Friday, October 12, 2018

ADA APA DENGAN MAHATHIR, LIM KIT SIANG DAN ANWAR.

Oleh  Safrul Nidzam bin Shamsuddin.

Bagaimana Mahathir, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim boleh bersatu walaupun Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik yang banyak mengkritik Mahathir malah dianggap sebagai MUSUH NOMBOR 1 oleh mereka berdua suatu ketika dahulu. Akan tetapi macamana mereka bertiga boleh duduk semeja pada hari ini?

Saya akan mulakan dari hubungan antara Anwar dan Mahathir dahulu.

Semua tahu hubungan antara Anwar dan Mahathir suatu ketika dahulu amat erat (sebelum mereka menjadi musuh).

Malah Mahathir sangat mengharapkan Anwar menjadi PM bagi menggantikan dirinya. Sebab itu kalau kita lihat kembali banyak idea-idea Anwar serta cara kempen politik Anwar tidak kurang sama seperti Mahathir. Hanya satu sahaja beza antara mereka berdua iaitu impian Anwar mahu menjadi PM dengan segera. Ini tidak disangkal oleh semua rakyat kerana kita tahu bagaimana Mahathir angkat Anwar menjadi menteri sehinggalah beliau dapat menjadi TPM dengan begitu cepat sekali.

Malangnya isu kes liwat yang pertama timbul kerana Mahathir sendiri gusar Anwar cuba menjatuhkan Mahathir.

Apabila Anwar dipenjarakan, rakyat yang menyokong Anwar telah bertindak melakukan reformasi yang menjadi titik permulaan demonstrasi paling buruk dalam sejarah negara.

Itu dahulu. Tapi kini kenapa Anwar sanggup menerima Mahathir sedangkan Mahathir telah aibkan diri dan keluarganya dahulu?

Kenapa Anwar sanggup terima Mahathir kembali? Itu persoalannya.

Dari apa yang kita lihat dan amati, tingkahlaku Anwar kepada Mahathir hanyalah kerana beliau mahukan kepercayaan Mahathir. Itu sahaja. Kerana perbuatan ini adalah yang diajar sendiri oleh Mahathir kepada Anwar. Sifat dendam Anwar terhadap Mahathir tidak padam.

Apatah sekarang Anwar melihat bagaimana isterinya Wan Azizah seperti sudah percaya pada Mahathir setelah melantik isterinya menjadi TPM.

Tapi jangan ingat Anwar sudah terima 100% apa yang Mahathir buat pada hari ini. Apakah Anwar lupa pada sejarah hitam yang dilakukan oleh Mahathir pada dirinya. Anwar perlu bertindak sebelum sesuatu terjadi kepada Wan Azizah dan sebelum dirinya disailang oleh Mahathir sekali lagi.

Tambahan pula hari ini sudah ada gerakan dari dalaman PKR yang sudah mahu beralih arah pada Mahathir dan ini menyebabkan pengaruh Anwar akan merosot. Tambahan pula Azmin Ali kini sudah bersama Mahathir.

Apa yang Anwar takutkan adalah takut pengaruh Mahathir meresap masuk ke dalam PKR sepertimana ada ahli UMNO sudah mula keluar parti dan masuk ke dalam PPBM pada hari ini.

Semua ini Mahathir lakukan adalah untuk menjadikan parti PPBM sebuah parti dominan kerana Mahathir mahukan PPBM menggantikan UMNO.

Ini isu yang pertama mengenai Anwar dan Mahathir.

Bagaimana pula dengan isu Lim Kit Siang dan Mahathir? Kenapa Lim Kit Siang sanggup duduk sebangku dengan Mahathir kali ini sedangkan dahulu Lim Kit Siang lah orangnya yang selalu menghentam Mahathir?

Dan juga bagaimana pula dengan Mahathir yang sanggup jilat balik ludahnya? Dulu Mahathir sendiri mengatakan Kit Siang seorang yang RASIS tetapi kali ini sudah tidak ada kedengaran lagi.

Jawapannya hanyalah 1. ANAK.

Kita semua tahu anak Lim Kit Siang yang kini menjadi Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng memiliki kes dimahkamah berkaitan isu rumah banglo dan juga projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Mahathir pula marah apabila anak kesayangannya, Mukhriz telah dilucutkan jawatan MB Kedah dan akhirnya dikeluarkan dari UMNO kerana menentang DS Najib.

Untuk menyelamatkan anak mereka maka mereka harus bersatu. Dan apa hasilnya?

Kita sudah nampak Lim Guan Eng sudah menjadi Menteri Kewangan dan Mukhriz pula sudah kembali ke kerusi MB Kedah.

Apakah Lim Kit Siang benar-benar sudah memaafkan Mahathir atau masih lagi ada dendam atas apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya dahulu?

Ingat lagi satu perkataan yang Lim Kit Siang katakan terhadap Mahathir.

"FORGIVE BUT NOT FORGET”

Apa maksudnya?

Kalau kita kaji apa yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang, beliau memaafkan Mahathir tetapi dia tidak lupa apa yang Mahathir  lakukan suatu ketika dahulu. Bukankah itu bermaksud Lim Kit Siang mempergunakan Mahathir sekadar untuk menjatuhkan UMNO dan BN sahaja? Malah saya yakin Mahathir juga sebenarnya masih dalam berjaga-jaga takut Lim Kit Siang akan menjatuhkan beliau selepas DS Najib ke penjara.

Sebab itu Mahathir perlukan pengaruh rakyat untuk menjadi pelindung dirinya. Tetapi sekarang apa yang saya lihat rakyat sudah menolak pentadbiran Mahathir yang secara terang-terangan sudah mengamalkan sistem DIKTATOR.

Saya tahu Mahathir sedar akan isu ini. Tetapi dia tidak mahu tunjukkan kerana takut hilang sokongan secara total.

Hakikatnya Mahathir, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sendiri tidak mempercayai satu sama lain tetapi mereka berlakon dihadapan rakyat kononnya tidak ada apa-apa berlaku. Tapi yakinlah mereka sesama sendiri sebenarnya sedang cuba nak menjatuhkan sesama sendiri demi kuasa.

Anwar masih lagi kemaruk mahu menjadi PM.

Lim Kit Siang mahukan negara kita menjadi sebuah negara dibawah pengaruh kuasa orang cina dan menghapuskan pengaruh Islam dan bangsa Melayu sepertimana yang berlaku di Singapura.

Mahathir pula mahukan apa saja projek dari kerajaan dapat diberikan kepada anak-anak dan kroni nya.

Sebab itu saya katakan hari ini kuasa memerintah sebenarnya bukanlah dari RAJA-RAJA kita tetapi ianya adalah MAHATHIR sendiri.

Ini pandangan peribadi selama permerhatian saya  terhadap Mahathir selepas beliau mula mengecam DS Najib


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik