riak, sombong dan sikap-sikap yang seangkatan dengannya?

Apakah pendekatan seperti yang disebut di atas itu adalah perintah Tuhan atau pun sunah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam usaha memartabatkan Islam?

Bolehkah Islam diperjuangkan dengan akhlak yang buruk dan memaki hamun sesama sendiri? Apakah sikap bermusuhan, dengki-mendengki, khianat-mengkhianati, taksub dan asabiyah yang ditonjolkan dalam budaya berparti dan berpolitik kalang­an masyarakat Melayu hari ini sesuatu yang baik untuk diwariskan kepada generasi pelapis umat Islam di negara ini?

Perlu disedari bahawa Allah SWT telah menyatukan umat Melayu dengan dua faktor yang paling kuat iaitu bangsa dan agama. Namun mengapakah hari ini masih nampak lagi berpecah-belah?

Bagi menjadikan usaha perpaduan Pas-UMNO ini kenyataan, maka wajib bagi setiap ahli ter­utamanya pemimpin kedua-dua parti itu membuang rasa syak wasangka, khianat, dengki, ujub, riak dan mula bersikap tulus, ikhlas dan bersatu dengan niat hanya kerana Allah.

Apakah umat Islam di negara ini, ahli-ahli parti politik serta pemimpin terlupa pesanan Rasulullah SAW yang dikitabkan di dalam Sahih Muslim yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Anas bin Malik RA).

Jelas dalam isu perpaduan ini, tiada alasan daripada Pas atau UMNO untuk mengatakan tidak terhadap usaha ini. Bersatu adalah satu perintah Allah dan Rasul. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sekiranya wujud golong­an yang menentang perpaduan dua parti terbesar umat Islam yang cuba diusahakan hari ini, tidak syak lagi inilah golongan dajal dan munafik yang wujud berkeliaran untuk menyebar fitnah melaga-lagakan umat Islam di negara ini sesama sendiri.

Dalam demokrasi, apa yang penting ialah kuasa politik. Kuasa politik didapati daripada pengundian.

Orang Cina sesama mereka tidak boleh bersatu dalam ba­nyak hal. Namun demikian, mereka dapat bersatu dalam bidang ekonomi-perniagaan dan pendidikan. Dua bidang utama ini adalah dasar pegangan mereka, malahan membina kekuatan bagi kehidup­an sesebuah masyarakat dan negara. Mereka, sejak berzaman, menumpukan kerja dan usaha pada dua bidang ini. Sebab orang Cina tahu di negara ini, orang Melayu sukar hendak melepaskan aspek kepimpinan dan ketua.

Orang Melayu pula mempu­nyai bilangan undi yang lebih dan adalah penentu dalam banyak hal. Walaupun hakikat sebenar­nya kuasa politik terletak dalam buku daftar undi. Bagaimana didaftar, siapa yang mendaftar, bagaimana dan di mana didaftar. Juga, siapa Melayu yang tidak berdaftar.

Pas mempunyai pengalaman dalam politik sejak ditubuhkan. Meskipun ramai menyatakan Pas lahir daripada UMNO - apabila dihubungkan dengan kegiatan Ahmad Fuad dan pimpinannya atau ulama seangkatan dengannya - parti itu berjaya membuktikan kekuatan sendiri.

Sejarah memperlihatkan beberapa pemimpin tinggi dan pertengahan Pas meninggalkan parti itu. Antaranya, Datuk Othman Abdullah dan isteri serta pengikutnya, Datuk Asri Muda, Hasan Adli, Wan Mustafa, Abu Bakar Hamzah dan Nakhaie Ahmad.

UMNO juga berdepan situasi sama.

Benar kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin: “Kita harus meng­akui UMNO, BN adalah kelompok yang masih boleh dimanfaatkan untuk mem­bela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355, berbanding DAP yang bersikap keras terhadap Islam".

Friday, February 3, 2017

TARIK BALIK TARAF BUMIPUTERA?


BEBERAPA hari lalu seorang pengguna Twitter menggunakan nama Tengku Iskhandar membuat kenyataan menyamakan hak bumiputera di Malaysia dengan diskriminasi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap orang Islam.

Kenyataan itu pantas tular di media sosial khususnya dalam kalangan bukan Melayu di negara ini sebagai tanda menyokong kenyataan seorang Melayu liberal yang buta sejarah dan lupa asal-usul sendiri.

Jangan lupa, AS ditadbir sepenuhnya golongan pendatang sementara peribumi mereka hidup merempat manakala Malaysia mengamalkan pemerintahan peribumi yang berkongsi kuasa dengan kaum lain.

Isu hak bumiputera ini sebenarnya sudah lama diapi-apikan sesetengah ahli politik bukan Melayu kononnya menindas golongan minoriti.

Perkara sama berlaku ke atas bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, agama Islam agama rasmi Malaysia dan tanah rizab Melayu yang turut didakwa menindas hak asasi minoriti.

Golongan ini bagaimanapun tidak berani menyentuh hak raja-raja Melayu dan menyorokkan niat mereka mahu menjadikan Persekutuan Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura.

Orang Melayu sudah muak dengan dakwaan kononnya kontrak sosial melibatkan Islam, bahasa, hak istimewa, tanah rizab dan raja-raja Melayu menindas kaum atau penganut agama lain.

Lebih menyakitkan hati bila semakin ramai Melayu liberal menjadi tali barut seperti mana penderhaka Melayu yang bersekongkol dengan penjajah menjatuhkan empayar Melaka.

Oleh itu, suka saya sarankan kerajaan memberi peluang kepada semua orang Melayu liberal yang tidak mahu terlibat dengan kontrak sosial ini dilucutkan taraf bumiputera mereka dengan menggantikan status ‘Melayu’ dalam kad pengenalan mereka kepada ‘bukan bumiputera’.

Pada masa sama, kerajaan juga boleh tawarkan kad pengenalan merah atau status penduduk tetap kepada sesiapa sahaja, termasuk Melayu yang tidak mahu menghormati kontrak sosial seperti dipersetujui nenek moyang kita semua sebelum negara merdeka.

Tiada paksaan dalam tawaran ini kerana ini bukan melibatkan soal politik tetapi patriotisme dan kesetiaan kepada negara.

Jika tidak setuju dengan asas penubuhan negara ini maka mereka boleh mengubah status keturunan mahupun kewarganegaraan sendiri.

Beberapa orang bukan Melayu ada mempersoalkan kenapa mereka perlu patuh dan mengikut kontrak sosial itu kerana nenek moyang mereka yang bersetuju sedangkan mereka tidak setuju.

Anak-anak muda itu mungkin terlupa jika orang Melayu berfikiran serupa, maka ketetapan kontrak sosial itu tidak akan dimasukkan dalam Perlembagaan Negara, begitu juga taraf kerakyatan untuk bukan Melayu.

SARJAN RAMLI

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik